Klik disini

Search This Blog

Loading...

Friday, April 29, 2011

Update mengenai Produk Bolarotan

T-shirt dan pelekat kereta bolarotan.com masih dijual. Namun untuk T-shirt hanya saiz L dan M sahaja yang masih ada. Pelekat kereta adalah dari jenis yang dilekat dari dalam kereta. Sebarang pertanyaan emailkan ke bolarotan@gmail.com

Thursday, April 28, 2011

Kejohanan Sepaktakraw Liga Sukan Komuniti Kelang

PERINGATAN : SEMUA BORANG PENYERTAAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN SALINAN KAD PENGENALAN PEMAIN.

PERATURAN
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW LIGA SUKAN UNTUK SEMUA DAERAH KLANG 2011
  1. Nama Pertandingan
Pertandingan Sepaktakraw ini dikenali sebagai PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW LIGA SUKAN 

UNTUK SEMUA DAERAH KLANG 2011 .
  1. Pengurus Kejohanan
Kejohanan ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang.
  1. Objektif Pertandingan
Pertandingan ini dijalankan untuk :-
    1. Memberi peluang kepada semua penduduk di Daerah Klang untuk bertanding 

      antara satu sama lain di dalam sukan Sepak Takraw dengan konsep sukan 

      Muhibah dan sukan untuk semua.

    2. Mengeratkan lagi hubungan antara penduduk-penduduk di Daerah Klang.
  1. Peraturan
    1. Kejohanan ini dijalankan berdasarkan UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAK TAKRAW ISTAF yang berkuatkuasa pada ketika ini.

    2. Sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan dan Undang-Undang ini akan diputuskan seperti berikut:

      1. Perkara am berbangkit akan diputuskan oleh Jawatan kuasa Pengelola Kejohanan.
      2. Perkara berbangkit berkaitan teknikal dan Pengadilan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan
  2. Penyertaan
    1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pemain-pemain Sepak Takraw Daerah

      Klang sahaja (alamat pada IC/ kad pengenalan hendak beralamatkan Daerah 

      Klang dan tiada had bilangan pemain Negara atau negeri bagi setiap regu).

    2. Salinan IC / Kad pengenalan perlu disertakan dengan borang penyertaan. Hanya 

      pemain yang berdaftar melalui borang penyertaan sahaja yang layak bermain.

      Aspek komposisi kaum adalah digalakkan. 

      Setiap regu yang telah mendaftar dan membuat pembayaran akan kehilangan 

      yuran penyertaan sekiranya melanggar atau dengan sengaja tidak mematuhi 

      mana-mana syarat yang telah dinyatakan.

    3. Penyertaan dan pendaftaran adalah terhad kepada 24 regu sahaja

      Pendaftaran awal beserta yuran penyertaan akan diberi keutamaan.

    4. Penganjur atau pengadil berhak menolak atau membatalkan penyertaan jika 

      telah melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan.

  3. Borang dan bayaran penyertaan
    1. Borang penyertaan dan keterangan lanjut boleh didapati daripada pihak pengurusan kejohanan atau talian berikut:

      1. - 0192400609 - En Mohd Syarudin Nazir
      2. - 0129761325 – Cik Normiza Kadar Maidin
    2. Setiap regu yang ingin menyertai pertandingan ini dikenakan bayaran sebanyak RM 40.

    3. Bayaran hendaklah dibuat secara tunai bersama dengan borang penyertaan serta 

      salinan kad pengenalan setiap pemain sebagai pengesahan menyertai kejohanan 

      ini.

    4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada Hari Jumaat 29 April 2011.

  4. Sistem pertandingan
    1. Pertandingan ini akan dijalankan secara Sistem Liga.
    2. Pertandingan ini akan menggunakan sistem kiraan 15 yang terkini atau 21

      mata yang mana bersesuaian dengan keperluan penganjuran.

  5. Tempat, Tarikh Dan Masa Kejohanan
    1. Kejohanan ini akan diadakan di
DEWAN KOMPLEKS RAKAN MUDA DAERAH KLANG

Jalan Klang Perdana, Off Jalan Kapar Selangor D.E.
  1. Pengundian:
    1. Undian akan dijalankan pada Hari Jumaat 6 Mei 2011, 8.00 mlm di Dewan

      Komplek Sukan Rakan Muda Daerah Klang. 

