18 September 2011

KFC Utusan Zon Tengah 2011 - Akhir Kategori Terbuka

Bagai Melaka menentang Kelantan! Itu yang boleh di umpamakan pertembungan kali ini. MBMB A membariskan semua pemain yang berasal dari Melaka dan Dinamis semuanya berasal dari Kelantan. Set pertama bagai pasti menjadi milik Dinamis apabila mereka mudah mendahului 6-0. Servis Razif a.k.a Panjang kerap tersangkut dan tersasar menyebabkan MBMB A jauh ketinggalan. 

Skuad MBMB A

Regu Dinamis Bundle

Namun, sedikit demi sedikit MBMB A mula mendapat rentak dan berjaya merapatkan jurang. Kemampuan Shafiq mengawal gelanggang serta rejaman Saiful yang sangat konsisten membantu MBMB A merampas set pertama dengan mata 15-13.


Set kedua dijangka menjadi semakin hangat. Namun semuanya meleset apabila Dinamis gagal mengekang servis Panjang dan kawalan permainan Shafiq dan Saiful. Mata pertama Dinamis muncul selepas satu drop nipis Azhan yang mulanya di sambut dengan penuh bergaya oleh Shafiq berulang. Shafiq yang tidak menyangka servis itu diulangi Azhan hanya mampu memerhati bola jatuh di depan mata.

SMK Sri Kota

Walaubagaimanapun, MBMB A tidak menoleh dan terus mengasak dan hasilnya mereka berjaya menamatkan permainan dengan mata 15 - 11.  Tahniah kepada MBMB A dan begitu juga kepada Dinamis yang layak kepusingan Grand Final pada 14 Oktober ini serta membawa pulang hadiah wang tunai RM2500 dan RM2000 untuk naib johan.

Wakil KFC menyampaikan cenderemata kepada MB Negeri Sembilan

Hadiah - hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Dato Seri Muhammad Hassan. Nantikan tulisan lanjut serta pelbagai gamabr dari Bolarotan.com

No comments:

Post a Comment