29 December 2011

Siri Jelajah Gelanggang - Edisi Sarawak

Saya berkesempatan ke Kuching untuk mengendalikan satu program Teambuilding bersama Jabatan Perdana Menteri di Sarawak beberapa bulan yang lalu. Selesai sahaja program itu saya di bawa oleh sekutu MBR Sarawak iaitu Saudara Mohamad b. Bakri ke sebuah sekolah cina di Matang untuk bergasak di satu kejohanan. Sampai di sana regu Ejok yang saya wakili telah pun layak ke suku akhir.

Masa yang ada untuk saya sangat terhad kerana penerbangan saya pada jam 7, maka saya sempat juga bermain ketika itu. Saya bermain diposisi tekong dan bergandingan dengan Mohamad dan apit kanan dari Johor - Kay yang baru menetap di Kuching. Berhadapan dengan tekong setinggi hampir 6 kaki dari IPD Kuching, ia bukan tugas mudah buat kami.

Beraksi di Sekolah Chung Hwa, ini merupakan pengalaman pertama saya berlaga di sekolah cina. Namun kejohanan berlangsung hebat dengan kehadiran regu GP Sarawak yang dikemudi oleh Man Sarawak serta tekong sensasi Sarawak masa kini iaitu Ismail.

Saksikan rakaman video yang telah sempat saya buat.






Terimakasih kepada saudara Mohamad dan pasukan Ejok yang memberi peluang kepada saya turut serta dalam kejohanan kali ini. Semoga ketemu lagi di lain masa

No comments:

Post a Comment