27 September 2011

Krisis PSM v Fauzi Ghazali - Dendam kesumat?

Fauzi Ghazali, bekas tekong negara dan juga tekong bagi regu juara KFC Utusan Zon Utara yang mewakili GPMS kini berdepan dengan satu kemelut yang saya kira sebagai satu lagi tindakan merapu PSM. Ya saya berani katakan ia tindakan merapu kerana sememangya tidak masuk akal. Bolehkah seorang pemain diberikan kad merah sebelum masuk ke gelanggang kerana memakai seluar sukan panjang dan dihukum digantung semua kejohanan sehingga satu tarikh yang bakal diberitahu kelak?

Saya dihubungi pihak tertentu yang menceritakan perkara ini malah saya juga sudah menerima satu salinan surat yang ditandatangan oleh Pak Chad. Nyatanya nasib Fauzi bakal serupa dengan Firdaus Ghani dan Aznan. Tapi bayangkan pernyataan ini - digantung perlawanan kerana memakai seluar panjang sukan dan diberikan kad merah di Super Series Perlis.

PSM bakal ditalkinkan ...nantikan saja saat dan ketikanya

4 comments:

  1. Patutnya PSM memberi kredit pada tiap pemain yg menutup aurat,bukannya menghalang pemain untuk beraksi.Undang2 yang mewajibkan tiap pemain menutup aurat harus di buat oleh PSM.Harus di ingat ramai pemain yg amat berbakat terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di peringkat negeri atas kekangan undang2 sebegini.

    ReplyDelete
  2. kalau bolasepak, asal game dr org kapir, tentu undang2 nyer tak kira semua tuh.. tapi kalau game yg asalnyer milik org melayu yg rata2nyer Islam, dikendalikan dinegara Islam, yg pengadil, pegawai perlawanan, presiden persatuannyer, penggubal undang dan majoriti yg terlibatnyer adalah yg berIC kan nama Islam ambik tindakan mcm nie.. sgt menyedihkan.. Islam kita time pegi masjid ajer ker?? Org Islam tak leh bersukan ker?? Laknat dari aku kepada pegawai2 takraw yg membenarkan tindakan kurang ajar nie... Semoga laknat dari Allah jugak kepada mereka2 nie..

    ReplyDelete
  3. Persatuan Sepaktakraw Malaysai Sewel...

    ReplyDelete
  4. PSM x sewel, yang sewelnya orang tua dalam PSM tue yang menganggap PSM tue bapak dia punya. Dia xsedar bahawa setiap rezeki yakni gaji dia dalam PSM adalah wang rakyat.
    Isu ini timbul kerana individu terbabit hanya menunggu ruang untuk menyerang dan mengaibkan saudara Fauzi. Sememangnya ini adalah dendam kesumat yg lama. Wahai PXX KX, sedar lah awak tue tiada kepentingan langsung bagi pembangunan sepak takraw Malaysia malah perbuatan awak menghancurkan lagi sukan ini di Malaysia.

    ReplyDelete