28 October 2011

Siri Jelajah Gelanggang Bersama Bro M & GPMS - UTeM

25 Oktober 2011
Perjalanan kami dimulakan dengan saya bertolak dari Cheras pada jam 4.05 petang. Saya terus memandu menuju ke Nilai Negeri Sembilan untuk menjemput Bro M. Setiba saya di sana lebih kurang setengah jam kemudian, Bro M sudah pun sedia menanti saya namun, ada berita kurang gembira bersamanya ketika itu; anak bongsunya yang baru berusia 2 bulan dimasukkan ke hospital kerana batuk dan selsema yang teruk. Walaupun Bro M agak keberatan untuk pergi namun kerana janji dan komitmen yang telah diberikan Bro M setuju juga ke selatan tetapi dengan syarat Rabu malam usai saja perlawanan menentang Singapura kami harus bergegas pulang. 

Berikut adalah sesi bergambar bersama peminat di UTeM




Zaki selaku wakil UTeM menyampaikan cenderamata kepada Bro M


Destinasi kami yang pertama ialah ke Universiti Teknikal Malaysia (UTeM). Menanti kami di sana ialah Zaki Abdullah iaitu pengurus pasukan Sepaktakraw UteM. Kami terkandas di lebuhraya berhampiran Ayer Keroh kerana hujan yang amat lebat mengakibatkan satu kemalangan jalanraya berlaku. Akhirnya kami tiba di UTeM pada jam 5.45 petang.

Bro M melangkah masuk ke pusat sukan UTeM

Disambut ramah oleh Zaki, kami terus menuju ke surau menunaikan solat Asar dan terus bersiap untuk ke gelanggang. Kelihatan beberapa pemain UTeM telah pun berada digelanggang. Kejutan buat saya kerana untuk kali pertamanya saya berpeluang mengenali seorang pemain veteran yang hebat iaitu Bonen! Walaupun uban sudah memenuhi kepala, lonjakan , libasan dan hadangan beliau masih setanding pemain muda. Khabarnya Bonen juga menjuarai LISUS untuk Melaka Tengah! Hebat!

Bonen melakukan hadangan bak orang muda

Turut beraksi ialah bekas tekong negara iaitu Ahmad Affendy. Tekong kuda berbadan sasa ini membelasah saya dengan servis kudanya yang laju dan padat membuatkan saya beberapa kali hanya mampu termenung.

Affendy dengan gaya servisnya

Pada perlawanan ketiga, Bro M masuk sekali lagi kali ini beliau bergasak dengan Ahmad Affendy. Walaupun regunya di dahului 20 – 13, Bro M menunjukkan kehebatannya melalui servis mantap sebanyak 8 biji berturut – turut dan menang dengan 22 – 20! Hebat!
Saksikan videonya di sini

Apit Kanan UTeM - Joehardi dengan libasan padunya - melendut jaring dibuatnya!


Saya juga berpeluang bertemu dengan rakan lama iaitu Sahizam yang juga kini bertugas di UTeM sebagai pegawai pendaftar. Beliau yang datang tanpa membawa peralatan sukan turut bergasak walaupun terpaksa meminjam kasut dan seluar dari rakan – rakan! Ini baru semangat kesukanan!

Sahizam - Kiri (berdiri)


Selesai solat Maghrib, kami di bawa oleh Zaki dan teman – teman ke Gerbang Melaka untuk sesi the Tarik dan makan malam. Bersembang panjang sehingga jam 11 malam maklumlah, ini peluang bersua muka sesama sendiri yang selama ini hanya mesra di dunia maya. Rusdy Ahmad – pengendali Sepaktakraw.my juga hadir memeriahkan suasana.

Bro M melakukan servis

Utuk pengetahuan semua, gelanggang UTeM ini juga merupakan lokasi Super Series PSM yang pertama bagi 2011. Gelanggang ini juga sering digunapakai untuk kejohanan - kejohanan penting di Melaka.

