04 October 2011

Kejohanan Sepaktakraw Terbuka dan Veteran MBPJ 2011

Selepas Majlis Perbandaran Taiping menganjurkan kejohanan, kini tiba giliran Majlis Bandaraya Petaling Jaya pula.  Di Taiping, regu majlis perbandaran menyapu bersih hadiah yang ditawarkan - siapa lagi kalau bukan MPSJ melalui Koyo, Mat Hassan, Atan dan pemain MPSJ yang lain. 

Finalis 2010 - PKNS dan PDRM 

Kalau pada kejohanan lalu, Papparich menjadi penaja utama, kali ini TM pula tampil sebagai penaja. Lebih menarik lagi kali ini 2 kategori akan berlangsung iaitu terbuka dan veteran. Kejohanan ini bakal berlangsung pada 28 - 30 Oktober ini.

Bagi kategori veteran, hanya pemain yang berusia 40 dan ke atas sahaja yang dibenarkan - iaitu mereka yang lahir pada tahun 1971 dan sebelumnya. Yuran bagi kategori ini ialah RM100 bagi setiap regu dan ini membuka penyertaan kepada perebutan Piala Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya dan juga wang tunai RM1000 untuk Johan beserta 4 hadiah iringan dan sijil. 

Borang bagi kategori veteran ini boleh di muat turun pada pautan ini 

Bagi kategori senior pula, hanya 16 regu dihadkan memandangkan format kejohanan adalah dalam bentuk liga. Yuran penyertaan RM250 bagi setiap regu dan hadiah yang ditawarkan untuk bakal juara ialah sebanyak RM3000. Selain itu terdapat juga hadiah kepada pemain terbaik setiap posisi.

Kejohanan kali ke 19 ini bakal berlangsung di Kompleks Sukan Kelana Jaya dari 9 pagi hingga 11 malam. Untuk kategori senior, borang boleh dimuat turun di sini

Bolarotan juga sedang mengusahakan penyertaan dari Filipina bagi memeriahkan lagi kejohanan tahun ini. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zey 012 366 1062.

No comments:

Post a Comment