04 December 2011

Bolarotan ke Kafe Sukan sekali lagi!

Bolarotan ke Kafe Sukan sekali lagi! Kali ini untuk memperkatakan mengenai pencapaian GANGSA di Sukan SEA Palembang yang baru sahaja selesai. Turut akan berada sebaris dengan saya nanti selain dari 2 orang pengacaranya iaitu Akhbar dan Rizal, saya bakal berdepan dengan Ketua Jurulatih Skuad Malaysia iaitu Tn. Hj. Jamalludin. Khabarnya ada seorang lagi jemputan lain tetapi saya tidak tahu siapa orangnya. Mungkinkah dari PSM? Entah!

Apa relevannya menjemput Bolarotan ke Kafe Sukan? Bukannya saya pergi ke Palembang untuk beraksi atau menonton perlawanan itu. Saya dijemput atas kapasiti Bolarotan sebagai penyebar pemikiran mengenai sepaktakraw serta mewakili GPSN. Ini adalah rentetan sidang media GPSN yang telah berlangsung usai kekalalahan kita kepada Indonesia. Adakah ia akan bersifat debat atau dialog? Saya sendiri tidak pasti tetapi saya percaya kehadiran saya kali ini ke pentas Kafe Sukan adalah mewakili sejumlah besar pemain, jurulatih, pengurus, penyokong mahupun rakyat biasa yang mengambil tahu mengenai sepaktakraw di Malaysia.

Mana orang kuat PSM di barisan VVIP ini? 
Kenapa pula Presiden ASTAF boleh meluangkan masa menghadirkan diri?

Antara perkara yang bakal saya kemukan esok ialah (soalan bocor kepada wakil PSM) Kenapa alasan skuad baru dibentuk 7 bulan dan tak menggunakan senjata sulit masing - masing?

Nantikan jawapan mereka di Kafe Sukan di Astro Arena 801 malam esok!

No comments:

Post a Comment