Terimakasih UTeM atas layanan yang baik, belanja makan malam dan cenderamata yang diberikan. Moga ada rezki bertemu lagi nanti. Kami terus menyambung perjalanan selepas itu menuju ke Johor Bahru. Kami menginap di Taman Damansara Aliff – rumah teman baik saya iaitu Shahrul Faizal – Terimakasih Shahrul atas kesudian menerima kami ditengah malam.

Bersambung...

25 October 2011

Kejohanan Terbuka / Veteran MBPJ - Update

Semalam undian telah selamat dijalankan. Sebagaimana dijangka, beberapa pasukan turut menyenaraikan regu atau pemain dari Thailand bagi memantapkan skuad. Pada pandangan saya ini adalah satu usaha yang baik bagi meningkatkan tahap dan mutu permainan serta kejohanan.

Antara nsma - nama besar yang menyertai kejohanan ini ialah PKNS , PDRM dan PESTANS. Bolarotan turut menghantar 3 regu iaitu satu veteran dan 2 terbuka. Malangnya saya tidak dapat turut serta kerana bertugas di Kuching ketika kejohanan berlangsung.

Masih terdapat 2 kekosongan bagi kategori terbuka dan 6 kekosongan bagi kategori veteran. Sekiranya anda ingin menghantqr penyertaan sila berbuat demikian segera. Oh ya, panggilan ini juga ditujukan kepada skuad negara! Bila lagi mahu diuji skuad negara yang khabarnya mensasarkan emas di Sukan SEA? Sampai bila mahu diperam pemain elit ini? Tidak cukup wang penyertaan? Saya sanggup menaja wang penyertaan satu regu negara ke kejohanan ini kalau itulah masalahnya!

24 October 2011

Kejohanan Bakat Baru Flat Seri Kedah Taman Melati Gombak

Siang tadi berlangsung satu kejohanan Bakat Baru di Flet Seri Kedah Taman Melati Gombak. Kejohanan anjuran Salim; Bukan bola sepaktakraw jenama SALIM tapi pemain lama Salim yang berlakon filem Gila -  Gila Remaja bersama Faizal Hussein sekitar 1980an dahulu. Kejohanan tajaan seorang ahli politik ini mendapat sambutan yang baik dengan sekitar 32 regu berdaftar.

Sesuatu yang unik dalam kejohanan kali ini ialah, setiap pendaftaran bakal menerima sebungkus nasi lemak dan air mineral! Satu pendekatan yang baik dan harus dicontohi oleh penganjur lain di masa akan datang.

Berbalik kepada kejohanan ini, walaupun diberi nama Bakat Baru, nyatanya kebanyakan bakat yang hadir termasuk saya bukanlah baru dalam erti kata muda remaja. Selain pasukan Mentari Court yang menghantar pemain yang benar - benar bakat baru, selebihnya dihiasai oleh wajah - wajah biasa kejohanan kecil dan besar. 

Dengan syarat pemain haruslah tidak pernah mewakili mana - mana pasukan negeri, negara, SUKMA, MAKSAK, Piala Khir Johari dan sebagainya, terdapat juga pemain - pemain yang melanggar syarat, Kepada yang berkenaan, insaflah, tidak baik untuk diri kita dan orang lain sekiranya anda terus bertindak demikian.

Nama - nama besar tetapi bersih dari senarai negeri seperti Jai - TKP dan Jai Keramat, Cikgu Mie, Awe Ganas, Awe Pecah Batu, Atan dan Nana, Mat Meriah dan Mat Rock antara mereka yang hadir memeriahkan kejohanan kali ini. Bolarotan turut hadir dengan satu regu dan dibarisi oleh Lan Biskut, Fairul serta saya.

Seperti kejohanan lain, saya dan Lan Biskut pastinya akan mudah diundi bertemu dengan mana - mana regu yang bernama MPAJ! Tidak tahu mengapa tetapi itulah hakikatnya. MPAJ C kali ini diwakili oelh Mat Rock, Azhar (Media Malaysia) dan apit kanan yang merupakan seorang tentera yang khabarnya adik kepada Panjang (ATM).

2 gelanggang beroperasi serentak dan perlawanan berlangsung sengit dengan cuaca panas terik. Pengadil dari gabungan Kuala Lumpur dan Selangor mengendalikan kejohanan kali ini dengan lancar.

