12 October 2011

Siri Jelajah Gelanggang - Precint 11 Putrajaya : Persatuan Sepaktakraw Putrajaya

Siri Jelajah Gelanggang kali ini membawa saya ke Precint 11 Putrajaya. Selepas banyak kali terlepas peluang ke sini akhirnya bertemu jodoh malam tadi. Abu seorang anggota ATM yang juga setiausaha Persatuan Sepaktakraw Putrajaya atau PESTAP telah pun berdaftar secara rasmi dan bernaung di bawah Persatuan Sepaktaraw Malaysia (PSM). 

Antara pemain - pemain yang hadir

Pemain - pemain PESTAP ini hadir dari sekitar Putrajaya yang mana terdapat beberapa persatuan dan kelanb kecil di sana seperti Precint 14 dan 18. PESTAP juga berada dalam keadaan baik yang mana memiliki jadual latihan tetap dengan 4 jurulatih yang bukan calang - calang. Ketua jurulatih mereka ialah En. Ishak , bekas Setiausaha Pengadil Malaysia yang juga bekas jurulatih saya ketika menuntut di UIAM dahulu. Selain En. Ishak, setiap posisi dikendalii jurulatih khusus! Untuk posisi Apit kanan, PESTAP dikendali oleh bekas bintang TM iaitu Kaharudin. Redzuan Manap bekas pemain negara mengendalikan latihan posisi tekong dan apit kiri pula dikendali orang kuat UPM iaitu Syahriman atau lebih dikenali dengan nama Selera Tajam.

Syahriman a.k.a Selera Tajam

2 gelanggang di buka setiap sesi latihan dengan jadual bermula 8.00 hingga 10.00 malam di Pusat Kejiranan Precint 11 Putrajaya. Latihan berlangsung setiap Selasa dan Khamis.

Ketika ini PESTAP secara serius melatih pemain - pemain mereka hasil pemilihan yang telah dijalankan beberapa minggu lalu bagi melibatkan pasukan mereka ke kejohanan - kejohanan yang bakal berlangsung kelak. Tahniah PESTAP dan selamat maju jaya.

Cari mereka di Facebook atas nama Persatuan Sepaktakraw Putrajaya.

No comments:

Post a Comment