22 November 2011

Satu lagi usaha Bolarotan.com untuk semua - Sports Tourism (Pelancongan Sukan)

Hari ini akan bermula satu program baru menerusi Bolarotan.com iaitu Pelancongan Sukan atau Sports Tourism. Untuk edisi sulung ini Bolarotan.com akan mengendalikan pasukan dari Singapura iaitu pelajar - pelajar dari usia 13 - 16 tahun. Mereka akan berlatih dan menjalani beberapa perlawanan di samping bercuti di Kuala Lumpur. Beberapa ahli MBR dipilih sebagai Lead Trainer dan Fasilitator bagi menjayakan program ini.

Terimakasih kepada ahli MBR Singapura iaitu En. Haron Kosnan yang membantu mempromosikan program ini. Berikut adalah aturcara program yang disusun. Sekiranya anda ada kelapangan, silalah menyertai kami!

Sports Tourism Program - Singapore National School Team
Training and Friendly Match KL 2011


Program itinerary

Training
Date : 22nd November 2011 (2pm - 5 pm)
Venue : Kompleks Sukan Kampung Pandan
Lead trainer : En. Abdul Rahim Adnan
Facilitator : En. Megat Sharifuddin Shaharuddin
En. Ahmad Ezzat Zaki
En. Mohd Khaizir Said

Friendly Match against KL Sports School Team
Date : 23rd November 2011 (9am - 12 noon)
Venue : Kompleks Sukan Kampung Pandan
Lead trainer : En. Azhar Hj Sarabini
Facilitator : En. Megat Sharifuddin Shaharuddin

Match against Media Malaysia (KERIS) & Putrajaya Sepaktakraw Association
Date : 23rd November 2011 (9pm - 11.30pm)
Venue : Gymnasium 2 Kompleks Sukan MSN Bukit Jalil

Training
Date : 24th November 2011 (9am - 12 noon)
Venue : Kompleks Sukan Kampung Pandan
Lead trainer : En. Syahriman
Facilitator : En. Megat Sharifuddin Shaharuddin

Friendly Match against mix teams
Date : 24 November 2011 (2pm - 5pm)
Venue : Kompleks Sukan Kampung Pandan
Lead trainer : En. Syahiman
Facilitator : En. Megat Sharifuddin Shaharuddin

For any inquiries please contact:
Mohsen Amdan : 013 - 388 9214
Luqman Yusop : 019 - 369 3841

16 November 2011

Sidang Media GPSN


Alhamdullillah Bolarotan dan rakan - rakan Masyarakat Bolarotan hari ini diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk berganding bahu atas nama Gabungan Penggiat Sepaktakraw Nasional (GPSN) memberanikan diri merancang dan membuat satu sidang media untuk menyatakan pendirian mengenai situasi sepaktakraw di negara ini sekarang.


Walaupun pelbagai kemungkinan akan berlaku selepas ini - sama ada positif atau negatif akan berlaku, saya dan GPSN bersedia menanggung risiko atau berdepan dengan pelbagai tindak balas. 

Namun kami yakin bahawa Allah sentiasa bersama kami dalam perjuangan ini. Niat dan hasrat kami berjuang dengan menggunakan sukan sebagai landasan mendekatkan diri kepadaNya bukanlah untuk kepentingan sendiri atau mencari kemasyhuran. 

Seandainya PSM berlapang dada dan sudi memikirkan kenyataan kami, saya ucapkan tahniah kerana PSM sanggup menuju kepada perubahan. Tapi andainya PSM pula cuba mengecam, menggugut, memperlekeh atau apa saja tindak balas negatif kepada pernyataan kami, maka PSM harus sedar bahawa bentuk pemikiran seperti itu tidak akan mungkin membawa PSM ke keadaan yang lebih baik.


Buat pembaca yang terlepas menonton RTM 1 tadi, dapatkan naskah Utusan Malaysia atau Sinar Harian esok. Saya juga titipkan rakaman video yang dapat kami buat tadi untuk anda memahami intipati kenyataan kami!










Sidang Media GPSN



SIARAN MEDIA 
16 NOVEMBER 2011 PETALING JAYA, SELANGOR
GABUNGAN PENGGIAT SEPAK TAKRAW NASIONAL (GPSN)

SKUAD elit sepak takraw negara mencatat keputusan yang paling hambar dalam kempen Sukan SEA XXVI Indonesia 2011 di Palembang malah dalam sejarah temasya dwitahunan ini sejak 1965 apabila dikalahkan tuan rumah dua kali berturut-turut dalam tempoh tiga hari sejak Ahad lalu (13 November).

