17 December 2011

Kejohanan Terbuka Malaysia Piala DMD 2011 - Bahagian 1

Putrajaya 16 Disember 2011
Bertempat di Kompleks Sukan Precint 11, Kejohanan Sepaktakraw Terbuka Piala DMD 2011 telah berlangsung untuk hari pertama di mana perlawanan pusingan pertama kalah singkir kategori amatur telah berjalan dengan jayanya. Saya dan Luqman berjaya tiba pada permulaan perlawanan di mana secara keseluruhan 70 regu mendaftarkan diri. 38 regu bagi acara amatur dan 32 regu untuk kategori terbuka. 

Perbincangan harga perpindahan Bro M?


Pasukan - pasukan yang bertanding datang dari Lembah Kelang kebanyakannya tetapi ada juga wakil dari utara seperti INFRATEL yang di bimbing oleh bekas pemain Perak dan negara iaitu Abdul Rahman (Rahman Perak / Silang) Manakala paling jauh datangnya dari Terengganu dengan menghantar penyertaan bagi acara terbuka dengan membariskan nama - nama besar seperti Sobey, Hamikhairi, Zulfadzli , Sulaiman Salleh dan beberapa lagi tonggak Terengganu.

Tekong muda ini ialah pelajar Universiti Malaya yang di bimbing oleh Zulkarnain Ariff (Abu)

GPMS juga turut menghantar wakil bagi kategori amatur dengan satu regu yang dibarisi oleh (Putar Alam) Shah, Azhar serta pendatang baru dari UM dengan servis kuda yang baik. Manakala MPSJ membariskan Shahriman, Koboi dan Nana bagi kategori amatur. INC Team pula meletakkan Saiful Azam sebagai pengemudi turut layak ke pusingan kedua apabila menang petang tadi. Mereka nyaris kalah percuma akibat lewat tiba digelanggang.


Azhar dikatakan persis Baim (Penang)



Aikkk..mana bola?

Apit kanan muda dari Ipoh (hitam) ini baru kali pertama beraksi di kejohanan luar Ipoh khabarnya

Media Malaysia (KERIS) turut menghantar wakil dengan 2 regu tetapi kandas dipusingan pertama ditewaskan oleh INFRATEL dan PESTAP. KERIS yang diwakili oleh Zubir, Manja dan Faizi untuk regu A dan Ali Khamis, huib, Azmi dan Hairul terpaksa pulang awal apabila ditundukkan lawan masing - masing dengan 0-2 dan 1-2

Boss INFRATEL turut beraksi

Regu TUDM


Hanif (melibas) adalah adik kepada ketua pasukan Malaysia iaitu Helmi




Hairul (biru) masuk pada set kedua menggantikan Azmi

No comments:

Post a Comment