      Semua pemain yangng menyertai Kejohanan ini hendaklah hadir semasa undian 

      dibuat dan jika lewat hadir maka Pihak Penganjur akan meneruskan undian dan 

      keputusan undian adalah muktamad.

  2. Hadiah-Hadiah
    1. Johan Wang Tunai RM 1000.00 bagi REGU beserta sijil.
    2. Naib Johan Wang tunai RM 500.00 bagi REGU beserta sijil.
    3. Ketiga dan keempat wang tunai RM 300.00 bagi REGU beserta sijil.

  3. Pengadilan:
    1. Semua pertandingan akan diadili oleh Pengadil-Pengadil Bertauliah yang dilantik

      oleh Lembaga Pengadil Persatuan Sepaktakraw Selangor. Keputusan Pengadil 

      adalah muktamad.

  4. Bantahan
    1. Sebarang Bantahan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 30 minit

      selepas pertandingan tamat. Hanya pengurus atau jurulatih pasukan yang layak

      membuat bantahan dan borang bantahan boleh di dapati dari pihak penganjur.

    2. Semua bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak 

      RM300.00 sahaja, berserta borang bantahan dan bukti. 

      Wang Pertaruhan ni tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak diterima, Ianya 

      akan dikembalikan kepada pasukan jika bantahan diterima.

  5. Rayuan
    1. Juri Rayuan adalah terdiri daripada Jawatankuasa Pelaksana iaitu Pengerusi

      pengadil dan 2 orang yang berkecuali dengan regu yang terlibat. Hanya 

      pengurus atau jurulatih regu yang terlibat akan dipanggil semasa keputusan 

      dibuat.

    2. Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad

  6. Pakaian
    1. Semua pemain dimestikan memakai Jersy bernombor.
    2. Ketua regu mesti memakai “Arm Band

  7. Keselamatan Dan Tanggungjawab
    1. Semua Pegawai dan Pemain yang terlibat dan mengambil bahagian dalam

      kejohanan ini adalah dengan sukarela serta kemahuan sendiri, maka 

      Keselamatan adalah Tanggungjawab diri anda sendiri.

  8. Perkara Am
Pihak penganjur berhak melakukan sebarang perubahan dan pindaan pada bila-bila

masa jika dirasakan perlu.


ATUR CARA PERTANDINGAN



29 April 2011 (Jumaat) 4.00 Petang   : Penyertaan di tutup
6 Mei 2011    (Jumaat) 8.00 malam   : Undian di Kompleks Rakan Muda
21 Mei 2011  (Sabtu)   8.00 pagi       : Hari pertandingan
22 Mei 2011   (Ahad)   8.00 pagi       : Hari pertandingan
                                
                                5.00 petang   : Penyampaian Hadiah




















Tuesday, April 26, 2011

Stadium Angkasa - Bolarotan kecewa...

Saya dijemput ke rancangan Stadium Angkasa 2 minggu lalu sebagai penonton. Kami diberitahu ia bakal menjadi satu sesi dialog hangat dan penonton juga bakal berinteraksi dengan panel. Oleh kerana panelnya ialah Presiden PSM, maka saya sangat teruja untuk turut serta kerana merasakan ia adalah peluang terbaik untuk menyuarakan pandangan saya.


Mulanya kelihatan seolah - olah peluang itu muncul apabila Hafizal - pengacara rancangan ini meminta rakan pengacaranya menyoal saya. Namun disebabkan dialog meleret dan klip yang tidak relevan - apakah relevannya menyiarkan lagu Negaraku secara penuh dalam rancangan seperti ini?


Kepada sesiapa yang belum menyaksikan siaran ini, sila klik di sini

T-Shirt dan pelekat kereta

T-shirt bolartoan BL01 dan BL03 kini di pasaran. Terhad kepada 15 helai untuk setiap siri. Saya sebenarnya telah menyediakan 60 helai tetapi separuh darinya menjadi milik MARA! Ya..pasukan MARA akan menggunakan T-Shirt ini sebagai T-Shirt rasmi di Kejohanan Badan Berkanun yang bakal berlangsung Mei nanti. Hujung minggu ini mereka akan menggunakan salah satu dari T-Shirt ini untuk perlawanan persahabatan menentang UNIMAP.

