31 December 2011

Keris, NSTP cungkil lebih ramai pelibas media

Teks oleh Abdul Hafiz Ahmad
Foto & Video oleh Bolarotan & Azmi




KUALA LUMPUR - Kelab Sepak Takraw Media Malaysia (Keris) dengan kerjasama Kelab Sukan New Straits Times Press (NSTP) melancarkan strategi serampang dua mata menerusi perlawanan sepak takraw persahabatan di Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur tanggal 28 Disember lalu.

Selain meneruskan usaha menjalin silaturahim dengan lebih banyak pasukan, kedua-dua kelab berjaya mendedahkan ramai 'bakat terpendam' kakitangan pelbagai pangkat dan peringkat NSTP yang baru menghangatkan Kejohanan Sepak Takraw Juara Libas NSTP 2011 di Universiti Malaya, awal Disember lalu.


Keris diwakili Azmi Khamis, Daud Abdullah (RTM), Azmi Mansor (Media One Global), Muhammad Haffizul Ibrahim (Utusan), Mohamad Naquib Idris (Media Distribution Advertising Group), Manja Bah Lunggok (Filem Negara), Mohd. Izzuddin Kamaruddin (Permotoran) dan Alisaifuddin Kamis (Astro) serta Mohsen Amdan (bolarotan.com).

NSTP pula membariskan  Shaiful Md Nor, A. Ramle Zakaria, Azukhir Ahmad,  Ishak Ismail, Wan Abdillah Wan Nawi, Arman, Azukhir, Hassan, Sarazin, Faros dan Ramli.

Tanpa terlalu bermatlamatkan siapa menang, siapa kalah, perlawanan berformat berpasukan ini juga sejajar usaha sukarela Keris dalam mengalu-alukan penyertaan pemain berbakat, mahir dan berpengalaman serta berminat dari syarikat akhbar, majalah, percetakan atau stesen radio dan TV mahupun blog atau laman sesawang.


Keterangan mengenai penyertaan dalam sesi latihan atau perlawanan persahabatan dengan Keris, turut boleh diperoleh daripada Abdul Hafiz Ahmad, pengurus pasukan, di talian 019-2121778 atau e-mel kelabsepaktakrawmedia@gmail.com.

PENGURUS pasukan sepak takraw Kelab Sukan New Straits Times Press (NSTP), Ishak Ismail (dua dari kiri) saling bertukar cenderamata dengan tekong Kelab Sepak Takraw Media Malaysia (Keris), Azmi Khamis sebelum perlawanan persahabatan di MSN, Bukit Jalil, baru-baru ini.
APIT kanan NSTP, Azukhir Ahmad (kiri) cuba membuat terjahan bola dengan tapak kaki sambil diawasi pemain Keris, Manja Bah Lunggok pada perlawanan persahabatan di MSN, Bukit Jalil, baru-baru ini.
REGU utama NSTP di Bukit Jalil (dari kiri), Azukhir Ahmad, Hassan dan Arman yang mampu diserapkan sebagai tonggak baru Keris dengan kedatangan tahun baru 2012. 
 TEKONG Keris, Azmi Khamis melakukan servis memutar dalam usaha mengelirukan NSTP.


Saksikan sedutan perlawanannya di bawah


29 December 2011

Evolusi Bola Sepaktakraw

Semasa saya di Singapura untuk Siri Jelajah Gelanggang bersama Bro M dan GPMS, saya berpeluang ebrtemu dengan Presiden ASTAF / Setiausaha Agung ISTAF iaitu Dato Abdul Halim Kader. Saya sempat merakamkan video penerangan mengenai evolusi bola yang kita suka bermain dengannya - Bola Sepaktakraw! Klik di sini







Bintang Baru - Ain

Saya berkesempatan bermain di gelanggang Kampung Keladi Kulim minggu lalu dan rezeki nya dapat bertemu dengan satu lagi Bintang Baru iaitu apit kanan dari Perak - kini menuntut di Politeknik Kulim

Saya tertarik dengan komitmen pemain ini apabila melihat kerajinan beliau melakukan latihan sendiri. Datang awal ke gelanggang, jogging dan skipping dan diterjemahkan dengan susuk tubuh atlit yang sesuai serta gaya permainan yang bijak - bukan sekadar libas sampai pecah bola dan gelanggang. 

