16 September 2011

KFC - Utusan Zon Tengah 2011 - Undian malam ini jam 8.30 malam!

Persediaan gelanggang, taklimat pengadil dan persediaan teknikal ada yang sudah atau sedang berlangsung. Undian ke atas 174 regu bakal berlangsung pada jam 8.30 malam ini di Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri. 


Setakat ini 3 regu menarik diri di saat akhir walaupun sudah berdaftar. SM Gunung Rapat yang salah satu regunya menjadi juara bawah 15 tahun di Zon Utara terpaksa menarik diri kerana menyertai kejohanan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia di Pahang. Manakala Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terpaksa menarik 2 regunya dari bersaing kerana perkara yang tidak dapat dielakkan.

RAMD pula berjaya mendaftar di saat akhir atas tiket PSM sebanyak 3 regu.

Sukarelawan Bolarotan juga nampaknya hanya 4 orang saja yang akan hadir esok. Semoga di lain kali lebih ramai yang sudi menjadi sukarelawan Bolarotan dalam pengendalian kejohanan.

Kepada regu yang bertanding, nantikan jadual perlawanan esok di lama ini paling awal pada jam 11 malam ini.

No comments:

Post a Comment