24 October 2011

Kejohanan Bakat Baru Flat Seri Kedah Taman Melati Gombak

Siang tadi berlangsung satu kejohanan Bakat Baru di Flet Seri Kedah Taman Melati Gombak. Kejohanan anjuran Salim; Bukan bola sepaktakraw jenama SALIM tapi pemain lama Salim yang berlakon filem Gila -  Gila Remaja bersama Faizal Hussein sekitar 1980an dahulu. Kejohanan tajaan seorang ahli politik ini mendapat sambutan yang baik dengan sekitar 32 regu berdaftar.

Sesuatu yang unik dalam kejohanan kali ini ialah, setiap pendaftaran bakal menerima sebungkus nasi lemak dan air mineral! Satu pendekatan yang baik dan harus dicontohi oleh penganjur lain di masa akan datang.

Berbalik kepada kejohanan ini, walaupun diberi nama Bakat Baru, nyatanya kebanyakan bakat yang hadir termasuk saya bukanlah baru dalam erti kata muda remaja. Selain pasukan Mentari Court yang menghantar pemain yang benar - benar bakat baru, selebihnya dihiasai oleh wajah - wajah biasa kejohanan kecil dan besar. 

Dengan syarat pemain haruslah tidak pernah mewakili mana - mana pasukan negeri, negara, SUKMA, MAKSAK, Piala Khir Johari dan sebagainya, terdapat juga pemain - pemain yang melanggar syarat, Kepada yang berkenaan, insaflah, tidak baik untuk diri kita dan orang lain sekiranya anda terus bertindak demikian.

Nama - nama besar tetapi bersih dari senarai negeri seperti Jai - TKP dan Jai Keramat, Cikgu Mie, Awe Ganas, Awe Pecah Batu, Atan dan Nana, Mat Meriah dan Mat Rock antara mereka yang hadir memeriahkan kejohanan kali ini. Bolarotan turut hadir dengan satu regu dan dibarisi oleh Lan Biskut, Fairul serta saya.

Seperti kejohanan lain, saya dan Lan Biskut pastinya akan mudah diundi bertemu dengan mana - mana regu yang bernama MPAJ! Tidak tahu mengapa tetapi itulah hakikatnya. MPAJ C kali ini diwakili oelh Mat Rock, Azhar (Media Malaysia) dan apit kanan yang merupakan seorang tentera yang khabarnya adik kepada Panjang (ATM).

2 gelanggang beroperasi serentak dan perlawanan berlangsung sengit dengan cuaca panas terik. Pengadil dari gabungan Kuala Lumpur dan Selangor mengendalikan kejohanan kali ini dengan lancar.

Saksikan video yang sempat saya rakamkan ini. Saya pulang awal tetapi khabarnya regu Cikgu Mie muncul Juara! Tahniah!

Adik kepada Saiful PDRM juga beraksi


Abang Latif (11) turut bergasak


Regu Mentari Court (membelakangi kamera)


Rashdan (Apit kiri - seluar biru)


Zubir (HItam / Kuning) bersama Man Put dan Khairul kandas di suku akhir


Regu Double Jai!


MPAJ C v Mentari Court


INC (Atan / Koboi / Nana) menentang regu Cikgu Mie


Pecah Batu (Apit kanan)

No comments:

Post a Comment