Saksikan video yang sempat saya rakamkan ini. Saya pulang awal tetapi khabarnya regu Cikgu Mie muncul Juara! Tahniah!

Adik kepada Saiful PDRM juga beraksi


Abang Latif (11) turut bergasak


Regu Mentari Court (membelakangi kamera)


Rashdan (Apit kiri - seluar biru)


Zubir (HItam / Kuning) bersama Man Put dan Khairul kandas di suku akhir


Regu Double Jai!


MPAJ C v Mentari Court


INC (Atan / Koboi / Nana) menentang regu Cikgu Mie


Pecah Batu (Apit kanan)

22 October 2011

Kejohanan MBPJ - update

Mesyuarat pengurus, pengundian kejohanan pd 24 Okt 2011 (Isnin) jam 3 ptg di Tkt 7, Menara MBPJ - Unit Sukan. Penganjur masih buka kpd regu yg berminat utk sertai hingga 25 Okt.

20 October 2011

KERIS v UTHM

Persaingan sengit di antara KERIS menentang UTHM tadi dilihat satu pencapaian baik bagi kedua - dua pasukan. Keputusan kalah dan menang dilihat seimbang. Apa yang penting ukhwah terjalin dan bakat berjaya ditonjolkan. 

En. Hazrin - Pengurus Pasukan UTHM. Dia juga berbakat bermain di posisi apit kiri

Ketua pasukan KERIS dan UTHM bergasak dengan cenderamata terlebih dahulu

Bersama produk penaja

Berseronok sebelum bergasak!



Barisan pemain KERIS yang turun beraksi

Skuad UTHM

Skuad UTHM bertolak pada jam 2 petang tadi dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur dan terus bergegas pulang usai perlawanan. Permainan bermula pada jam 9.45 malam tadi selepas hujan lebat melanda Kuala Lumpur mengakibatkan ramai pemain tersangkut dalam perjalanan.

Pemain yang sedang dipinjamkan ke skuad KERIS - Bro M

Aksi Oduk Drop!


Mohd Khaizir Said juga hadir memberi sokongan kepada skuad Keris dan beliau juga beraksi menentang regu utama UTHM. Saksikan perlawanan set pertama mereka di video yang saya titipkan.




Sebanyak 5 perlawanan di adakan dan pengurus skuad UTHM iaitu En. Hazrin juga sempat menyampaikan ucapan penutup dan mempelawa KERIS ke Batu Pahat pada Disember nanti untuk perlawanan timbal balik.

Salah seorang tekong kuda UTHM

Tekong terbang yang baru dibeli oleh Skuad KERIS

Aksi blocking sambil mencucuk lubang telinga!


Kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada UTHM yang sudi datang untuk beraksi bersama KERIS. Terimakasih juga kepada penaja serta Bro M yang sudi memeriahkan acara.

19 October 2011

KERIS V UTHM malam ini! Bro M bakal muncul di Bukit Jalil

Skuad KERIS atau Media Malaysia bakal melayani kunjungan skuad Universiti Tun Hussein Onn(UTHM) dalam satu pertembungan persahabatan di Gymnasium 2 MSN Bukit Jalil. Khabarnya sebanyak 5 regu bakal bertandang dan ini merupakan aksi menentang IPTA yang ke 3 dalam kalendar tahun ini selepas Institut Profesional Baitulmal dan UITM. 


Perlawanan ini di atur hasil liputan Bolarotan sebelum ini mengenai pertandingan yang dianjurkan di UTHM, 

Apa yang menarik malam ini ialah tekong sensasi masa kini, Mohd Khaizir Said a.k.a Bro M akan muncul kali pertamanya di gelanggang selepas bergelar Pemain Terbaik Kejohanan KFC - Utusan 2011 serta Tekong RM10,000.00. Kehadirannya pastinya akan menjadi bonus buat skuad UTHM yang datang jauh dari Batu Pahat untuk bertemu sendiri dan beramah mesra dengan pemain sensasi masa kini ini. 