Pada peringkat separuh akhir antara regu Sukan SEA di Pusat Konvensyen Sriwijaya, Ahad lalu, anak buah Jamaluddin Hassan kalah 0-3 (10-15, 11-15, 11-15) sebelum perlawanan sulung liga berpasukan turut menyaksikan mereka tumpas 0-3, Selasa lalu (15 November).

Inilah kekalahan ketiga kepada lawan selepas diaibkan 2-3 dalam suku akhir Siri Super I (antara regu) dan 1-2 pada separuh akhir berpasukan selain 0-3 bagi acara beregu pada Kejohanan Dunia Piala Raja Thai Ke-26 di Bangkok, September lalu.

Malah sebutir gangsa antara regu Sukan SEA 2011 ini sekadar meneruskan prestasi hambar pada temasya Laos 2009 selepas diaibkan tuan rumah 2-1 sehingga mendorong kontrak jurulatih negara ketika itu, Haris Abd. Rahman tidak disambung ke Sukan Asia 2010 dan skuad elit dirombak besar-besaran.

Deretan kekalahan ini membuktikan betapa merudumnya sepak takraw kita dan tidak syak lagi kita tidak boleh beranggapan kita masih Nombor 2 di belakang Thailand yang sudah jauh meninggalkan kita hanya dengan mengukur pencapaian naib juara Piala Dunia Pertama di Kuala Lumpur, Julai lalu.

Malah ranking kedua milik Malaysia dalam senarai terkini Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) yang menilai prestasi Piala Dunia dan Siri Super, tidak membawa erti lagi jika Indonesia yang di belakang kita pun begitu mudah menewaskan kita bukan sekali tetapi tiga kali berturut-turut dalam tempoh dua bulan sahaja.

Tiada lagi alasan jika ada pihak yang mengatakan tuan rumah mempunyai kelebihan penyokong dan gelanggang sendiri dalam Sukan SEA 2011 kerana jika kita masih ingat, skuad elit negara turut diaibkan Indonesia dalam separuh akhir Kejohanan Dunia Piala Malaysia tanggal Mei 2009 di Kuala Terengganu.

Lebih parah ketika itu, kita selaku tuan rumah yang menghantar dua pasukan, Malaysia A dan B, masih tidak mampu mengekang Indonesia yang kemudiannya mara ke separuh akhir dan hanya disekat Thailand untuk bergelar juara kejohanan edisi ketiga anjuran Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) itu.

Sekiranya kita sekadar beroleh gangsa berpasukan dalam Sukan SEA kali ini (masih perlu menghadapi Thailand (Khamis, 17 November) dan Myanmar (Jumaat, 18 November), ia satu pencapaian terburuk skuad negara yang mengulangi sebutir gangsa acara sama di Brunei 1999.

GPSN berasa hairan dengan hasil latihan yang dibuat oleh PSM nampaknya masih gagal meningkatkan mutu permainan pemain meskipun telah mendapat khidmat 2 orang jururunding dari Thailand. Meskipun Sukan SEA belum berakhir, GPSN tetap melihat amat sukar bagi mencapai sasaran sebutir emas yang ditetapkan PSM dan skuad elit apabila melihat persembahan semasa.

Justeru, sidang media hari ini mahu menzahirkan rasa terkilan, kecewa dan prihatin selain cadangan Gabungan Penggiat Sepak Takraw Nasional (GPSN) terhadap pencapaian hambar skuad negara dalam Sukan SEA XXVI Indonesia yang sedang berlangsung di Palembang.

Kumpulan ini mengandungi bekas-bekas pemain negara dan beberapa kelab tempatan serta peminat yang tidak putus-putus menghidupkan permainan tradisi bangsa Melayu ini menerusi penglibatan masing-masing selain sentiasa mengambil berat perkembangan skuad negara menerusi aneka media canggih seperti laman sosial  internet hari ini selain akhbar dan TV.

