15 October 2011

Grand Finale KFC Utusan 2011 - Saat yang dinantikan...

Setelah kegagalan Normanizam melalui regunya PESTANS A mara kepusingan suku akhir, penonton tertanya - tanya regu manakah yang bakall menyinar dalam siri akhir ini? Melihat dari senarai pemain, Hanya Shafik Rahman, Shahidan (MPT) yang pernah tersenarai dalam skuad negara (dalam pengetahuan saya). Dari segi prestasi terkini, regu MPT sangat konsisten namun cabaran UTM B juga tidak boleh dipandang ringan kerana regu UTM B berjaya muncul juara di Jerantut baru - baru ini dengan Awie Seman di posisi apit kanan.

Servis drop Shafie sangat membantu regunya untuk mengutip mata

Bagi kategori IPTA/S & U19 pula, firasat saya mengenai regu PESTANS tepat nampaknya. Walaupun kalah pada Port Dickson dalam saingan kumpulan, Aizat dibantu oleh Khairul dan Ayong kelihatan sangat serasi dan servis tanpa belas Aizat sangat membantu mengkucar kacirkan lawan. 

PESTANS U19 ini cukup mantap untuk muncul juara

Muhaimi dan PKB A juga dikecewakan buat kali kedua oleh PESTANS


Regu UITM yang dikemudi oleh Kimi pula berdepan nasib malang apabila apit kanan sensasi Ali Al Hamidi tersangkut dijaring ketika melakukan libasan dan mengakibatkan tubuhnya menjadi lemah barangkali kesan hentakan kuat. Keadaan berlaku dalam keadaan UITM mendahului pada set ketiga dengan 12 - 7. Kesan dari kejadian itu, UITM terpaksa memberi kemenangan percuma kepada Pelapis Kelantan kerana mereka tidak mempunyai pemain simpanan - satu pengajaran buat semua.

Aksi hadangan dari Ali Alhamidi yang terpaksa akur dengan kemalangan yang dihadapinya

Esok perlawanan separuh akhir akan berlangsung jam 9 pagi dan diikuti perlawanan akhir Kategori Bawah 15 yang menemukan SSTMI dan SSTBN - Projek Malaysia vs Prohek Terengganu! Siapa lebih hebat? Manakala sesudah itu perlawanan akhir IPTA/S & U19 di antara PESTANS vs Pelapis Kelantan - Bekas finalis tahun lalu iaitu Pelapis Kelantan cuba sekali lagi merebut kejuaraan. Mampukah mereka?

Hazama turut membuat persembahan tadi melontarkan bola Salim kearah penonton. Tersenyum di belakangnya ialah Syarudin selaku Pengurus Projek KFC Utusan ini.

Selesai perlawanan akhir dua kategori itu, perlawanan merebut tempat ketiga pula bakal berlangsung. Persembahan dari beberapa artis tempatan seperti Stacy juga bakal berlangsung esok. Sesudah itu pada jam 4.30 perlawanan akhir kategori terbuka bakal berlangsung. Anda juga boleh saksikan secara langsung dari Astro Arena 801.

No comments:

Post a Comment