15 November 2011

Sukan SEA 2011 - Sepaktakraw dan hala tuju - di mana kita sebenarnya?

Sejak semalam, mata saya menghabiskan lebih dari 10 jam menatap skrin sama ada mobile atau PC. Semuanya gara - gara kekalahan Malaysia kepada Indonesia di Sukan SEA 2011 Palembang Indonesia. Bermula dengan rentetan kemungkinan acara berpasukan dibatalkan, sehingga semalam Sepaktakraw Malaysia meneruskan nada sendunya.

Pastinya tulisan saya ini mengundang rasa marah PSM kepada saya - tapi ini adalah ubat pahit untuk ditelan. Sejak perlawanan persahabatan di Pulau Pinang pada Ramadhan lalu yang mengaibkan regu Malaysia dengan keputusan 1-15, peminat sepaktakraw seolah - olah sudah dapat menghidu kekalahan di Palembang ini. 

Kawalan gelanggang yang lemah, servis terkandas dijaring adalah antara kelemahan yang sudah dibaca peminat. Tetapi alasan terkini jurulatih Malaysia yang menyalahkan bunyi sistem siaraya dan sorakan penonton mengundang kejian dan hinaan peminat.Saya berhubung dengan pensyarah dari UM iaitu En. Hafizan yang juga pengkaji teknikal sepaktakraw menerima alasan itu sebagai satu kemungkinan kerana bunyi yang terlampau mampu mengganggu kosentrasi dan minda pemain. Maka harus dilihat semula rakaman (sekiranya ada) perlawanan tersebut..adakah bunyi terlalu kuat sehingga pemain hilang arah? Sekiranya benar, bagaimana pula cara Thailand menyerapnya?

Peningkatan mutu permainan Indonesia dilihat cukup mendadak dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Regu Thailand juga nampaknya perlu lebih bersungguh ketika berdepan dengan Indonesia. Jika dilihat dari keputusan perlawanan, Malaysia sebenarnya sudah setakuk jauh dibelakang Indonesia apatah lagi Thailand. Servis Azman dan Syazwan begitu mudah di baca lawan. Regu Sufi pula di lihat seperti tiada keserasian. Ini semua diterjemahkan dalam kutipan mata. 

Lihat apa yang dilakukan oleh Thailand. Pada perlawanan akhir mereka berani meletakkan Wirawut untuk bermain. Siapakah Wirawut? Ini info yang saya dari Abdul Hafiz Ahmad.

WIRAWUT NA NONGKHAI BARU BERUSIA 20 TAHUN, SUKAN SEA DI PALEMBANG, INDONESIA INI YANG KEDUA SELEPAS SUKAN SEA LAOS 2009.  JUGA MENANG DUA EMAS BERPASUKAN DAN REGU DI LAOS...



MENANG 2 EMAS ANTARA REGU DAN BERPASUKAN SUKAN ASIA GUANGZHOU 2010 TAPI TIDAK DISENARAIKAN KE PIALA RAJA THAI DAN SIRI SUPER I ISTAF DI BANGKOK, SEPTEMBER LALU.....

KINI DI RANKING KETIGA DALAM PASUKAN KEBANGSAAN THAILAND SELEPAS KRIANGKRAI KAEWMIAN DAN SIRIWAT SAKHA.... JIKA DALAM REGU, SERASI BERPASANGAN DENGAN ANUWAT CHAICHANA DAN PATTARAPONG YUPADEE TAPI KALAU BERPASUKAN, MUNGKIN LEBIH SERASI DENGAN SUPACHAI MANEENAT (PELIBAS) DAN SOMPORN JAISINGHOL.... 


Perhatikan gaya servis Wirawut yang berbeza berbanding Siriwat. Menurut Tony, pemain USA berbangsa Thai strategi menurunkan Wirawut dan Siriwat bersilih ganti adalah untuk mengelirukan lawan. Saya setuju! Perhatikan sukan bola tampar, pemain bersilih ganti masuk. Kenapa? Untuk strategi yang pelbagai bukan? Nah.kini format satu regu 5 orang..kenapa strategi ini tidak dipakai? Kenapa lebih apit kanan yang kerap ditukar bukan tekong? Thai menukar tekong ketika mereka mendahului pun.. tapi kita?


Ketandusan pemain? Ahh itu semua alasan! Di mana pasukan pemilih PSM ketika pelbagai kejohanan dianjurkan diseluruh negara? PSM anjurkan banyak kejohanan? Yang mana satu anjuran PSM? Bayangkan Super Series anjuran PSM tidak mendapat sambutan! Mengapa begini? Isu cacamarba yang tidak kunjung selesai. 

Saya cuma orang kecil di negara ini. Saya tidak tahu sejauh mana perubahan yang boleh saya bawa bagi sepaktakraw di negara ini. Tapi saya bergelumang dengan sepaktakraw setiap hari dengan pelbagai lapisan pemain. PSM..BANGKIT LAH..SEDARILAH BAHAWA PSM JUGA PENYUMBANG KEPADA KEKALAHAN SKUAD MALAYSIA!

No comments:

Post a Comment