GPSN tidak sesekali mahu apa yang disifatkan ‘melancarkan perang’ terhadap PSM mahupun Majlis Sukan Negara (MSN) atau mereka yang berkaitan dengan skuad elit tetapi penzahiran perasaan dalam sidang media ini lebih didorong kepada hasrat dan keprihatinan kami untuk melihat sukan sepak takraw Malaysia kembali ke tahap yang boleh dibanggakan dan mencapai zaman kegemilangannya seperti era 60-an hingga awal 90-an.

Percayalah jika ada pun kritikan kami terhadap, ia hanyalah dengan tekad untuk membina, bukannya membinasa.

Jika kami juga dianggap ‘memukul’, ia ibarat sayangkan anak, tangan-tangankan.

Kerana sayangkan sepak takrawlah - pusaka nenek moyang kita sejak Zaman Kesultanan Melaka berkurun-kurun lalu, maka sidang akhbar ini dan kami secara sukarela sanggup ke sini mengorbankan masa dan tenaga. 

Kami juga menyeru pihak-pihak di seluruh negara yang terasa diri mereka sebahagian daripada keluarga sukan sepak takraw, turut terpanggil atau berkongsi perasaan ini, agar menyertai kami dengan menghulurkan apa juga bentuk galakan, bantuan dan sokongan padu.

BANYAK YANG PERLU DILAKUKAN, DIROMBAK DAN DIBENTUK SEMULA - IA MESTILAH SEGERA!!!!!

ROBOH SUDAH KOTA MELAKA,
SERPIHAN PALEMBANG DIRIKAN SEMULA,
AYUH BANGKIT PEJUANG SUKAN PUSAKA,
TEBUS MARUAH KEMBALI TERBELA!

Kami dengan ini turut mencadangkan LAPAN SARANAN yang patut dilakukan oleh PSM dan mereka yang berkepentingan dalam sukan ini bagi memulihkan pencapaian sepak takraw negara iaitu:  

LAPAN SARANAN

1.    Rombakan besar-besaran kepada skuad elit sedia ada. Proses pemilihan pemain seharusnya dibuat dengan lebih baik, telus, menyeluruh dan sistematik serta kajian saintifik. Kriteria pemain haruslah berdasarkan pencapaian semasa dan bukan daripadapemerhatian PSM semata-mata.

2.    Melihat semula strategi permainan menerusi kepelbagaian servis tekong, teknik adangan dan libasan apit kanan serta umpanan apit kiri.

3.    Program pembangunan bakat baru dan pelapis perlu diwujudkan semula di peringkat pusat dan tidak hanya menyerahkan kepada negeri. Masalah tuntutan elaun mereka bagi memastikan kelancaran program jurulatih di peringkat negeri juga harus diselesaikan.

4.    Mengguna pakai kepakaran perunding dari Thailand untuk skuad pelapis sahaja (bawah 21 tahun) dan bukannya untuk skuad elit.

5.    Sistem pencarian bakat yang lebih agresif oleh PSM menerusi pertandingan tempatan dalam kalendar PSM, ahli gabungannya mahupun oleh badan bukan kerajaan (NGO) lain atau sektor korporat.

6.    Agresif dalam mengusahakan penajaan dan promosi sukan sepak takraw menerusi media aliran perdana (akhbar, TV, radio) dan aliran baru (internet laman sosial).

7.    Menyusun semula gerak kerja jawatankuasa dan kepimpinan PSM agar lebih mantap dan relevan khususnya tanpa melupakan penglibatan serius ahli gabungan.

8.    Mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih baik dengan agensi kerajaan berkaitan sukan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia(Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia - MSSM), Kementerian Pengajian Tinggi (Majlis Sukan Universiti Malaysia – Masum) dan Kementerian Belia dan Sukan.

Karnival Sepaktakraw Kebangsaan UITM - KPT 2011 : Sedutan video

Saksikan sedutan video yang sempat saya rakamkan.


Separuh akhir wanita


Separuh akhir


Separuh akhir kedua


Akhir bawah 18 tahun


Akhir kategori IPTA


Akhir Terbuka


15 November 2011

Sukan SEA 2011 - Sepaktakraw dan hala tuju - di mana kita sebenarnya?

Sejak semalam, mata saya menghabiskan lebih dari 10 jam menatap skrin sama ada mobile atau PC. Semuanya gara - gara kekalahan Malaysia kepada Indonesia di Sukan SEA 2011 Palembang Indonesia. Bermula dengan rentetan kemungkinan acara berpasukan dibatalkan, sehingga semalam Sepaktakraw Malaysia meneruskan nada sendunya.

