13 October 2011

Andi - Pemain antarabangsa Swiss kini di Malaysia

Andi atau nama di Facebooknya Andi Takraw ialah seorang pemain yang mewakili negaranya Switzerland  di Kejohanan Dunia ISTAF yang berlangsung di Stadium Titiwangsa tidak lama dahulu. Switzerland sebagai negara baru danmasih dalam usaha memperkenalkan sukan sepaktakraw ini kerana tidak seperti Jerman yang sudah mampu menganjurkan kejohanan besar iaitu Chicken's Cup yang bakal memasuki edisi ke 10 bulan ini, 

Andi ketika menimang bola

Andi yang saya kenali menerusi Fcebook menceritakan bagaimana dia tertarik dengan sukan sepaktakraw ini dan mula belajar melalui Youtube - tanpa jurulatih khusus. Regu mereka pernah beraksi menentang Media Malaysia  (KERIS) ketika di Stadium Titiwangsa dan boleh di katakan pemainannya masih di tahap permulaan. Namun hasrat ingin belajarnya yang kuat pasti akan membuahkan hasil kelak.


Untuk itu, Andi telah nekad datang ke Malaysia untuk 2 minggu bagi mengambil peluang belajar selok belok permainan ini. Hasilnya dia di latih oleh Syahriman a.k.a Selera Tajam di Putrajaya dan malam  ini khabarnya Andi juga bakal kesana untuk berlatih. 

Sayangnya saya tidak dapat mengikuti atau membawa Andi ke mana - mana gelanggang atas kesibukan urusan kerja namun anak muda Swiss ini tetap cekal belajar. Saya telah cuba mengaturkan perlawanan untuk beliau tetapi setakat ini tidak berjaya. Mengikut perancangan asal, Andi bakal beraksi di KFC - Utusan Grand Finale sebagai regu persembahan tetapi berlaku perubahan jadual maka tiada perlawanan pertunjukan. 

Syahriman a.k.a Selera Tajam berbaju hitam

Saksikan video di bawah yang sempat saya rakamkan. Kepada Andi - Keep up the good work bro!




1 comment: