14 September 2011

Piala Raja Thai 2011

Selesai ISTAF Super Series di Bangkok, kehangatan sepaktakraw diteruskan dengan Piala Raja Thai yang merupakan salah satu kejohanan sepaktakraw paling gah dan memasuki edisi ke 26. Alhamdulillah dengan kewujudan dunia internet, berita mudah sampai kepada kita dan dapat dikongsikan di sini.

Pertamanya, kejohanan ini melibatkan beberapa kategori - antara regu, double dan berpasukan. Skuad negara kita diwakili oleh mereka yang sama dalam perlawanan ISTAF Super Series dan beberapa pemain lain. Setakat ini yang telah berlangsung ialah kategori Double dan antara regu.

Sebagai mana kebanyakan kita terbaca di dinding Facebook. regu Double negara tumpas kepada Indonesia semalam dengan 0 - 3. Ya..pastinya ramai yang marah kerana kegagalan Faizul dan Fadli menang sekurang - kurangnya di peringkat kumpulan.  Sabar saudara sekalian..jangan melenting dulu.

Untuk pengetahuan pembaca, pasukan Indonesia sebelum ini telah datang ke negara kita untuk satu siri perlawanan persahabatan. Antara yang melayani skuad ini ialah pilihan Selangor. Kategori Double ketika itu untuk pilihan Selangor diwakili oleh Hafiz Rahman dan Mukhlis. Kedua mereka bukanlah pemain picisan - setuju? Namun regu Indonesia yang menentang mereka menunjukkan aksi yang cukup baik dan membuatkan kita mula termenung memikirkan kemampuan mereka. Maka tidak hairanlah acara Double kita tumpas mudah kepada Indonesia.

Namun mungkin ada berita sedikit gembira - untuk acara antara regu, Menurut Abdul Hafiz Ahmad,  Malaysia menang menentang Vietnam, Korea Selatan dan China yang mana membolehkan Malaysia muncul juara kumpulan. Keputusan mata rasmi masih belum saya perolehi. 

Regu yang menggalas cabaran acara ini juga di ubah. Sufi yang selama ini diperam oleh PSM mula diberi peluang dan berjaya membuktikan kemampuannya. Selain itu Norsharudin juga direhatkan manakala Fadli bergandingan dengan Sufi dan Farhan khabarnya.

Nantikan maklumat lanjut dari Bolarotan.

No comments:

Post a Comment