15 September 2011

Penantian berakhir! Malaysia muncul juara acara Regu Piala Raja Thai 2011

Setelah begitu banyak liku hitam kebelakangan ini yang perlu dilalui oleh skuad negara, akhirnya Malaysia berjaya mengubat luka dengan menjuarai kategori antara regu Piala Raja Thai 2011 dengan menumbangkan Korea Selatan. Malaysia yang diwakili oleh Noor Azman, Norsharudin dan Farhan - gandingan yang digabungkan kembali menampilkan permainan berkesan dengan menundukkan Korea Selatan dengan 3-1.

Gandingan lama yang masih berkesan dengan sokongan 
2 pemain lain - Sufi dan Fazli mula membuahkan hasil

Pada set pertama, Malaysia bermula baik dengan menang 15 - 11. Namun bermandi peluh pada set kedua setelah tumpas 10 - 15. Malaysia kembali di depan pada set ketiga dengan menang 15 - 9 dan menamatkan malam hari gemilang buat kem Malaysia dengan 15 - 11.

Malaysia layak ke akhir selepas berjaya menundukkan Myanmar 3-2. Namun keadaan agak cemas apabila apit kanan Fazli cedera dan digantikan dengan Norsharudin. 

Untuk pengetahuan umum, kategori antara regu Piala Raja Thai ini tidak membariskan regu Thailand kerana menjadi tradisi acara in idiwujudkan untuk memberi peluang kepada negara lain menunjukkan kemampuan mereka.

Esok akan berlangsung acara berpasukan di mana Malaysia akan sekumpulan dengan Thailand, Brunei dan Jepun. 

Tahniah kepada skuad Malaysia dan semoga kemenangan tadi memberi inspirasi dan semangat buat kalian untuk terus berjuang habis - habisan!

2 comments:

  1. Ahhh... Now that is more like it. :-) Go Malaya!!!

    ReplyDelete
  2. juara tanpa penyertaan siam, apapun kira ok la daripada asek kalah jek

    ReplyDelete