Semoga kehadiran beliau memberi inspirasi kepada pemain - pemain UTHM

Nantikan laporan hasil perlawanan malam ini di Bolarotan.com

18 October 2011

T-SHIRT update

Untuk yang sudah menempah tetapi belum buat bayaran, tempahan anda hanya bertahan untuk sehari sahaja. Sekiranya tiada bayaran dibuat maka akan dijual kepada orang lain.

Berikut adalah saiz yang masih ada dan kuantitinya
XS (kanak - kanak 4 - 6 tahun) 3 unit
S 2 unit
XXL 2 unit

17 October 2011

BIla Menteri cerita pasal servis Mohd Khaizir!

Berikut adalah rakaman yang dapat saya buat apabila Menteri Belia dan Sukan YB Dato Ahmad Shabery Chik meluangkan masa memuji dan meraikan skuad PESTANS B khususnya Mohd Khaizir Said atau Bro M.

Saya sempat memberi tahu YB Menteri akan nama servis ini seperti yang disebut di facebook Masyarakat Bola Rotan iaitu Servis Oduk. Halim Kader juga terkejut dengan nama yang saya sebutkan itu. 

Saksikan rakaman di bawah dan lihatlah betapa cerianya mereka. Oh ya, di mana PSM ketika rakaman ini?


PENSTANS B v MBMB A

Sambungan video PESTANS B menentang MBMB A








Grand FInale KFC Utusan 2011 - Video PESTANS B v MBMB A

Tonton bahagian ini dahulu..yang lain bakal menyusul.





PESTANS B v MBMB A - Kuda Melaka lawan Oduk Negeri Sembilan

Meremang bulu roma dan hampir menitis air mata, itu yang boleh saya ungkapkan apabila menyaksikan perlawanan akhir KFC-Utusan 2011 tadi. Meremang bulu roma apabila melihat aksi mantap kedua - dua pasukan; Saiful Bakhtiar yang sangat konsisten, Shafik yang kerap menyelamatkan bola, Kamaruzzaman yang beberapa kali melibas keluar dan sangkut serta tackling kemas Budin mewarnai perlawanan.

Kedua - dua tekong pula bersaing dengan cara sendiri, Rafizi a.k.a Panjang dengan servis kuda mantap pada set pertama kerap memperoleh mata apabila servis disasarkan kepada Shafie manakala Khaizir atau Bro M pula membuat kejutan dengan servis Oduk yang cemerlang dan memukau.

Hampir menitis air mata pula kerana sudah lama kita tidak menyaksikan suasana perlawanan seperti ini  - penyokong berkompang dan bersorak, tangkap menangkap antara apit kiri dan tekong serta berbalas libasan sesama apit kanan.

Saya belum mahu menulis panjang mengenai perlawanan akhir ini, tapi sekadar ingin berkongsi dengan anda sedutan video sebelum perlawanan di antara 2 regu hebat ini.








Video permainan Bro M akan saya muat naik nanti. Sabar ya!

16 October 2011

Mohd Khaizir Said a.k.a Bro M pemain terbaik kejohanan

Tahniah kepada PESTANS B kerana muncul juara! Ada banyak yang ingin saya tuliskan tetapi kami perlu selesaikan banyak perkara di sini. Nantikan update dari Bolarotan serta video penuh aksi Bro M di Bolarotan nanti. 

Perlawanan akhir yang sangat berkualiti. Saya percaya esok ramai orang akan ke gelanggang untuk bermain sepaktakraw dan ramai juga tekong akan mencuba SERVIS ODUK!

Perlawanan Akhir

Perlawanan Akhir antara MBMB A vs PESTANS B akan mengambil tempat bila-bila masa dari sekarang.

Grand Finale - KFC Utusan Kategori IPTA/S & U19

Telahan saya tepat - regu PESTANS muncul pemenang RM8000 apabila menewaskan Pelapis Kelantan 2-1 dalam saingan yang agak hambar. Tekong Pelapis Kelantan yang turut beraksi dalam pusingan akhir tahun lalu ketika mewakili Pelapis Malaysia mengulangi peristiwa tahun lalu dengan banyak servis terkandas dan keluar.