Saya akan cuba dapatkan temubual dengan beliau kelak dan sementara itu saksikan sedikit rakaman yang sempat saya buat.


Siri Jelajah Gelanggang - Edisi Sarawak

Saya berkesempatan ke Kuching untuk mengendalikan satu program Teambuilding bersama Jabatan Perdana Menteri di Sarawak beberapa bulan yang lalu. Selesai sahaja program itu saya di bawa oleh sekutu MBR Sarawak iaitu Saudara Mohamad b. Bakri ke sebuah sekolah cina di Matang untuk bergasak di satu kejohanan. Sampai di sana regu Ejok yang saya wakili telah pun layak ke suku akhir.

Masa yang ada untuk saya sangat terhad kerana penerbangan saya pada jam 7, maka saya sempat juga bermain ketika itu. Saya bermain diposisi tekong dan bergandingan dengan Mohamad dan apit kanan dari Johor - Kay yang baru menetap di Kuching. Berhadapan dengan tekong setinggi hampir 6 kaki dari IPD Kuching, ia bukan tugas mudah buat kami.

Beraksi di Sekolah Chung Hwa, ini merupakan pengalaman pertama saya berlaga di sekolah cina. Namun kejohanan berlangsung hebat dengan kehadiran regu GP Sarawak yang dikemudi oleh Man Sarawak serta tekong sensasi Sarawak masa kini iaitu Ismail.

Saksikan rakaman video yang telah sempat saya buat.






Terimakasih kepada saudara Mohamad dan pasukan Ejok yang memberi peluang kepada saya turut serta dalam kejohanan kali ini. Semoga ketemu lagi di lain masa

Liga Tengkorak Perdana Kulim 2011

Bertempat di Politeknik Kulim, telah berlangsung Liga Tengkorak Perdana 2011 yang melibatkan 14 regu yang hadir dari seluruh pelusuk Kulim dan kawasan sekitarnya. Di taja oleh En. Hasnol dan sumbangan setiap seorang RM10, perlawanan ini bermula pada jam 9.45 dan berakhir hampir jam 2 pagi. Perlawanan akhir tidak dijalankan kerana masing - masing sudah sangat kepenatan. Tambahan pula apit kanan kedua - dua regu telah menjangkau usia veteran.

Antara nama besar yang hadir ialah bekas apit kanan Pulau Pinang iaitu Idris, apit kiri juara KFC - Utusan 2011 Zon Utara iaitu Sam (diundi bergandingan dengan saya) Mat Kapiu, Zakaria dan ramai lagi pemain lama dan baru. Saksikan sedutan rakamannya di bawah ini.



Tahniah kepada penganjur yang secara konsisten mengadakan Liga Tengkorak Perdana ini. Semoga peluang untuk pemain berkongsi pengalaman dapat dimanfaatkan sebaiknya. Kepada En. Hasnul, selamat berangkat ke Jerman!

Regu saya, Sam dan Abang Mat Tap sebagai tekong (umur mencecah lewat 50an) berjaya mara ke separuh akhir.

Piala DMD 2011 Putrajaya - Rangkuman rakaman video

Berikut ialah rangkuman rakaman video oleh salah seorang Fasilitator Bolarotan iaitu saudara Khairul Faiezin.




















23 December 2011

Selamat bersaing di Super Series PSM Bukit Jalil!

Esok 23 Disember 2011 bermulalah sirkit ke 3 Super Series PSM di Gimnasium 2 Bukit Jalil. Sirkit pertama berlangsung di UTEM Melaka manakala siri ke dua di Perlis. 17 pasukan bersaing yang melibatkan pasukan negeri, Malaysia serta pasukan berstatus yang mewakili beberapa agensi seperti TLDM dan MASUM. Setakat ini Selangor masih mengumpul mata tertinggi meninggalkan PSM di tempat kedua. Pemain - pemain dikhabarkan sudah tiba di Kuala Lumpur siang tadi dan bersiap sedia untuk bertempur esok. Selangor yang menjalani latihan intensif di Dewan Seksyen 19 Shah Alam dilihat memiliki kelebihan untuk muncul juara. Sebaliknya skuad PSM yang beraksi cemerlang di Putrajaya baru - baru ini dibimbangi tidak dapat menunjukkan aksi hebat kerana kemelut yang melanda PSM serta diserang pelbagai kenyataan media oleh bekas - bekas pemain negara bakal melemahkan moral mereka. Selain itu kenyataan dari tekong utama negara Azman (Man Kuda) mengkritik pengurusan PSM juga mewujudkan suasana tegang. Apakah dia bakal beraksi esok menentang Negeri Sembilan? Selain itu status pasukan Pahang dan Melaka turut mengundang tanda tanya. Adakah dengan tidak muncul di Perlis untuk sirkit kedua membolehkan mereka beraksi esok? Apakah hukuman yang menanti mereka? Bolarotan.com bakal membuat liputan esok menerusi 3 krew yang bertugas. Selamat bertugas diucapkan kepada Luqman , Faiezin dan Fikri. Selamat bersaing juga kepada semua pasukan yang terlibat. Selamat mengadili perlawanan kepada pengadil dan selamat bertugas kepada semua petugas PSM.

19 December 2011

Piala DMD - Videoo perlawanan kontroversi Ezzat v Prawet.

Video oleh Khairul Faiezin
Perlawanan hebat yang dicemari dengan keputusan pengadil yang agak kontroversi.






Kejohanan Sepaktakraw QKS2109 UPM Disember 2011 - Bahagian 2

Berikut ialah senarai penuh keputusan Kejohanan Sepaktakrwa QKS2109 semalam. Oleh kerana kesuntukan masa, maka perlawanan akhir tidak dilangsungkan dan hadiah diberi sama banyak.

Khabarnya Ijoi Perak berlaga kepala di udara dengan Tony yang mengakibatkan kepala mereka cedera. Ijoi mengalami koyak kulit kepala sepanjang 2 inci dan Tony pula bengkak.

Akhir PESONA (A) & HAJ TRADING (A)
RM400 setiap satu

Separuh akhir UPM (C) & NILAM PURI (B)
RM150 setiap satu

Tempat kelima - kelapan
-NILAM PURI (D)
-NILAM PURI (C)
-HAJ TRADING (B)
-UPM (A)
RM50 setiap satu


Pelajar -pelajar yan terlibat sebagai urusetia

Berikut ialah senarai pelajar yang terlibat sebagai urusetia. Tahniah!

Azlan Bin Mohamad Dain
Mohd Fahmy Izzudin Bin Mad Nor
Mohd Zaid Harithah Bin Mohamad Noor
Mohd Hidayat Bin Ajak
Mohammad Sufian Bin Mohd Aseri
Jelison Jupin
Ahmad Kamal Bin Mohamad Ali
Anuar Bin Nasiruddin
Wan Mohammad Faiq Ibtisam B Wan Ali
Muhammad Hafiz Bin Mohamad
Mohd Azrul Bin Hasbollah
Muhammad Mazlan Bin Abu Bakar
Suhadan Bin Anwar
Mohd Nizar Bin Che Jamil
Muhd Syafiq Bin Arif Fadzillah
Kuhan Raj A/L Purushotiman
Ganesh Rao A/L Munianby
Sahri Bin Nordin
Azizul Akmal Bin Badaruddin
Othman Jalaludin Bin Mohd Rawi
Abu Naim Bin Bakri
Tengku Ahmad Tajuddin Bin T. Abd Jalil


Kejohanan Sepaktakraw QKS2109 UPM Disember 2011

18 Disember 2011 - Universiti Putra Malaysia
Menuju ke penghujung 2011, semakin rancak nampaknya aktiviti berkaitan sepaktakraw di sana sini. Selain dari Kejohanan Sepaktakraw Terbuka Malaysia DMD 2011, turut berlangsung tidak berapa jauh dari Putrajaya berlangsung satu kejohanan anjuran mahasiswa UPM siang tadi. Menawarkan hadiah utama RM500, dengan yuran penyertaan sebanyak RM50 hampir 42 regu menyertai kejohanan yang berakhir maghrib tadi.