Pastinya tulisan saya ini mengundang rasa marah PSM kepada saya - tapi ini adalah ubat pahit untuk ditelan. Sejak perlawanan persahabatan di Pulau Pinang pada Ramadhan lalu yang mengaibkan regu Malaysia dengan keputusan 1-15, peminat sepaktakraw seolah - olah sudah dapat menghidu kekalahan di Palembang ini. 

Kawalan gelanggang yang lemah, servis terkandas dijaring adalah antara kelemahan yang sudah dibaca peminat. Tetapi alasan terkini jurulatih Malaysia yang menyalahkan bunyi sistem siaraya dan sorakan penonton mengundang kejian dan hinaan peminat.Saya berhubung dengan pensyarah dari UM iaitu En. Hafizan yang juga pengkaji teknikal sepaktakraw menerima alasan itu sebagai satu kemungkinan kerana bunyi yang terlampau mampu mengganggu kosentrasi dan minda pemain. Maka harus dilihat semula rakaman (sekiranya ada) perlawanan tersebut..adakah bunyi terlalu kuat sehingga pemain hilang arah? Sekiranya benar, bagaimana pula cara Thailand menyerapnya?

Peningkatan mutu permainan Indonesia dilihat cukup mendadak dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Regu Thailand juga nampaknya perlu lebih bersungguh ketika berdepan dengan Indonesia. Jika dilihat dari keputusan perlawanan, Malaysia sebenarnya sudah setakuk jauh dibelakang Indonesia apatah lagi Thailand. Servis Azman dan Syazwan begitu mudah di baca lawan. Regu Sufi pula di lihat seperti tiada keserasian. Ini semua diterjemahkan dalam kutipan mata. 

Lihat apa yang dilakukan oleh Thailand. Pada perlawanan akhir mereka berani meletakkan Wirawut untuk bermain. Siapakah Wirawut? Ini info yang saya dari Abdul Hafiz Ahmad.

WIRAWUT NA NONGKHAI BARU BERUSIA 20 TAHUN, SUKAN SEA DI PALEMBANG, INDONESIA INI YANG KEDUA SELEPAS SUKAN SEA LAOS 2009.  JUGA MENANG DUA EMAS BERPASUKAN DAN REGU DI LAOS...



MENANG 2 EMAS ANTARA REGU DAN BERPASUKAN SUKAN ASIA GUANGZHOU 2010 TAPI TIDAK DISENARAIKAN KE PIALA RAJA THAI DAN SIRI SUPER I ISTAF DI BANGKOK, SEPTEMBER LALU.....

KINI DI RANKING KETIGA DALAM PASUKAN KEBANGSAAN THAILAND SELEPAS KRIANGKRAI KAEWMIAN DAN SIRIWAT SAKHA.... JIKA DALAM REGU, SERASI BERPASANGAN DENGAN ANUWAT CHAICHANA DAN PATTARAPONG YUPADEE TAPI KALAU BERPASUKAN, MUNGKIN LEBIH SERASI DENGAN SUPACHAI MANEENAT (PELIBAS) DAN SOMPORN JAISINGHOL.... 


Perhatikan gaya servis Wirawut yang berbeza berbanding Siriwat. Menurut Tony, pemain USA berbangsa Thai strategi menurunkan Wirawut dan Siriwat bersilih ganti adalah untuk mengelirukan lawan. Saya setuju! Perhatikan sukan bola tampar, pemain bersilih ganti masuk. Kenapa? Untuk strategi yang pelbagai bukan? Nah.kini format satu regu 5 orang..kenapa strategi ini tidak dipakai? Kenapa lebih apit kanan yang kerap ditukar bukan tekong? Thai menukar tekong ketika mereka mendahului pun.. tapi kita?


Ketandusan pemain? Ahh itu semua alasan! Di mana pasukan pemilih PSM ketika pelbagai kejohanan dianjurkan diseluruh negara? PSM anjurkan banyak kejohanan? Yang mana satu anjuran PSM? Bayangkan Super Series anjuran PSM tidak mendapat sambutan! Mengapa begini? Isu cacamarba yang tidak kunjung selesai. 

