23 December 2011

Selamat bersaing di Super Series PSM Bukit Jalil!

Esok 23 Disember 2011 bermulalah sirkit ke 3 Super Series PSM di Gimnasium 2 Bukit Jalil. Sirkit pertama berlangsung di UTEM Melaka manakala siri ke dua di Perlis. 17 pasukan bersaing yang melibatkan pasukan negeri, Malaysia serta pasukan berstatus yang mewakili beberapa agensi seperti TLDM dan MASUM. Setakat ini Selangor masih mengumpul mata tertinggi meninggalkan PSM di tempat kedua. Pemain - pemain dikhabarkan sudah tiba di Kuala Lumpur siang tadi dan bersiap sedia untuk bertempur esok. Selangor yang menjalani latihan intensif di Dewan Seksyen 19 Shah Alam dilihat memiliki kelebihan untuk muncul juara. Sebaliknya skuad PSM yang beraksi cemerlang di Putrajaya baru - baru ini dibimbangi tidak dapat menunjukkan aksi hebat kerana kemelut yang melanda PSM serta diserang pelbagai kenyataan media oleh bekas - bekas pemain negara bakal melemahkan moral mereka. Selain itu kenyataan dari tekong utama negara Azman (Man Kuda) mengkritik pengurusan PSM juga mewujudkan suasana tegang. Apakah dia bakal beraksi esok menentang Negeri Sembilan? Selain itu status pasukan Pahang dan Melaka turut mengundang tanda tanya. Adakah dengan tidak muncul di Perlis untuk sirkit kedua membolehkan mereka beraksi esok? Apakah hukuman yang menanti mereka? Bolarotan.com bakal membuat liputan esok menerusi 3 krew yang bertugas. Selamat bertugas diucapkan kepada Luqman , Faiezin dan Fikri. Selamat bersaing juga kepada semua pasukan yang terlibat. Selamat mengadili perlawanan kepada pengadil dan selamat bertugas kepada semua petugas PSM.

No comments:

Post a Comment