Banner kejohanan - QKS2109 ialah kod matapelajaran

Antara pelajar yang terlibat sebagai urusetia


Bolarotan juag dijemput beraksi dan saya sempat meluangkan masa untuk turun selaku tekong dengan diapit oleh dua pelajar berusia 15 tahun. Pendek kata umpama regu Bolarotan Junior kategori bawah 15 tahun - terasa muda sekejap! Regu Bolarotan berdepan dengan regu dari Penjara Kajang dan berkesudahan kami tumpas 1-2. Pengalaman membezakan kami.

Bolarotan junior - ok tak nama tu?

Tujuan kejohanan ialah sebagai projek pelajar bagi mengukur kemampuan mereka dalam penganjuran kejohanan. Selain itu ia juga menjadi platform kepada bakat - bakat baru menunjukkan bakat. Saksikan gambar - gambar yang sempat saya rakamkan.

Siapa tak kenal tekong ini bermakna belum cukup main sepaktakraw lagi

Jijie dengan gaya libasan helikopternya

Zaki Agrobank (melibas)turut beraksi - Ehh..baju biru 
disebelah sana tu bukan atlit sukan lain kah?

Djibril dengan servis padunya. Haji Manan bertindak sebagai apit kirinya

Jaafar turut beraksi


Malik Tobias

Atlit dekatlhon negara iaitu Abdul Malik Tobias tanpa di sangka - sangka muncul sebagai tekong dalam kejohanan ini. Atlit tinggi lampai ini kelihatan bersahaja dengan kasut jogging tetapi memiliki servis kencang dengan bantuan ketinggian yang di milikinya. Saiful Bakhtiar dari Melaka adalah apit kanannya selain Awe dari UPM dan Eddy selaku apit kirinya. Saksikan sedutan video permainannya.

Gaya menunggu lambungan bola dari apit kanan



Zaki melakukan hadangan. Jersi 11 ialah Pak Latif

Aksi blocking luarbiasa dari Mat Meriah

Pak Latif dan si baju biru!

Ku Shazwan anak kepada Ku Halim turut beraksi bersama Zam Kidal

Ann (CWORKS) turut beraksi bersama Mat Meriah

Tony dari Melaka turut beraksi

Azroy - Apit kanan RAMD dari Seremban yang memilki gaya libas gulung 
seperti Thailand. baru berusia 22 tahun.

Bagai burung terbang!


Tony merupakan pemain yang saya suka menyaksikan aksinya

Satu - satunya apit kanan berkaca mata yang pernah saya jumpa ketika beraksi

Lonjakan tinggi dan libasan padu Tony

Apit kiri Malaysia 7 tahun lagi? Gayanya mirip Cikgu Arif


Siapa yang tak kenal tekong Melaka ni ya tak?





Tahniah kepada semua yang terlibat. Keputusannya bakal saya perolehi esok. Akan saya kongsikan nanti.


18 December 2011

Singapura sudah..Malaysia bila lagi?

Foto oleh Adaham Abdullah

Keratan di atas di titipkan oleh saudara Adaham Abdullah yang banyak terlibat dengan sepaktakraw Singapura satu ketika dulu tetapi kini lebih menumpukan kepada Footvolley. Di Malaysia, saudara Ahmad Hassan atau Mat Hassan antara pemain yang pernah beraksi untuk Footvolley di Thailand. Kata beliau kepada saya -  "Kalau hang jantung macam musang boleh la main game ni!" Pastinya sukan seperti itu memerlukan stamina dan daya tahan fizikal serta mental yang kuat.

Berbalik kepada keratan akhbar di atas, skuad sepaktakraw Singapura dikecam hebat oleh Chef Di Mission Sukan SEA negara republik itu apabila mereka pertama kalinya gagal membawa pulang pingat sekurang - kurangnya gangsa. Ini berikutan skuad Malaysia yang sebelum ini berebut emas dengan musuh tradisi Thailand terpaksa berpuashati dengan gangsa yang biasanya menjadi milik Singapura. Nah! Natijah kekalahan Malaysia kepada Indonesia secara tidak langung memberi kesan kepada Singapura.

