18 December 2011

Kejohanan Terbuka Malaysia Piala DMD 2011 - Bahagian 3

Perlawanan kategori terbuka bermula sengit apabila pemain - pemain ternama beraksi. Malangnya saya dan Luqman hanya dapat hadir lewat petang tadi kerana komitmen kerja di Bukit Jalil Golf & Resorts. Turut hadir menyaksikan perlawanan hari ini ialah Dato Abdul Halim Kader Presiden ASTAF sendiri. Siang tadi juga berlangsung sidang media sempena pelancaran rasmi kejohanan ini.

Kembali kepada kategori terbuka, nama - nama besar menghiasi senarai pemain termasuk pemain Malaysia ke Sukan SEA Palembang. Kejutan juga berlaku hari ni apabila regu yang dibarisi oleh tekong utama negara iaitu Syazwan (Ah Seng) yang bergandingan dengan bekas apit kanan negara iaitu Hamikhairi ditunjukkan jalan keluar awal oleh regu muda dari UITM dan juga Adli - bekas pelatih kebangsaan yang dahulunya di posisi apit kanan dan bertukar ke apit kiri sekarang ini. Sememangnya penonton terkedu melihat servis Lau yang menjadi serta permainan hebat regu muda DMD ini. 

Awie Seman bersama Rahman Perak pula tunduk kepada gandingan Sufi / Ulo / Kecik Johor dan selepas itu regu Sufi pula tumpas kepada regu emas negara iaitu Futra / Normanizam / Arif dengan 2-0. Sobey pula kecewa apabila tumpas kepada tekong kental Ahmad Ezzat Zaki yang diapit oleh Shafiq dan Koyo. Esok pagi regu Ezzat bakal berdepa musuh lamanya iaitu Prawit Inta yang bergandingan dengan Norshahrudin dan Farhan. Pastinya perlawanan ini berlangsung hebat!

Norazman Hamid yang bergandingan dengan Hedir dan Muqlis juga layak ke suku akhir apabila menumpaskan semua lawan mereka. Servis padu Man Kuda serta libasan konsisten Hedir menjadi senjata utama regu PKNS ini. Satu lagi regu Malaysia di barisi oleh Fazil, Hanafiah serta apit kiri SUKMA Terengganu juga berjaya layak ke suku akhir selepas menumpaskan regu muda DMD.

Azlan Mubin, Redzuan Manaf dan Mat Pan turut mengisi satu lagi slot suku akhir kategori terbuka apabila bakal bertemu dengan regu liat dari Terengganu iaitu Subha dan Madi Kuta. Saya kurang pasti apit kiri mereka tetapi nyatanya regu pantai timur ini mengecewakan regu Hafiz Rahman pada pusingan ketiga.

Saksikan foto yang berjaya dirakam oleh Luqman Yusop ini. 

Wah..Ezzat pun sudah dalam senarai INC?

Regu Prawet menentang belia GPMS Pulau Pinang

Tekong ini mempunyai servis yang laju..sayangnya tidak bersasaran

Servis Prawet yang pelbagai jenis

Norshahrudin melakukan libasan


Hedir mengasak lawan

Ahmad Jais mengendalikan regu PKNS




Norshahrudin masih dalam senarai pilihan saya

Fazil melakukan servis

Normanizam menghayunkan servis kencangnya

Ulo melonjak tinggi

No comments:

Post a Comment