04 December 2011

Kafe Sukan - Pertembungan Bolarotan/GPSN dan PSM dibatalkan!

Kafe Sukan esok yang merancang menemukan Ketua Jurulatih Malaysia berdepan dengan Bolarotan untuk mengulas prestasi merudum pasukan negara di Sukan Sea Palembang dibatalkan. Menurut makluman yang diperolehi, hal ini berlaku berikutan tindakan Presiden PSM yang menyekat sebarang kenyataan dari mana - mana wakil PSM terhadap media.

Sememangnya tindakan ini amat mengecewakan kerana ini adalah peluang PSM memberi penjelasan kepada rakyat. Saya juga kecewa kerana tindakan ini menunjukkan sikap tidak terbuka PSM dan bertentangan dengan kenyataan Presiden sebelum ini.

Sesi Kafe Sukan esok bakal digantikan dengan En. Mahat dan Suhaimi Yusop khabarnya.
Mungkin ada hikmah disebalik perkara ini. Allah Maha Mengetahui

5 comments:

  1. salam macam mane boleh cancel?adekah psm takut nk critakan hal sebenar?

    ReplyDelete
  2. macam mana nak tahu status keahlian gpsn?

    ReplyDelete
  3. "PSM dikatakan enggan mengotakan janjinya sebagai tuan rumah Siri Super 2 kerana bimbang dikecam teruk peminat dan media tanah air lagi jika skuad elit terus kalah mudah seperti dalam Siri Super 1 dan Piala Raja Thai di Bangkok, September lalu serta Piala Dunia." - utusan 08/12/2011. Ni la alasan plg bodoh penah dikuarkan sape2,x kira utusan yg reka atau media release oleh PSM.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kalau dh spesies xnk terima pendapat orang & bodoh sombong,mmg susah nk di ajak berbincang.Peminat sukan ni dh menyirap pn x reti2 nk blah lg pakcik Bukit Mertajam nih dgn kroni2 die.Bertanggungjawablah..K. Devan pn bole letak jawatan bile prestasi pasukan Selangor merudum,ni kn plak presiden yg pandai ckp je.Kesian dgn nasib sukan sepak takraw Malaysia ni,dari bagus terus merudum.Tp tu lah,betullah kata abg Zabidi dlm utusan semalam,ibarat anjing menyalak bukit ke kt diorg ni.Zulkifli Embong pn nk xnk je ulas bile ditanya ttg prestasi skuad negara.Tau le sukan ni x bawak duit masuk tuk negara,tp ni sukan warisan org Melayu.Bola,skuash,badminton bkn sukan asal negara ni,kena ingat tu.

    ReplyDelete