10 September 2011

Keputusan ISTAF Super Series Thailand 2011

Indonesia tewaskan Malaysia 15-10, 12-15, 17-16, 7-15, 15-12! 

Menurut maklumat yang saya perolehi, set pertama dan kedua diwakili oleh Kontang (Faizul), Norsharudin dan Azman. Kekalahan pada set pertama berpunca dari kawalan bola yang tidak menjadi dari Azman serta hantaran yang kurang baik dari Kontang. Malaysia berjaya menebus semula kesilapan pad set ke dua dengan 15 - 12. 

Skuad negara hampir mencatat keputusan 2 - 1 pada set ketiga apabila mendahului 11 - 2. Namun Azman dan Kontang sekali lagi menjadi penyebab dan akhirnya Malaysia tumpas 16 - 17! Bayangkan mendahului 11 - 2 tapi tewas!

Syazwan di bawa masuk dan natijahnya skuad negara berjaya menang 15 - 7. Tapi Indonesia berjaya memperkemaskan permainan seterusnya mengecewakan Malaysia dengan 15 - 12.

2 comments:

  1. dah kata...dia jadi dahhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  2. Dah nasib.
    Itulah akibat perasan hebat.
    Perasan blh jd juara.

    ReplyDelete