17 December 2011

Kejohanan Terbuka Malaysia Piala DMD 2011 - Bahagian 2

Esok pusingan kedua bagi kategori amatur akan berlangsung dan pusingan pertama kategori terbuka juga akan memulakan saingan. Azlan Mubin bakal berganding dengan Redzuan Manaf mewakili DMD manakala Masran bakal beraksi bersama adiknya Shafiq. Norshaharudin dan Farhan juga akan beraksi esok khabarnya atas nama PKNS. Kemungkinan besar Norazman Hamid juga bakal menajdi rakan seregu mereka. 

Dato Mohamad Daud (kiri) dan orang kuat PESTAP - Abu

Ahmad Sufi Hashim khabarnya bakal berganding dengan Ulo dan Kecik manakala gandingan Futra mungkin bersaam Normanizam dan Ariff. Fazli pula akan beraksi bersama skuad Terengganu dan Fauzi Ghazali yang digantung oleh PSM juga bakal beraksi esok. Namun GPMS bukan sahaja menamakan Fauzi sebagai tekong dalam regu GPMS tetapi turut menyenaraikan tekong sensasi Bro M dalam regu yang sama. Apit kanan mereka ialah bekas pemain negara ketika Sukan SEA Laos iaitu pemain Pulau Pinang Shahril dan apit kiri ialah pemain dari UITM khabarnya.

Regu kategori Amatur GPMS - Tapi mutu permainan tidak amatur rasanya

Khairul hanya menjadi jurulatih kali ini kerana dilanda kecederaan Harmstring


(Putar Alam) Shah melakukan umpanan kepada Azhar

Servis padu Hasrol (biru) bakal mengegar dewan esok

Zubir beraksi untuk Media Malaysia

Syahriman selaku jurulatih PESTAP

TUDM

Shuib kurang menjadi kali ini

Ali Khamis melontar bola kepada Shuib

Azmi melakukan libasan. Dibahagian kanan gambar kelihatan Sam dan K.E

Servis Drop tekong ini berbisa



Pemilik INC Team; Firdaus (tengah) sedang membelek pemain yang bakal dibeli ke pasukannya?

Cikgu Yon beraksi diposisi apit kanan kali ini

Shahriman melakukan hadangan sambil diperhati oleh Nana

Selamat bertanding kepada semua pasukan. Semoga kejohanan ini berjalan lancar dan mencungkil bakat yang mampu menggalas cabaran negara. Tahniah DMD kerana usaha serius dalam membangunkan sukan sepaktakraw negara!

No comments:

Post a Comment