06 October 2011

Perlawanan pemanas badan Grand Finale KFC-Utusan 2011 : UITM vs KERIS

Telah berlangsung tadi di Gimnasium 2 MSN Bukit Jalil perlawanan persahabatan untuk pemanas badan skuad UITM menentang Media Malaysia (KERIS). UITM yang hadir dengan 7 orang bukan saja melayan skuad KERIS tetapi berpeluang bergasak dengan 2 bekas pemain Thailand yang juga perunding skuad negara kini iaitu Prawet dan Taweet.

Jurugambar dari Utusan juga hadir merakamkan aksi mereka

Walaubagaimanapun regu utama UITM iaitu juara kategori IPTA/S U19 zon tengah iaitu Kimi dan Ali (Maaf apit kiri saya lupa namanya) tidak dapat turut serta malam tadi kerana urusan peribadi. Selain UITM, ADTEC Shah Alam, regu separuh akhir kategori sama di Paroi juga menjalani perlawanan persahabatan petang tadi bersama pasukan Polis Klang khabarnya. 

Bersedia untuk bergambar beramai - ramai sebelum bergasak

Saya juga buat kali pertamanya berpeluang menyaksikan kemampuan 2 perunding PSM ini. Pada usia yang tidak lah tua sangat, mereka masih hebat digelanggang. Malah saya boleh katakan barisan pemain negara kini juga belum tentu mampu menumpaskan mereka seandainya mereka bermain secara serius.

Saksikan sedutan rakaman aksi Taweet yang bergandingan dengan Zubir dan Azhar.




No comments:

Post a Comment