14 September 2011

KFC Utusan 2011 Zon Tengah - Latihan Sulit SKuad UPM!

Tahun lalu saya dapat merakamkan 'latihan sulit' skuad MPSJ dalam persiapan mereka ke kejohanan KFC Utusan, Hasilnya satu regu mereka layak ke separuh akhir. Tahun ini saya berkesempatan menyelinap ke kem 'latihan sulit' UPM yang dipimpin oleh teman sepasukan saya pada SUKSES 97/98 iaitu Norsyahriman atau lebih mesra di Facebook dengan nama Selera Tajam. Tahun ini UPM menghantar 4 regu dalam kategori terbuka dengan mendapat tajaan penuh dan oleh itu mereka tidak menggunakan nama UPM dalam penyertaan kali ini.


Bertempat di Pusat Sukan UPM, sesi latihan malam tadi di hadiri oleh pemain - pemain handalan yang biasa di lihat di mana - mana kejohanan sekitar Lembah Kelang terutamanya. Bekas pemain negara yang juga menjadi personaliti TV iaitu Azlan Mubin juga bakal beraksi dengan skuad UPM. Ahmad Ezzat Zaki yang bakal beraksi dengan pasukan Bukit Putra juga hadir menyertai latihan di UPM ini.

Selain itu, tekong PKNS Saiful Azam juga di dapati berlatih bersama skuad ini. Khabarnya PKNS tidak menghantar regu di saat akhir dan Saiful di sambar UPM bagi melengkapkan skuad mereka. Selain itu Apit Kanan yang layak ke separuh akhir tahun lalu iaitu Norezal Sahar juga beraksi dengan UPM kali ini. Beliau turut mencuba nasib di Gambang bersama Rahman Perak tapi tidak berjaya. Mungkinkah kali ini nasib menyebelahi beliau?


Semoga pasukan UPM mampu bersaing dan menempatkan diri mereka di kalangan pemenang, Selamat maju jaya!

No comments:

Post a Comment