Saya cuma orang kecil di negara ini. Saya tidak tahu sejauh mana perubahan yang boleh saya bawa bagi sepaktakraw di negara ini. Tapi saya bergelumang dengan sepaktakraw setiap hari dengan pelbagai lapisan pemain. PSM..BANGKIT LAH..SEDARILAH BAHAWA PSM JUGA PENYUMBANG KEPADA KEKALAHAN SKUAD MALAYSIA!

Piala Sumbangsih MILO - KERIS 2011 : KERIS v UTHM

12 November 2011 menyaksikan skuad Media Malaysia (KERIS) beraksi di Batu Pahat atas jemputan UTHM. Ini merupakan kunjungan balas KERIS setelah pihak UTHM hadir ke Kuala Lumpur untuk satu perlawanan persahabatan beberapa minggu yang lalu.

Barisan pemain KERIS

Pemain - pemain UTHM

Perjalanan bermula pada 11 November 2011 dengan bas dari Batu Pahat yang disewa UTHM menjemput kami yang berkumpul di Angkasapuri pada jam 10 malam. Kami tiba di UTHM pada jam 2.45 pagi dan berehat sebelum berkumpul semula pada jam 8.30. Kami terus menuju ke Gelanggang Badminton UTHM dan bersarapan pagi di sana sebelum bersedia ke gelanggang pada jam 11 pagi.

Piala rebutan

Ha...kan dah berebut!

Sebanyak 5 regu dipertandingkan kali ini bagi merebut Piala Sumbangsih MILO - Keris ini. Piala ini akan menjadi cabaran tahunan di antara KERIS dan UTHM. Ini merupakan satu usaha baik di antara IPT dan media yang mana ia membantu penggalakan sukan dan mempelbagaikan lagi aktiviti sukan tanah air,

Regu UTHM yang diperkuat dengan pemain hebat seperti Halim, tekong kuda yang konsisten serta Fadil, bekas pelatih Sekolah Sukan Bukit Jalil memberikan kelebihan besar buat UTHM. 

Halim

Drop pun meleleh

Aik..ke mana bola tu?

Regu KERIS turut meletakkan sandaran kepada Tekong Super Series UITM iaitu Shuib tetapi UTHM mempunyai pemain lengkap setiap posisi. Malahan regu KERIS juga hanya diwakili 11 orang dan keadaan ini sangat memebri kelebihan kepada UTHM. Keputusan keseluruhan UTHM menang 3-2. Tahniah UTHM!

Shuib

Libasan gulung kiri dari Izan

Masnan melakukan libasan

Azhar cuba bersaing di udara

Selesai perlawanan, majlis disempurnakan dengan penyampaian hadiah yang disampiak oleh Penolong Pengurus pasukan KERIS iaitu En. Daud. Kami kemudiannya pulang ke asrama untuk bersiap pulang dan dijemput menjamu makan tengahari bersama pegawai belia dan sukan UTHM. Turut berlangsung ketika itu ialah majlis penyampaian cenderamata kepada kedua - dua pihak.

En. Daud menyampaikan piala

Sorakan gembira UTHM..jaga - jaga..tahun depan kami akan kembali merampas!

Ucapan dari En.Daud

Pegawai Belia dan Sukan UTHM

Penyerahan trofi

Suasana di dewan yang sejuk


Cenderamata dari UTHM

Buah tangan kepada ketua pasukan UTHM


Terimakasih daun keladi diucapkan kepada UTHM kerana sudi mempelawa dan menyediakan semua kemudahan bagi memastikan acara ini berjalan lancar. Semoga ketemu lagi di masa akan datang.

Saksikan sedikit sedutan perlawanan kami...








14 November 2011

Karnival Sepaktakraw Kebangsaan UITM - KPT 2011 - PDRM A muncul juara kategori Terbuka

Bermula dengan regu digelar cacamarba - Ahmad Ezzat Zaki terpaksa beraksi dengan 2 pelibas ternama ; Wak dan Masran. Tanpa apit kiri yang sepatutnya beraksi bersama mereka iaitu Shafik Rahman, pendekatan Double Killer regu PDRM ini menjadi dan membuahkan hasil apabila mereka layak ke pusingan separuh akhir pagi ini. Namun kelibat Ahmad Ezzat Zaki tidak muncul hari ini kerana terpaksa beraksi di Kejohanan Terbuka Tampin bersama Lan Kudung dan khabarnya kalah di pusingan separuh akhir menentang Ulo dari Johor.

