12 December 2011

Dakwaan ini tidak berasas!

Foto oleh Osman Ladin

Maaf Datuk, bagi saya dakwaan ini tidak berasas. Kenapa saya berkata demikian kerana bekas pemain negara tidak menjadi dalang dalam hal ini. Mereka telahpun mencuba sejak beberapa tahun lalu... tetapi hampa.

Raja Sepaktakraw iaitu Adnan Saidin sendiri pun ketika dihubungi media tidak mahu memberikan apa - apa komen kerana tidak mahu dikaitkan dengan apa jua dalam hal ini.

Zabidi Shariff, Malek Shamsudin. Suhaimi Yusof , Salim Yusop dan Futra antara yang telah memberi kenyataan sebelum ini. Tapi mereka hanya diminta memberikan kenyataan bukannya menggerakkan sesuatu. Kecuali Futra dengan Klinik Jelajah Akar Umbi , tiada gerakan pun sebenarnya kecuali GPSN atau dari dalam PSM sendir barangkali.

Siapa dalangnya bukan perkara yang perlu Datuk risaukan..tapi Datuk harus risau sejarah berulang. Oleh kerana ahli PSM tidak sehaluan dengan Setiausaha maka Presiden di jatuhkan, Kenapa begini? 

Ini kerana Setiausaha adalah dilantik oleh Presiden sendiri bukan menerusi undian. Maka Tok Mat haru bijak dalam hal ini, sekiranya mahu kekal di tampuk PSM, pandang lah kebawah, cantas la ranting atau dahan yang dah rosak bak kata Apak Mahat dalam Kafe Sukan yang lalu

3 comments: