17 September 2011

KFC - Utusan Zon Tengah Paroi 2011 - Update

Perlawanan akan bermula awal pagi nanti. Jam 8 pagi semua pasukan yang terlibat dengan perlawanan bilangan 1 sehingga 12 sudah perlu bersedia di gelanggang.

Bolarotan yang menghantar 2 regu bakal bertemu laluan sukar selepas diundi menentang regu kuat. Bolarotan A bakal bertemu dengan dengan UMNO Jalan 6 A yang dikemudi oelh Azlan Mubin. Manakala Bolarotan B bakal menentang Majlis Bandaraya Melaka. 

Pasukan Media juga menghadapi laluan sukar apabila Media A yang menjadi regu utama bakal berdepan dengan regu yang dibarisi oleh bekas pemain Malaysia dari Bukit Putra B - Ahmad Ezzat Zaki, Kaharudin dan Ku Halim. Selain itu bekas apit kiri hebat negara Khairul Nizam Mat Jidin a.k.a Kicap bakal beraksi dengan PESTANS. Dengan 32 regu keseluruhan, PESTANS dilihat berpotensi mengisi slot kotak separuh akhir.

Dikala ini krew Bolarotan - Luqman, Aidil dan Muhammad masih bertungkus lumus menyiapkan jadual dan borang kiraan mata untuk kegunaan esok. Terimakasih atas usaha mereka - Keep up the good work guys!

No comments:

Post a Comment