Hanafiah

Masran melakukan libasan sambil dihadang oleh Farid

Wak bijak mencari ruang

Juara dengan hadiah RM1300.00


15 regu beraksi dalam kategori ini dan banyak juga nama besar turun beraksi seperti Azlan Mubin, Normanizam, Suhaimi Yusop, Farid Hamdan, Kemong dan beberapa lagi. Separuh akhir tadi menemukan PDRM A menentang regu Suhaimi Yusop dan Farid Hamdan dan berkesudahan 2 - 0. Tempat Ezzat digantikan oleh Hanafiah, bekas pemain UPM dan Johor. Kemampuan Hanafiah juga tidak dinafikan berada di tahap baik cuma servis kudanya tidak lagi selaju dahulu. Namun ia mencukupi untuk membawa mereka ke pusingan akhir.

Hafiz Rahman melakukan libasan

Narong

Servisnya cukup padu pada sisi 3

Satu lagi separuh akhir menemukan regu dari Shah Alam yang menamakan diri mereka Baik Derr B yang dibarisi oleh Hafiz Rahman, Mat Pan dan Narong. Manakala lawan mereka dari Negeri Sembilan iaitu Kemong, Dek Ma dan abangnya. Mereka menamakan diri mereka sebagai TIGA.


Kemong yang semakin laju servisnya

Perlawanan sengit dengan kedua - dua tekong mempunyai servis kencang dan drop nipis silih berganti dan libasan kedua - dua apit kanan pula berdentam dentum di dalam dewan. Mungkin pengalaman memihak kepada regu Baik Derr B dan mereka berjaya layak ke pusingan akhir.

Wak dan Hafiz bertembung di udara 

Regu Double Killer!

Hadangan penuh dari Wak

Jarang - jarang menyaksikan Masran di posisi apit kiri

Kedua - dua tekong bertempur di udara! Hanafiah melibas dan Narong menghadang!

Perlawanan akhir pula berlangsung pada jam 4 petang dengan disaksikan oleh Presiden Persatuan Sepaktakraw Selangor iaitu Adun Sementa YB Abdul Rahman Palil. Perlawanan dijangka berlanjutan ke set ketiga tetapi meleset apabila regu PDRM A menunjukkan mutu perlawanan yang lebih baik serta kawalan gelanggang mantap. Wak berjaya mengkucar kacir kan lawan dengan libasan yang mengelirukan serta hadangan yang beberapa kali berjaya menyekat libasan padu Hafiz Rahman. 

Tahniah kepada pemenang! Nantikan kemunculan videonya!

Karnival Sepaktakraw Kebangsaan UITM - KPT 2011 - UITM B muncul juara kategori IPTA

Sebanyak 5 regu dari UITM Shah Alam, 3 dari UITM Pahang, satu dari UITM Kelantan, 2 dari UPSI, 2 dari UTM dan satu dari UTHM mengambil bahagian dalam kategori ini. Dengan hadiah RM1300 untuk Johan menjadi rebutan, 3 regu UITM Shah Alam layak ke separuh akhir dan UPSI B mengiringi mereka di kotak.

Regu Juara

UITM B dan E, akhirnya berjaya ke pusingan akhir dan saya merasakan Malaysia masih mempunyai barisan pemain muda yang baik untuk diberi harapan. Mahu atau tidak, terpulang kepada PSM. Saya katakan sebegini setelah melihat sendiri aksi mantap regu - regu muda ini dan nyatanya mereka sewajarnya di bawa keperingkat lebih tinggi.

Che Din

Badri

Farid (Dal)

Gaya tap kiri dari Amirul yang memukau!

UITM B yang membariskan Badri, Mamat dan Che Din serta Ali Al Hamidi sebagai pemain simpanan berjaya menang 2-1 ke atas Tompel, Dal dan Amirul. Permainan Amirul saya perhatikan banyak mengalami peningkatan sejak KFC - Utusan di Zon Timur dengan pukulan lebih padu dan konsisten serta teknik yang menarik. 

Tompel

Mamat pula yang saya kenali sejak dia dibangku sekolah melihatkan kematangan permainan. Dibantu oleh apit kiri berwibawa iaitu Che Din dengan kawalan gelanggang yang hebat serta libasan kencang dan tinggi dari Badri membolehkan regu mereka membolot RM1300. 

Acong & The Gang

UITM B

UITM E