12 October 2011

Lawatan mengejut Ketua Pengarah MSN - Pingat Emas atau bye bye!

Bolarotan telah menerima satu berita mengenai satu lawatan mengejut telah diadakan oleh Ketua Pengarah MSN iaitu Dato' Zolkeples Embong ke kem latihan skuad sepaktakraw negara di Bukit Jalill beberapa hari yang lalu bagi meninjau persiapan menjelang Sukan Sea.

Ketua Pengarah MSN

Dari berita yang diperolehi, KP MSN telah melihat sendiri bagaimana 5 dari pemain skuad elit tidak hadir latihan dengan alasan yang berbagai ragam. Sakit perut, nenek sakit dan sebagai nya. Sekiranya pun ianya benar, ia tetap tidak mencerminkan tahap disiplin yang baik untuk skuad elit. 

Dengan nada kecewa juga KP MSN dalam kenyataan nya mencabar PSM dan skuad negara mendapatkan pingat emas di Indonesia kelak atau tidak, bubar saja skuad elit ini.

Selain itu, beberapa berita mengenai kem Malaysia yang bergolak akibat ketidak sefahaman pengurusan dan pemain serta jurulatih memburukkan lagi keadaan. Kapten pasukan iaitu Helmi juga dikhabarkan tidak disenangi oleh pemain lain.

Sebagai peminat sukan ini, saya percaya ini bukanlah berita yang ingin didengari menjelang pesaingan Sukan Sea kelak. Semoga latihan pusat di Lumut nanti mampu digunakan sebaiknya bagi meningkatkan prestasi pemain.

1 comment:

  1. mcm2 dugaan training di bukit jalil,harap kem 3 minggu di lumut ni berjaya dimanfaatkan sepenuhnya..

    ReplyDelete