18 December 2011

Singapura sudah..Malaysia bila lagi?

Foto oleh Adaham Abdullah

Keratan di atas di titipkan oleh saudara Adaham Abdullah yang banyak terlibat dengan sepaktakraw Singapura satu ketika dulu tetapi kini lebih menumpukan kepada Footvolley. Di Malaysia, saudara Ahmad Hassan atau Mat Hassan antara pemain yang pernah beraksi untuk Footvolley di Thailand. Kata beliau kepada saya -  "Kalau hang jantung macam musang boleh la main game ni!" Pastinya sukan seperti itu memerlukan stamina dan daya tahan fizikal serta mental yang kuat.

Berbalik kepada keratan akhbar di atas, skuad sepaktakraw Singapura dikecam hebat oleh Chef Di Mission Sukan SEA negara republik itu apabila mereka pertama kalinya gagal membawa pulang pingat sekurang - kurangnya gangsa. Ini berikutan skuad Malaysia yang sebelum ini berebut emas dengan musuh tradisi Thailand terpaksa berpuashati dengan gangsa yang biasanya menjadi milik Singapura. Nah! Natijah kekalahan Malaysia kepada Indonesia secara tidak langung memberi kesan kepada Singapura.

Namun, berdasarkan keratan di atas menunjukkan Singapura berani merombak skuadnya usai Sukan SEA Palembang. Saya juga mendapat perkhabaran skuad Malaysia bakal mengikut jejak sama. 

Berdasarkan undian yang sedang dijalankan di Bolarotan.com, peminta nampaknya berbelah bagi sama ada menggugurkan kesemua pemain atau mengekalkan beberapa pemain sedia ada. Apa pandangan anda?

No comments:

Post a Comment