15 September 2011

KFC-Utusan 2011 Zon Tengah - Kecederaan sebelum beraksi membelenggu banyak pasukan

Sejak 2 hari yang lalu, saya menerima begitu banyak panggilan telefon dan SMS mengenai memohon pertukaran pemain. Kebanyakan alasannya ialah pemain mereka cedera. Sama ada mereka berkata benar atau tidak itu bukan masalah saya.

Saya berkata begini kerana ia sememangnya berlaku. Saya sendiri mengalami sakit lutut kerana latihan malam tadi di Bukit Jalil. 2 pemain dari pasukan Media Malaysia juga menarik diri malam tadi kerana kecederaan kaki walaupun mereka sangat berkobar - kobar untuk bersaing kali ini. 

Bekas tekong negara, Saravanan juga dilaporkan mengidap  Demam Denggi yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri dari skuad Bukit Putra.

Ada juga yang kemalangan jalanraya, terpaksa menduduki peperiksaan atau tidak dilepaskan majikan menjadi punca kepada keadaan ini.

Pesan saya kepada pemain - pemain yang bakal bersaing, pastikan anda melakukan regangan secukupnya sebelum kegelanggang bagi latihan akhir hari ini dan esok serta berhati - hati dalam apa jua perkara yang anda lakukan kerana tempoh pertukaran nama pemain telah ditutup.

Selamat berjuang dengan penuh semangat dan jumpa di Paroi malam esok!

No comments:

Post a Comment