02 October 2011

Normanizam buktikan lagi!

Krdeit Info dari Facebook Dinst Ismail

Kali ini di Kejohanan Terbuka Kelantan 2011 anjuran Akademi Sepaktakraw Kelantan, bekas tekong negara Normanizam membuktikan untuk kesekian kalinya dia masih antara yang terbaik di negara ini. Diapit oleh pemain muda, Normanizam tidak berdepan masalah besar menumpaskan GASTEP B untuk membawa pulang wang tunai RM5000.

Majlis Penyampaian Hadiah

Hadiah kejohanan ini pada mulanya hanya RM3000 untuk johan sehinggakan replika cek telah dicetak jumlah itu. Namun atas sambutan menggalakkan dan sokongan dari pemimpin setempat YB Abdul Fatah, hadiah dinaikkan ke RM5000!

Beberapa regu dari Thailand juga dikhabarkan menyertai kejohanan ini. Tetapi mereka telah ditunjukkan jalan keluar awal. Regu dari Terengganu dan Kelantan mendominasi saingan separuh akhir.

Normanizam yang beraksi atas nama TNB seolah - olah memberi amaran awal kepada pesaing lain untuk saingan akhir KFC Utusan 2011 yang bakal berlangsung 2 minggu dari sekarang. Selain TNB dan GASTEP, slot separuh akhir turut diisi oleh MSNK dan ASKEL.

Bolarotan mengucapkan tahniah kepada penganjur yang baru kali pertama kali mengendalikan kejohanan ini atas nama ASKEL. Tahniah juga kepada TNB dan Normanizam khususnya kerana sekali lagi menunjukkan aksi mantapnya.

1 comment: