31 December 2011

Keris, NSTP cungkil lebih ramai pelibas media

Teks oleh Abdul Hafiz Ahmad
Foto & Video oleh Bolarotan & Azmi




KUALA LUMPUR - Kelab Sepak Takraw Media Malaysia (Keris) dengan kerjasama Kelab Sukan New Straits Times Press (NSTP) melancarkan strategi serampang dua mata menerusi perlawanan sepak takraw persahabatan di Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur tanggal 28 Disember lalu.

Selain meneruskan usaha menjalin silaturahim dengan lebih banyak pasukan, kedua-dua kelab berjaya mendedahkan ramai 'bakat terpendam' kakitangan pelbagai pangkat dan peringkat NSTP yang baru menghangatkan Kejohanan Sepak Takraw Juara Libas NSTP 2011 di Universiti Malaya, awal Disember lalu.


Keris diwakili Azmi Khamis, Daud Abdullah (RTM), Azmi Mansor (Media One Global), Muhammad Haffizul Ibrahim (Utusan), Mohamad Naquib Idris (Media Distribution Advertising Group), Manja Bah Lunggok (Filem Negara), Mohd. Izzuddin Kamaruddin (Permotoran) dan Alisaifuddin Kamis (Astro) serta Mohsen Amdan (bolarotan.com).

NSTP pula membariskan  Shaiful Md Nor, A. Ramle Zakaria, Azukhir Ahmad,  Ishak Ismail, Wan Abdillah Wan Nawi, Arman, Azukhir, Hassan, Sarazin, Faros dan Ramli.

Tanpa terlalu bermatlamatkan siapa menang, siapa kalah, perlawanan berformat berpasukan ini juga sejajar usaha sukarela Keris dalam mengalu-alukan penyertaan pemain berbakat, mahir dan berpengalaman serta berminat dari syarikat akhbar, majalah, percetakan atau stesen radio dan TV mahupun blog atau laman sesawang.


Keterangan mengenai penyertaan dalam sesi latihan atau perlawanan persahabatan dengan Keris, turut boleh diperoleh daripada Abdul Hafiz Ahmad, pengurus pasukan, di talian 019-2121778 atau e-mel kelabsepaktakrawmedia@gmail.com.

PENGURUS pasukan sepak takraw Kelab Sukan New Straits Times Press (NSTP), Ishak Ismail (dua dari kiri) saling bertukar cenderamata dengan tekong Kelab Sepak Takraw Media Malaysia (Keris), Azmi Khamis sebelum perlawanan persahabatan di MSN, Bukit Jalil, baru-baru ini.
APIT kanan NSTP, Azukhir Ahmad (kiri) cuba membuat terjahan bola dengan tapak kaki sambil diawasi pemain Keris, Manja Bah Lunggok pada perlawanan persahabatan di MSN, Bukit Jalil, baru-baru ini.
REGU utama NSTP di Bukit Jalil (dari kiri), Azukhir Ahmad, Hassan dan Arman yang mampu diserapkan sebagai tonggak baru Keris dengan kedatangan tahun baru 2012. 
 TEKONG Keris, Azmi Khamis melakukan servis memutar dalam usaha mengelirukan NSTP.


Saksikan sedutan perlawanannya di bawah


No comments:

Post a Comment