19 December 2011

Kejohanan Sepaktakraw QKS2109 UPM Disember 2011

18 Disember 2011 - Universiti Putra Malaysia
Menuju ke penghujung 2011, semakin rancak nampaknya aktiviti berkaitan sepaktakraw di sana sini. Selain dari Kejohanan Sepaktakraw Terbuka Malaysia DMD 2011, turut berlangsung tidak berapa jauh dari Putrajaya berlangsung satu kejohanan anjuran mahasiswa UPM siang tadi. Menawarkan hadiah utama RM500, dengan yuran penyertaan sebanyak RM50 hampir 42 regu menyertai kejohanan yang berakhir maghrib tadi.

Banner kejohanan - QKS2109 ialah kod matapelajaran

Antara pelajar yang terlibat sebagai urusetia


Bolarotan juag dijemput beraksi dan saya sempat meluangkan masa untuk turun selaku tekong dengan diapit oleh dua pelajar berusia 15 tahun. Pendek kata umpama regu Bolarotan Junior kategori bawah 15 tahun - terasa muda sekejap! Regu Bolarotan berdepan dengan regu dari Penjara Kajang dan berkesudahan kami tumpas 1-2. Pengalaman membezakan kami.

Bolarotan junior - ok tak nama tu?

Tujuan kejohanan ialah sebagai projek pelajar bagi mengukur kemampuan mereka dalam penganjuran kejohanan. Selain itu ia juga menjadi platform kepada bakat - bakat baru menunjukkan bakat. Saksikan gambar - gambar yang sempat saya rakamkan.

Siapa tak kenal tekong ini bermakna belum cukup main sepaktakraw lagi

Jijie dengan gaya libasan helikopternya

Zaki Agrobank (melibas)turut beraksi - Ehh..baju biru 
disebelah sana tu bukan atlit sukan lain kah?

Djibril dengan servis padunya. Haji Manan bertindak sebagai apit kirinya

Jaafar turut beraksi


Malik Tobias

Atlit dekatlhon negara iaitu Abdul Malik Tobias tanpa di sangka - sangka muncul sebagai tekong dalam kejohanan ini. Atlit tinggi lampai ini kelihatan bersahaja dengan kasut jogging tetapi memiliki servis kencang dengan bantuan ketinggian yang di milikinya. Saiful Bakhtiar dari Melaka adalah apit kanannya selain Awe dari UPM dan Eddy selaku apit kirinya. Saksikan sedutan video permainannya.

Gaya menunggu lambungan bola dari apit kanan



Zaki melakukan hadangan. Jersi 11 ialah Pak Latif

Aksi blocking luarbiasa dari Mat Meriah

Pak Latif dan si baju biru!

Ku Shazwan anak kepada Ku Halim turut beraksi bersama Zam Kidal

Ann (CWORKS) turut beraksi bersama Mat Meriah

Tony dari Melaka turut beraksi

Azroy - Apit kanan RAMD dari Seremban yang memilki gaya libas gulung 
seperti Thailand. baru berusia 22 tahun.

Bagai burung terbang!


Tony merupakan pemain yang saya suka menyaksikan aksinya

Satu - satunya apit kanan berkaca mata yang pernah saya jumpa ketika beraksi

Lonjakan tinggi dan libasan padu Tony

Apit kiri Malaysia 7 tahun lagi? Gayanya mirip Cikgu Arif


Siapa yang tak kenal tekong Melaka ni ya tak?





Tahniah kepada semua yang terlibat. Keputusannya bakal saya perolehi esok. Akan saya kongsikan nanti.


No comments:

Post a Comment