BL01

BL03

Kepada yang berminat, T-shirt ini dijual pada harga RM24 sehelai. Untuk tujuan pos, anda perlu menambah RM5 sahaja. 

Pelekat kereta untukk logo BL01 djiual dengan saiz 4 inci x 3 inci dengan harga RM7 termasuk bayaran pos. Manakala logo BL03 bersaiz 8 Inci x 2.5 inci dijual dengan harga RM10 termasuk pos.

Pemilik awal pelekat kereta Bola Rotan

Sekiranya anda berminat, emailkan tempahan anda ke bolarotan@gmail.com. Sertakan nama penuh, saiz baju, jenis pelekat dan alamat. 
Seperti biasa, hasil jualan ini adalah untuk kegunaan pengurusan laman ini. Maka, sama - samalah kita menyumbang ke arah pembangunan sukan ini. 

Kasut Nan Yang

Undian kali ini nampaknya sangat memberangsangkan. Kasut Nan Yang nampaknya menjadi pilihan sebahagian besar pengundi. Oleh yang dimikian, saya akan menyediakan ulasan produk mengenai kasut ini. 


Saya telah berjaya mendapatkan kasut ini dengan bantuan seorang teman yang merupakan seorang peniaga yang menjual produk dari Thailand. Nantikan ulasannya

Friday, April 22, 2011

Sticker Bola Rotan dan T-Shirt sudah sedia menerima tempahan

Salam.
Semalam Car - sticker Bolarotan telah selamat sampai ke tangan saya. Kepada yang berminat sila email kepada bolarotan@gmail.com
T-shirt juga telah siap ditempah - kali ini dicetak 60 helai..namun 30 darinya sudah menjadi milik satu pasukan yang bakal beraksi di satu kejohanan besar yang dijangka berlangsung di Terengganu tidak lama lagi. Pasukan mana agaknya ya?

Wednesday, April 20, 2011

LP Support Pemangkin keyakinan atlet


LP Support
Pemangkin keyakinan atlet

KUALA LUMPUR -- Sebarang sukan yang sentiasa menuntut pergerakan maksimum dan prestasi cemerlang atletnya pasti terdedah dengan risiko kecederaan sama ada yang kecil mahupun besar dan ini tidak terkecuali kepada sepak takraw.

Melibas, mengadang, menanduk, melompat dan mendarat di gelanggang menjadi resmi apit kiri dan kanan serta tekong walaupun kadangkala atlet 'sukan berani' yang diwarnai aksi akrobatik ini kurang mempedulikan bahaya yang menanti kerana lebih memburu dan mengutamakan kejayaan diri dan pasukan.

Buku lali, lutut, paha dan lengan mahupun kepala atlet sepak takraw merupakan anggota badan atlet yang paling berisiko kecederaan tetapi ia masih mampu dikurangkan malah dielak dengan kemunculan alat pelindung dan penyokong LP Support.

Kepentingannya cukup ketara kerana kurangnya kewaspadaan dan sikap sering tidak apa dengan bahaya kecederaan kecil mahupun besar, mampu memendekkan hayat karier seseorang atlet apatah lagi dalam sesebuah sukan mata pencarian hariannya (profesional).

Penyokong Buku Lali LP-604, Pembalut Pergelangan Tangan LP-753, Penyokong Lutut LP-951 yang diedarkan Trend Masters Sdn. Bhd. di Malaysia, menjadi ikhtiar terbaru mengelak bahaya itu sekali gus jawapan jitu bagi keselamatan dan kesihatan atlet sepak takraw.

Kelab Sepak Takraw Media Malaysia (Keris) yang berpangkalan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur cukup bertuah kerana dapat menikmati dan mengalami sendiri penggunaan dan manfaatnya hasil sumbangan penajaan Trend Masters yang disampaikan Pengurus Jualannya, Lee Chun Hooi.

Turut disumbangkan sebagai kegunaan dalam latihan dan pertandingan Keris yang dibarisi kakitangan Utusan Malaysia, RTM, TV3, ntv7, Motodotmania, Media One Global, Filem Negara Malaysia dan bolarotan.com, ialah Beg Ais Terapi Sukan LP-784S, Pek Ais Dan Tuam Terapi Sukan LP-789 dan Pek Ais Segera Terapi Sukan LP-884.