Namun, berdasarkan keratan di atas menunjukkan Singapura berani merombak skuadnya usai Sukan SEA Palembang. Saya juga mendapat perkhabaran skuad Malaysia bakal mengikut jejak sama. 

Berdasarkan undian yang sedang dijalankan di Bolarotan.com, peminta nampaknya berbelah bagi sama ada menggugurkan kesemua pemain atau mengekalkan beberapa pemain sedia ada. Apa pandangan anda?

Kejohanan Terbuka Malaysia Piala DMD 2011 - Bahagian 4

Lagi gambar dari Luqman Yusop


Gaya Sufi meminta bola dari Ulo

Bertembung di udara

Servis drop Sufi beberapa kali memerangkap Arif


Normanizam masih berbisa

Ulo - antara apit kanan yang digeruni di Johor


Merakam aksi kejohanan dari tingkat atas

Kejohanan Terbuka Malaysia Piala DMD 2011 - Bahagian 3

Perlawanan kategori terbuka bermula sengit apabila pemain - pemain ternama beraksi. Malangnya saya dan Luqman hanya dapat hadir lewat petang tadi kerana komitmen kerja di Bukit Jalil Golf & Resorts. Turut hadir menyaksikan perlawanan hari ini ialah Dato Abdul Halim Kader Presiden ASTAF sendiri. Siang tadi juga berlangsung sidang media sempena pelancaran rasmi kejohanan ini.

Kembali kepada kategori terbuka, nama - nama besar menghiasi senarai pemain termasuk pemain Malaysia ke Sukan SEA Palembang. Kejutan juga berlaku hari ni apabila regu yang dibarisi oleh tekong utama negara iaitu Syazwan (Ah Seng) yang bergandingan dengan bekas apit kanan negara iaitu Hamikhairi ditunjukkan jalan keluar awal oleh regu muda dari UITM dan juga Adli - bekas pelatih kebangsaan yang dahulunya di posisi apit kanan dan bertukar ke apit kiri sekarang ini. Sememangnya penonton terkedu melihat servis Lau yang menjadi serta permainan hebat regu muda DMD ini. 

Awie Seman bersama Rahman Perak pula tunduk kepada gandingan Sufi / Ulo / Kecik Johor dan selepas itu regu Sufi pula tumpas kepada regu emas negara iaitu Futra / Normanizam / Arif dengan 2-0. Sobey pula kecewa apabila tumpas kepada tekong kental Ahmad Ezzat Zaki yang diapit oleh Shafiq dan Koyo. Esok pagi regu Ezzat bakal berdepa musuh lamanya iaitu Prawit Inta yang bergandingan dengan Norshahrudin dan Farhan. Pastinya perlawanan ini berlangsung hebat!

Norazman Hamid yang bergandingan dengan Hedir dan Muqlis juga layak ke suku akhir apabila menumpaskan semua lawan mereka. Servis padu Man Kuda serta libasan konsisten Hedir menjadi senjata utama regu PKNS ini. Satu lagi regu Malaysia di barisi oleh Fazil, Hanafiah serta apit kiri SUKMA Terengganu juga berjaya layak ke suku akhir selepas menumpaskan regu muda DMD.

Azlan Mubin, Redzuan Manaf dan Mat Pan turut mengisi satu lagi slot suku akhir kategori terbuka apabila bakal bertemu dengan regu liat dari Terengganu iaitu Subha dan Madi Kuta. Saya kurang pasti apit kiri mereka tetapi nyatanya regu pantai timur ini mengecewakan regu Hafiz Rahman pada pusingan ketiga.

Saksikan foto yang berjaya dirakam oleh Luqman Yusop ini. 

Wah..Ezzat pun sudah dalam senarai INC?

Regu Prawet menentang belia GPMS Pulau Pinang

Tekong ini mempunyai servis yang laju..sayangnya tidak bersasaran

Servis Prawet yang pelbagai jenis

Norshahrudin melakukan libasan


Hedir mengasak lawan

Ahmad Jais mengendalikan regu PKNS




Norshahrudin masih dalam senarai pilihan saya

Fazil melakukan servis

Normanizam menghayunkan servis kencangnya

Ulo melonjak tinggi