29 December 2011

Liga Tengkorak Perdana Kulim 2011

Bertempat di Politeknik Kulim, telah berlangsung Liga Tengkorak Perdana 2011 yang melibatkan 14 regu yang hadir dari seluruh pelusuk Kulim dan kawasan sekitarnya. Di taja oleh En. Hasnol dan sumbangan setiap seorang RM10, perlawanan ini bermula pada jam 9.45 dan berakhir hampir jam 2 pagi. Perlawanan akhir tidak dijalankan kerana masing - masing sudah sangat kepenatan. Tambahan pula apit kanan kedua - dua regu telah menjangkau usia veteran.

Antara nama besar yang hadir ialah bekas apit kanan Pulau Pinang iaitu Idris, apit kiri juara KFC - Utusan 2011 Zon Utara iaitu Sam (diundi bergandingan dengan saya) Mat Kapiu, Zakaria dan ramai lagi pemain lama dan baru. Saksikan sedutan rakamannya di bawah ini.



Tahniah kepada penganjur yang secara konsisten mengadakan Liga Tengkorak Perdana ini. Semoga peluang untuk pemain berkongsi pengalaman dapat dimanfaatkan sebaiknya. Kepada En. Hasnul, selamat berangkat ke Jerman!

Regu saya, Sam dan Abang Mat Tap sebagai tekong (umur mencecah lewat 50an) berjaya mara ke separuh akhir.

No comments:

Post a Comment