14 November 2011

Karnival Sepaktakraw Kebangsaan UITM - KPT 2011 - PDRM A muncul juara kategori Terbuka

Bermula dengan regu digelar cacamarba - Ahmad Ezzat Zaki terpaksa beraksi dengan 2 pelibas ternama ; Wak dan Masran. Tanpa apit kiri yang sepatutnya beraksi bersama mereka iaitu Shafik Rahman, pendekatan Double Killer regu PDRM ini menjadi dan membuahkan hasil apabila mereka layak ke pusingan separuh akhir pagi ini. Namun kelibat Ahmad Ezzat Zaki tidak muncul hari ini kerana terpaksa beraksi di Kejohanan Terbuka Tampin bersama Lan Kudung dan khabarnya kalah di pusingan separuh akhir menentang Ulo dari Johor.

Hanafiah

Masran melakukan libasan sambil dihadang oleh Farid

Wak bijak mencari ruang

Juara dengan hadiah RM1300.00


15 regu beraksi dalam kategori ini dan banyak juga nama besar turun beraksi seperti Azlan Mubin, Normanizam, Suhaimi Yusop, Farid Hamdan, Kemong dan beberapa lagi. Separuh akhir tadi menemukan PDRM A menentang regu Suhaimi Yusop dan Farid Hamdan dan berkesudahan 2 - 0. Tempat Ezzat digantikan oleh Hanafiah, bekas pemain UPM dan Johor. Kemampuan Hanafiah juga tidak dinafikan berada di tahap baik cuma servis kudanya tidak lagi selaju dahulu. Namun ia mencukupi untuk membawa mereka ke pusingan akhir.

Hafiz Rahman melakukan libasan

Narong

Servisnya cukup padu pada sisi 3

Satu lagi separuh akhir menemukan regu dari Shah Alam yang menamakan diri mereka Baik Derr B yang dibarisi oleh Hafiz Rahman, Mat Pan dan Narong. Manakala lawan mereka dari Negeri Sembilan iaitu Kemong, Dek Ma dan abangnya. Mereka menamakan diri mereka sebagai TIGA.


Kemong yang semakin laju servisnya

Perlawanan sengit dengan kedua - dua tekong mempunyai servis kencang dan drop nipis silih berganti dan libasan kedua - dua apit kanan pula berdentam dentum di dalam dewan. Mungkin pengalaman memihak kepada regu Baik Derr B dan mereka berjaya layak ke pusingan akhir.

Wak dan Hafiz bertembung di udara 

Regu Double Killer!

Hadangan penuh dari Wak

Jarang - jarang menyaksikan Masran di posisi apit kiri

Kedua - dua tekong bertempur di udara! Hanafiah melibas dan Narong menghadang!

Perlawanan akhir pula berlangsung pada jam 4 petang dengan disaksikan oleh Presiden Persatuan Sepaktakraw Selangor iaitu Adun Sementa YB Abdul Rahman Palil. Perlawanan dijangka berlanjutan ke set ketiga tetapi meleset apabila regu PDRM A menunjukkan mutu perlawanan yang lebih baik serta kawalan gelanggang mantap. Wak berjaya mengkucar kacir kan lawan dengan libasan yang mengelirukan serta hadangan yang beberapa kali berjaya menyekat libasan padu Hafiz Rahman. 

Tahniah kepada pemenang! Nantikan kemunculan videonya!

No comments:

Post a Comment