07 November 2011

Bolarotan di jemput ke RTM sekali lagi!

Dalam perjalanan menuju ke Kulim pada Jumaat lalu untuk pulang menyambut Aidiladha, saya di hubungi oleh pihak RTM atau khususnya pengurusan rancangan Stadium Angkasa. Dahulu, Bolarotan pernah di jemput ke rancangan yang sama tetapi kecewa kerana hanya sekadar menjadi tukang tepuk, kali ini Bolarotan dijemput dengan membawa ahli MBR - Masyarakat Bolarotan (Facebook) untuk berada di siaran langsung yang kali ini menampilkan ahli MBR yang juga bekas pemain negara iaitu Mohd Futra Abdul Ghani dalam tajuk hangat - Campurtangan Politik Dalam Pengurusan Sukan.

Antara penonton studio pada siaran terdahulu

Siaran langsung ini bakal ke udara pada 8 November 2011 ini pada jam 10 malam di RTM 1. Kepada pembaca sekalian jangan lupa menonton kami kerana ini merupakan kali ketiga Bolarotan muncul di kaca TV selain di kelibat kami kelihatan di Kejohanan KFC Utusan.

Saya turut menyuarakan rasa kecewa pada siaran terdahulu di mana penonton di studio tiada ruang langsung berinteraksi dan kali ini saya dijanjikan dengan 4 - 5 soalan bakal ditanya oleh penonton di studio. Saya sangat berharap peluang soalan sebegini kerana ini adalah siaran langsung dan tajuk yang diberikan juga menarik untuk dibahaskan. Bagi saya bukan politik saja di dalam sukan malah profesionalisme juga harus dipertikaikan. Pastinya saya merujuk kepada PSM yang khabarnya sudah mula merisik - risik motif Bolarotan dan seolah bimbang Bolarotan ingin mengganggu gugat PSM.

Berbalik kepada jemputan ini, saya mengalu - alukan mana - mana ahli MBR yang kini mencecah angka 666 (Wowwww..sangat nakal nombor ini) keahliannya untuk turut serta dalam siaran langsung ini. Sekiranya berminat sila emailkan nama dan nombor telefon anda ke bolarotan@gmail.com.

Salam Aidiladha kepada semua. Semoga jiwa dan roh pengorbanan sentiasa tersemat di hati kita demi Allah SWT.

2 comments:

  1. teruskan perjuangan derr
    saya sokong 100% MBR!!!

    ReplyDelete
  2. Raja Ady - terimakasih atas sokongan anda!
    Marilah datang ke RTM!

    ReplyDelete