11 September 2011

Respon peminat kepada kekalahan regu Malaysia menerusi Facebook

Kecewa, runsing , menyampah dan meluat. Ini di antara kata - kata yang dapat saya kumpulkan dari pertemuan dengan ramai orang sempena dengan Hari Raya tadi. Kata - kata ini datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Dari yang bersekolah hingga yang berumur 61 tahun. Dari yang aktif bermain sepaktakraw sehingga yang tak tahu menahu menimang bola takraw.

Di dinding Facebook pula pelbagai respon yang saya terima. Ada yang menuding ke arah PSM. Ada yang kearah pemain. Ada juga yang menyalahkan jurulatih. Tak kurang juga yang memuji mutu permainan Indonesia yang semakin baik dan ada  juga yang membela Presiden PSM.

Apa juga komen dan respon peminat, persoalan akan berbalik semula kepada pasukan negara dan PSM. Dengan Piala Raja Thai dan Sukan Sea yang bakal berlangsung, Malaysia seolah - olah sudah perlu mula memikirkan persoalan - mampukah kita membawa pulang sekurang - kurangnya pingat gangsa?

Melihat prestasi Indonesia, Myanmar, Laos dan Singapura, slot separuh akhir Sukan Sea mula kelihatan samar - samar. Kalau dahulu kotak akhir pasti dalam genggaman namun kini, ia bukanlah sesuatu yang pasti.

Apakah penawar ajaib yang kita miliki? Mesin berlatih 1st ball? Sudah la PSM..akui sahaja itu bukan jalannya. Terus bergantung dengan servis Azman, Ah Seng? Apa lagi yang kita ada?

Saya titipkan beberapa komen yang saya rasa menarik untuk di kongsikan bersama. Fikirlah dengan positif jangan terlalu menyempitkan dada wahai PSM!

KT TITIWANGSA ARI TU BOLE LA XJUMPA MYANMAR ,INDON DGN KOREA,,, TU SBB BOLE MASUK FINAL,,,SKRG APE DAH JADI

memalukan la..klah ngn siam bley trima g..ni dgn ind0n maa..aiy0..suh psm reject r suma pmain 2..serap pmain muda len yg bt0i2 bley men..asyik pmain sma ja..f0rm dh jtuh p0n p kutip lgi..ltak la sma kprcyaan 2 kpd pmain len sma..byk lgi bkat yg ada.

 Ada hati nak ambik emas Sukan Sea. Hak ptuih! Pingat gangsa belum tentu

Malaysia makin merosot sejak Iskandar Arshad tidak lagi menjadi jurulatih. Jurulatih sekarang + tuan2 penasihat dari Thailand pun x mampu naikkan kualiti persembahan skuad negara. Adoi!

Tukar la jurulatih, pengurusan...Pastu select player yg btol2 cukup kriteria utk bermain takraw...Tinggi diutamakan..tgk player Thai tu tinggi..

semakin lama semakin merosot..tapi teruskan usaha...jgn pernah mengalah team malaysia.......kembalikan tekong norman nizam ahmad dengan feeder farhan adam..........

tgok pd game super series ni mcm nk trgelak plk dgr negara2 ni gne ranking...mcm xrelevan je...pengulas 2 mcm nk sindir je MALAYSIA ranking no 2...come on MALAYSIA,,bljr dr JEPON..die org naik usaha sndiri...jgn bnyk bg alasan..kpd psm@msn@pe2 bdn sukan..sdrla kte sdh jauh kne tggal...taring kte dh lme tumpul..bg peluang kt player yg mperjuang nme negara...bkn yg skdar nk popula

WALAUPUN MALAYSIA TEWAS DENGAN INDONESIA.....SAYA TETAP MENYOKONG PASUKAN SEPAKTAKRAW MALAYSIA.........

rombaklah team kebangsaan ni wei!!! jgn ingat kepentingan peribadi jer...utamakan maruah kita dulu..malaysia ramai pemain berbakat tapi pasal org2 atas tu la yg buat kita masih ditakuk lama....baik letak jawatan jer,jgn bila dikritik korg melenting plak!!!-to mr presiden

Kepada Presiden PSM : Kami peminat Sukan Sepaktakraw Malaysia amat berdukacita dengan prestasi skuad Malaysia. Ada baiknya Datuk Ahmad Ismail mengundur diri dari Jawatan & belapang dada dengan kritikan membangun dari semua pihak.

Berikan peluang kepada pemain yang berhak & layak untuk bermain & bukan bersikap pilih bulu.

Kami melihat bagaimana sukarnya PSM mendapatkan tajaan dalam kejohanan Peringkat Kebangsaan. (Kenapa? Tepuk dada tanya selera)

Kami semua kecewa dengan Pucuk pimpinan PSM.

2 comments:

  1. assalam.. mohon komen skit..
    asasnya malaysia hanya berbangga pada nama 'Sepak'Takraw sbgai pelopor sukan ni.. FAKTA nya Malaysia takde usaha nak majukan sukan ni bersungguh2.. sejak berpuluh tahun dulu graf kita statik atau merudum teruk.. tak spt negara2 jiran (selain thailand).. makin lama makin MAJU..!! bahkan dlm masa 4-5 tahun jer beberapa negara asing dah makin maju..

    SepakTakraw sgt susah nak nampak org kita main di kawasan public.. tak mcm futsal, badminton.. PSM / MSN / Kerajaan mesti promot sukan SepakTakraw secara serius lgi.. tak cukup apa yg ada / PSM buat skg..!!

    Malaysia hanya harapkan skolah2, IPT, kelab2 persendirian, kelab sukan.. sedangkan PSM lebih sibuk kpd ISTAF, sibuk nak jaga jawatan dlm ISTAF..

    pedulikkan jawatan besar dlm ISTAF..!! Malaysia adalah musuh Thailand, so sudah sememangnya kehadiran kita sentiasa dinanti2kan tiap tahun, sila TUMPUKAN kpd akar umbi kita, iaitu rekrut pelapis & barisan pemain terbaik sebanyak2nye.. dptkan jurulatih2 seramai mungkin..

    kalo ada pon org kita yg main boleh kata 100% org melayu.. knapa tak promot ke masyarakat cina, india, punjabi.. sedangkan negara2 besar - China, Jepun, Korea, Vietnam, Mynmar, USA, Germany, India, bersungguh2 nak kuasai seni sukan sepaktakraw..

    kenapa PSM / MSN tak yakin org kita (selain melayu) nak / boleh main..? sila bagi galakan kpd mereka.. mungkin mereka rase takde peluang (atau segan) nk join org Melayu main SepakTakraw, sebab mereka rase tak seterer org Melayu..

    sila serapkan sukan SepakTakraw dlm PLKN, jadikan sukan SepakTakraw aktiviti WAJIB dlm PLKN utk semua bangsa.. kalo tak bila lagi SepakTakraw nak dikembangkan ke masyarakat selain Melayu..!!

    kpd peminat2 SepakTakraw Malaysia, sila jgn salahkan pemain2 kita.. mereka telah berjuang bersungguh utk negara kita.. teruskan sokongan anda.. minta maaf andai ada kesilapan pada komen saya..

    p/s: sdg melihat final Thailand vs Indonesia live (dlm mood jeles)..

    ReplyDelete
  2. Brokenblog... you've got a point there and totally agree with you! All in all, one word for the Malaysian team - useless and they never learn.

    ReplyDelete