03 October 2011

Peminat tidak yakin!

Dari 156 undian yang telah dijalankan di Bolarotan.com, 30% atau 47 orang darinya memilih skuad negara bakal kecundang di pusingan awal Sukan SEA yang bakal berlangsung nanti. Sebagai perbandingan, 28% atau 43 orang memilih Malaysia bakal memperoleh pingat Emas dan 27% lagi menyatakan hanya sekadar Perak. 

15% merasakan Malaysia hanya mampu sekadar pingat gangsa. Jika di tambah undian Perak, Gangsa atau Kalah Pusingan Awal, 72% memilih Skuad Malaysia tidak mampu membawa pulang pingat emas.

Keyakinan ke atas skuad negara semakin pudar apabila rentetan kekalahan demi kekalahan menghiasi kalendar kem PSM. Walaupun menang kategori antara regu di Piala Raja Thai baru - baru ini, ia tidak boleh dijadikan ukuran kerana regu Thailand tidak bersaing bagi kategori itu. Malah 3 kekalahan berturut - turut kepada skuad Indonesia menguatkan lagi tanggapan skuad negara kini tidak cukup ampuh untuk menggalas cabaran ke Sukan SEA.

Pemain - pemain negara kini sedang menjalani latihan pusat di Lumut khabarnya. Semoga mereka dapat meningkatkan prestasi dan mengembalikan kegemilangan sukan Sepaktakraw Malaysia

No comments:

Post a Comment