07 September 2011

Piala Raja Thai 2011


Masih dalam mood Aidilfitri. Itu yang saya boelh katakan. Kebanyakan gelanggang masih belum beroperasi sepenuhnya. Kalau yang sudah bermula pun masih belum berjalan seperti biasa. Semalam saya sempat bermain di Cheras Perdana. 8 orang sahaja yang muncul.

Berbalik kepada tajuk di atas, skuad Malaysia sudah berlepas ke Fashion Island Thailand bagi bersaing dalam acara berpasukan, regu dan double dalam kejohanan Piala Raja Thai - antara kejohanan sepaktakraw tertua di dunia.

Hampir semua negara yang memiliki pemain dan bernaung di bawah ISTAF menghantar pasukan mereka bagi kejohanan ini. Acara berprestij ini pastinya menjadi tumpuan dunia dan bagi saya ia bakal menjadi lebih hebat dari Kejohanan Dunia baru - baru ini kerana acaranya lebih pelbagai.

Menurut maklumat dalaman, pasukan Malaysia bakal diterajui oleh regu utama - Syazwan, Norsharudin dan Kontang (Faizul). Manakala regu kedua bakal membariskan Norazman, Farhan dan Fadli. Regu ketiga pula Sufi, Ariff Busu dan Nasuha dan selebihnya sebagai simpanan. 

Sufi yang telah menemui kaedah baru dalam memantapkan servisnya, hasil tunjuk ajar Parawit dan sedikit improvisasi telah mula menunjukkan hasil. Walaupun gandingannya  ketika di Pulau Pinang Ramadhan lalu agak baru, tetapi permainannya di lihat meningkat. Sayangnya setelah lebih 6 tahun dalam skuad, Sufi dilihat masih tidak berpeluang muncul sebagai tekong utama.

Fadli juga dikhabarkan semakin baik permainannya sejak kekalahan di Piala Libas tempoh hari. Manakala Helmi yang beraksi di Kejohanan Dunia mungkin akan berada di bangku simpanan apabila persembahan di Pulau Pinang bersama Fazil yang serba tidak menjadi.

Sama - sama kita doakan kejayaan pasukan negara dalam kejohanan yang diharap mampu mengangkat semula martabat negara selain memulihkan maruah yang tercalar

1 comment:

  1. Yes! And this is what I have been expecting all these while. New findings, methods... research and development on the players technique, the game play, etc. Hope it'll be the Malaysian way all along instead of copying the Thais as in the past. Prayers for their success. Go Malaysia!

    ReplyDelete