14 October 2011

Grand Finale KFC Utusan 2011 - Terbuka Lelaki Update

Persaingan terbuka lelaki menyaksikan regu Juara Zon Utara GPMS D yang membariskan Azam, Sam dan Hamid selaku pengganti kepada Fauzi Ghazali tumpas kepada regu naib juara Zon Tengah iaitu Dinamis Bundle dengan 0 - 2. Servis Azhan yang berkesan menyebabkan regu Kelantan ini berjaya mengatasi lawan dengan servis mengelirukan.

Jaafar melakukan blocking ke atas libasan Saiful

Pertemuan adik - beradik PESTANS A yang di kemudi oleh Normanizam menentang PESTANS B iaitu regu Kamaruzzaman berkesudahan dengan regu Normanizam tumpas 0-2. Kumpulan yang meletakkan MPT dan USM ini dilihat sangat keras dan barangkali kekalahan regu Normanizam lebih bersifat percaturan PESTANS untuk membolehkan regu mereka layak kedua - duanya ke pusingan suku akhir.

Regu PESTANS bergambar sebelum bertarung

MBMB pula berdepan masalah dengan senarai pemain yang mengakibatkan regu tekong harapan mereka Shahidan terpaksa bermain tanpa apit kanan sebenar apabila nama pemain yang berasal dari Johor itu tidak ada dalam skuad. Akibatnya apit kiri MBMB B terpaksa menggalas tugas apit kanan dan tumpas kepada GPMS H yang di wakili oleh Masran.

Kamaruzzaman melakukan libasan

Apit kiri R-Ten berjaya muncul akhirnya dan sedang beraksi menentang PKNS D yang diwakili oleh Hafiz Kuda, Jaafar dan Suhaimi Yusop. Satu lagi regu PKNS yang diwakili Hedir tumpas kepada GASTEP B walaupun mendahului set ke tiga dengan 14 - 9. Zamzee terpaksa beraksi dalam kecederaan setelah tekong mereka yang terdahulu tidak dapat beraksi dengan baik.

Tekong kental JLJ beraksi menentang MBMB A - 
Di atas pentas Zubir sedang khusyuk menguruskan data kejohanan

No comments:

Post a Comment