13 October 2011

KFC Utusan 2011 Grand Finale - Siapa Juara sebenar?

Sekarang sedang bersedia semua wakil dan urusetia kejohanan untuk melangsungkan undian bagi peringkat akhir KFC Utusan 2011 di Kompleks Sukan UITM Shah Alam. Kebanyakan wakil pasukan hadir namun ada juga yang baru saja bertolak dari negeri masing - masing maklum sahaja hari bekerja. Maka perjalanan mereka hanya boleh bermula sesudah kerja.

Terdapat beberapa penambahan pemain bagi kebanyakan regu yang masih mempunyai kuota. Sebagaimana kita maklum Fauzi Ghazali tidak dapat menyertai kejohanan peringkat ini kerana masih di gantung tidak bertali oleh PSM. Tempatnya digantikan dengan abang kepada tekong silang Rahman Perak iaitu Hamid Penang. Gaya servis Hamid juga mirip Fauzi dan pada usia veteran dia masih menyengat dalam kejohanan tempatan.

Normanizam yang masih segar dengan kemenangan di Kelantan dilihat antara regu mantap yang bakal memberi saingan. Begitu juga MPSJ yang baru menang di Taiping turut harus dihormati. GASTEP dengan latihan mantap bakal mempertaruhkan Subha sekali lagi sebagai tekong utama manakala R10 yang diterajui oleh Mat Meriah terpaksa menggantikan apit kiri mereka yang masih berkabung kerana adiknya baru saja meninggal dalam kemalangan tragis di Machang Kelantan.

R10 yang kehilangan khidmat apit kirinya

Baru saja menghubungi saya tadi ialah UTM yang mula berangkat dari Skudai sebentar tadi. PESTANS yang tiba awal bakal mempertaruhkan regu bawah 19 mereka yang mantap serta regu Normanizam. Bro M atau Mohd Khaizir Said juga bakal beraksi bersama - sama Kamaruzzaman, Shafie dan Budin.

Trio PESTANS yang mantap dalam kategori IPTA/S U19

Bagi regu bawah 15 tahun pula persaingan akan lebih terarah kepada sekolah - sekolah sukan negeri. Perak bakal diwakili SM Gunung Rapat, Johor oleh SSTMI, Terengganu oleh SSTBN, Selangor oleh SM Seksyen 11, Pulau Pinang oleh Mutiara Impian dan Melaka oleh SMK Sri Kota.

Zamzee masih dilanda kecederaan belakang khabarnya manakala Hedir sudah pulih sepenuhnya.

Kategori IPTA/S dan U19 saya raasa bakal berlangsung sengit kerana regu - regu mantap seperti UITM, PKB, Pelapis Kelantan dan SSTMI serta beberapa lagi mempunyai kemampuan yang setara. PESTANS pastinya mengharapkan servis Aizat manakala UITM bakal menyaksikan Ali Al hamidi sebagai senjata pemusnah. 

Apa kesudahannya? Mari kita beramai - ramai menyaksikan sendiri perlawanan ini yang bakal bermula 9 pagi esok di Kompleks Sukan UITM Shah Alam dan perlawanan akhir pada16 Oktober 2011 ini di The Curve.

Nantikan maklumat lanjut dan update dari Bolarotan.com khusus untuk anda.K

No comments:

Post a Comment