17 October 2011

PESTANS B v MBMB A - Kuda Melaka lawan Oduk Negeri Sembilan

Meremang bulu roma dan hampir menitis air mata, itu yang boleh saya ungkapkan apabila menyaksikan perlawanan akhir KFC-Utusan 2011 tadi. Meremang bulu roma apabila melihat aksi mantap kedua - dua pasukan; Saiful Bakhtiar yang sangat konsisten, Shafik yang kerap menyelamatkan bola, Kamaruzzaman yang beberapa kali melibas keluar dan sangkut serta tackling kemas Budin mewarnai perlawanan.

Kedua - dua tekong pula bersaing dengan cara sendiri, Rafizi a.k.a Panjang dengan servis kuda mantap pada set pertama kerap memperoleh mata apabila servis disasarkan kepada Shafie manakala Khaizir atau Bro M pula membuat kejutan dengan servis Oduk yang cemerlang dan memukau.

Hampir menitis air mata pula kerana sudah lama kita tidak menyaksikan suasana perlawanan seperti ini  - penyokong berkompang dan bersorak, tangkap menangkap antara apit kiri dan tekong serta berbalas libasan sesama apit kanan.

Saya belum mahu menulis panjang mengenai perlawanan akhir ini, tapi sekadar ingin berkongsi dengan anda sedutan video sebelum perlawanan di antara 2 regu hebat ini.








Video permainan Bro M akan saya muat naik nanti. Sabar ya!

3 comments:

  1. After quite some time, I guess yesterday's game was the best amongst all!!! It reminds me how we once used to play the Malaysian way a long time ago.

    To PSM if you are reading, I really meant it... "THE MALAYSIAN WAY"! Stop that "gulung" thing! The Thais had mastered this long ago. Hail our backstroke@"Maniam"@whatever we call it and that is actually our weapon.

    ReplyDelete
  2. sokong 110%. service silang/backstroke or whatever boleh dikaji, mungkin dapat menjadi salah satu senjata utama bagi menghadapi pasukan negara lain yang semakin jauh kehadapan.

    killer backstroke memang dah sinonim dengan malaysia, dan banyak kelebihan. tak pakai banyak tenaga selain senang placing.

    ReplyDelete
  3. terima kasih dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada bola rotan yang tidak pernah jemu membangunkan sepak takraw dan menjadi media sepak takraw utama negara.

    ReplyDelete