Apit kanan Pelapis Kelantan  - Nasrul yang baru menyertai regu ini juga dilihat kurang berkesan. Namun sebaliknya regu PESTANS mudah mendapat mata melalui servis Aizat.

Tahniah kepada PESTANS dan Pelapis Kelantan dan teruskan usaha membangunkan bakat baru untuk negara.








Grand Finale KFC Utusan 2011 Bawah 15 Tahun

SSTMI A atau lebih dikenali dengan nama Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) akhirnya muncul Juara bagi kategori bawah 15. SSTMI berjaya mengalahkan satu lagi sekolah sukan  iaitu SSTBN A atau Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nanas dengan keputusan 2-1 ( 8-15, 17-15, 17-15).

Apit kanan SSTBN

Apit Kanan SSTMI

Permainan mantap yang ditunjukkan oleh jaguh - jaguh cilik ini sememangnya di duga dari awal dan kemampuan pasukan lain juga menunjukkan kit atidak ketandusan bakat dan usaha mengenengahkan mereka amat perlu.

Penyokong SSTMI

Tahniah kepada pemenang!

Final Bawah 19/ IPT

Berlangsung sekarang adalah perlawanan Akhir Kategori Bawah 19/ IPT yang menemukan PESTANS menentang PELAPIS KELANTAN.

Final Kategori Bawah 15

SSTMI A muncul Juara dengan mengalahkan SSTBN A dengan keputusan 2-1 (8-15, 17-15, 17-15)

FInal Bawah 15 Berlangsung Sekarang.

Peringkat Akhir Kategori Bawah 15 sedang berlangsung diantara SSTMI A dan SSTBN A.

MBMB A gah ke peringkat akhir.

set ke-2 menyaksikan MBMB A menewaskan MPT A dengan keputusan 17-15.
MPT A memberi saingan terhadap MBMB A, walaubagaimanapun berlaku sedikit kontroversi di mana tekong MPT A memprotes keputusan pengadil telah mengalih fokus dan momentum permainan regu mereka.

Separuh akhir kedua - MBMB A v MPT A

Pertembungan antara dua Majlis Perbandaran - MBMB A menentang MPT A. Pemain sedang bersedia dengan MBMB A akan membuat sepak mula. Kedua - dua pasukan membawa penyokong. Keadaan cukup meriah.


Saiful Bakhtiar


Bagi apit kanan MBMB A, Saiful Bakhtiar ini merupakan kali kedua beliau beraksi di pentas separuh akhir  KFC Utusan. Bezanya tahun lalu bersama MPS dan tumpuan bakal terarah kepada kemampuan servis Shahidan serta kawalan Shafik Rahman.


Nantikan update dari kami

Separuh akhir - PESTANS B v UTM B - PESTANS B layak keakhir!

Lagi video PESTANS B v UTM B





Akhirnya PESTANS menang!



PESTANS menang set ketiga dengan 15 - 13. Libasan apit kanan UTM B berjaya dipetik oleh Shafie dan disudahkan dengan baik oleh Kamaruzzaman.

Grand Finale - KFC Utusan 2011 - Video

Lagi video perlawanan peringkat kumpulan - GPMS H v PKNS A






Grand Finale KFC - Utusan 2011; Separuh akhir pertama update

Perlawanan separuh akhir pertama di antara UTM B menentang PESTANS B sangat mendebarkan. Servis drop dan mengelirukan dari kedua - dua tekong, Cikgu Ali dan Shafie mewarnai perlawanan. Perlawanan berlanjutan ke set ketiga.

Namun, apa yang paling saya gusari sebelum ini benar - benar terjadi. Allah lebih berkuasa atas segalanya. Kita hanya merancang namun yang Maha Esa lebih mengetahui. Hujan sedang turun kini dan set ketiga yang sedang berkedudukan 12 - 11, terpaksa diberhentikan. PESTANS B sedang mendahului dan yang nyata, Cikgu Yon apit kiri UTM B agak tertekan dan memaksa beliau bermain secara selamat apabila setiap servis yang diterima dari Shafie hanya diambil sekali dan Cikgu Ali memainkan peranan melambungkan bola kepada apit kanan mereka.

Kamaruzzaman yang konsisten pukulan dan hadangan serta lambungan serta tackling baik dari Budin membantu PESTANS B. Khaizir masih belum beraksi manakala Khairul apit kiri UTM B juga memanaskan bangku simpanan. Saksikan sedutan rakaman di bawah


Apakah kesudahan drama ini? Nantikan update dari kami.

Update - Gambar - gambar terkini Grand Final Kejuaraan Sepak Takraw KFC Utusan 2011

Mohsen Amdan bersama Hazama

Posing Sikit







Kemalangan buat kali ketiga buat Ali Ahmad.Aduh!







E.Zubair dan CIkgu Din bergambar dengan Mila



Grand Finale KFC Utusan 2011 - Video

Saksikan sedutan ini pula:


Sambungan MPT v PESTANS A


Subha v Shahidan


15 October 2011

Grand Finale KFC Utusan 2011 - Saat yang dinantikan...

Setelah kegagalan Normanizam melalui regunya PESTANS A mara kepusingan suku akhir, penonton tertanya - tanya regu manakah yang bakall menyinar dalam siri akhir ini? Melihat dari senarai pemain, Hanya Shafik Rahman, Shahidan (MPT) yang pernah tersenarai dalam skuad negara (dalam pengetahuan saya). Dari segi prestasi terkini, regu MPT sangat konsisten namun cabaran UTM B juga tidak boleh dipandang ringan kerana regu UTM B berjaya muncul juara di Jerantut baru - baru ini dengan Awie Seman di posisi apit kanan.

Servis drop Shafie sangat membantu regunya untuk mengutip mata

Bagi kategori IPTA/S & U19 pula, firasat saya mengenai regu PESTANS tepat nampaknya. Walaupun kalah pada Port Dickson dalam saingan kumpulan, Aizat dibantu oleh Khairul dan Ayong kelihatan sangat serasi dan servis tanpa belas Aizat sangat membantu mengkucar kacirkan lawan. 

PESTANS U19 ini cukup mantap untuk muncul juara

Muhaimi dan PKB A juga dikecewakan buat kali kedua oleh PESTANS


Regu UITM yang dikemudi oleh Kimi pula berdepan nasib malang apabila apit kanan sensasi Ali Al Hamidi tersangkut dijaring ketika melakukan libasan dan mengakibatkan tubuhnya menjadi lemah barangkali kesan hentakan kuat. Keadaan berlaku dalam keadaan UITM mendahului pada set ketiga dengan 12 - 7. Kesan dari kejadian itu, UITM terpaksa memberi kemenangan percuma kepada Pelapis Kelantan kerana mereka tidak mempunyai pemain simpanan - satu pengajaran buat semua.

Aksi hadangan dari Ali Alhamidi yang terpaksa akur dengan kemalangan yang dihadapinya

Esok perlawanan separuh akhir akan berlangsung jam 9 pagi dan diikuti perlawanan akhir Kategori Bawah 15 yang menemukan SSTMI dan SSTBN - Projek Malaysia vs Prohek Terengganu! Siapa lebih hebat? Manakala sesudah itu perlawanan akhir IPTA/S & U19 di antara PESTANS vs Pelapis Kelantan - Bekas finalis tahun lalu iaitu Pelapis Kelantan cuba sekali lagi merebut kejuaraan. Mampukah mereka?

Hazama turut membuat persembahan tadi melontarkan bola Salim kearah penonton. Tersenyum di belakangnya ialah Syarudin selaku Pengurus Projek KFC Utusan ini.

Selesai perlawanan akhir dua kategori itu, perlawanan merebut tempat ketiga pula bakal berlangsung. Persembahan dari beberapa artis tempatan seperti Stacy juga bakal berlangsung esok. Sesudah itu pada jam 4.30 perlawanan akhir kategori terbuka bakal berlangsung. Anda juga boleh saksikan secara langsung dari Astro Arena 801.