Ia juga satu pencapaian bersejarah dan unik buat Keris memandangkan kebanyakan produk LP Support buatan Amerika Syarikat ini lebih ditujukan kepada sukan bola sepak, badminton, bola keranjang, bola tampar, tenis, besbol dan golf di samping kegiatan riadah seperti joging, berbasikal dan kembara.

”Kami menyokong perjuangan Media Malaysia untuk terus mempopularkan sepak takraw dan semoga sumbangan penajaan ini mampu membantu kelab ini mencapai lebih banyak kejayaan,” katanya ketika menyampaikannya di pejabat Trend Masters di Subang Jaya, Selangor pada 21 Mac lalu.

Sumbangan itu tiba tepat masanya memandangkan Keris menganjurkan Libas Media 2/2011: Ulang Tahun Kedua di Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada 10 April lalu dengan mengundang dua regu MSN dan skuad wanita negara dalam kejohanan berformat liga berkumpulan dan kalah mati. 

Media Malaysia juga akan menggunakan sumbangan peralatan LP Support itu apabila melayani kunjungan kelab dari Singapura, Kelab Komuniti dan Sukan Kawasan Undi Marsiling di Taman Keramat, Kuala Lumpur pada 23 April.

Keterangan lanjut mengenai barangan LP Support boleh diperoleh daripada Trend Masters Sdn. Bhd., Lot 8, Jalan PJS 11/18, Bandar Sunway, 46150 Subang Jaya, Selangor, telefon, 03-5637 5737, faks, 03-5636 4438 dan e-mel, sport@trendmasters.com.my





A) LP-753 WRIST WRAP
Meminimumkan kemungkinan kecederaan. Membantu melegakan kesakitan menerusi tekanan kepada pergelangan tangan yang tercedera. Menyediakan sokongan padu di sekitar sendi yang lemah atau kejang. Cangkuk dan penutup lubang yang boleh diubah suai memastikan kemuatan yang selesa dan penstabilan ketika bergiat.

B) LP-604 ANKLE SUPPORT
Menyediakan sokongan buku lali yang berkesan ketika berjalan atau berlari. Muat dengan selesa ke dalam kasut, but atau kasut luncur. Tepat bagi membantu merawat kekejangan dan terkehel.


C) LP-951 KNEE SUPPORT
Menyediakan sokongan berkesan kepada ligamen atau otot yang tercedera.







TEKONG skuad wanita negara, Anis Nadia Jefri (kiri) dan pelibas Media Malaysia, Mohammed Hairul Kusdi menayangkan produk penyokong lengan, lutut dan buku lali LP Support yang boleh digunakan oleh pemain sepak takraw.



PENYOKONG BUKU LALI LP SUPPORT LP-604
Menyediakan sokongan buku lali yang berkesan ketika berjalan atau berlari. Muat dengan selesa ke dalam kasut, but atau kasut luncur. Tepat bagi membantu merawat kekejangan dan terkehel.


PENYOKONG LUTUT LP SUPPORT LP-951 
Menyediakan sokongan berkesan kepada ligamen atau otot yang tercedera.



KELAB Sepak Takraw Media Malaysia (Keris) cukup bertuah kerana menerima sumbangan penajaan barangan pembalut lengan, penyokong buku lali dan lutut LP Support untuk kegunaan pemain dalam latihan mahupun pertandingan.

Lanjutan isu Kera di hutan di susukan

Salah satu komen yang diperolehi dari entri sebelum ini (baca di sini) menarik perhatian saya. Datangnya dari Suhairi, iaitu jurulatih skuad sekolah sukan negeri Perak. Beliau menulis begini:

"Dengan membawa pemain dari luar negara dapat menyaksikan bagaimana perkembangan dan peningkatan sukan sepaktakraw di negara mereka... Daripada kejohanan jemputan antarabangsa yg diadakan di Alor Setar baru2 ini kita dapat melihat di depan mata kita sendiri bagaimana hebatnya pemain2 luar yg telah dapat mengalahkan pemain negara...Pemain2 negara hanya mampu ke peringkat suku akhir sahaja, tewas kepada pasukan Indonesia dan Royal Navy Thailand... Di kejohanan ini juga kita boleh melihat betapa berdisiplinnya pemain2 luar jika di bandingkan dengan pemain2 negara kita cthnya seperti pemain2 Thailand."


Isu disiplin juga disentuh oleh Presiden PSM ketika rancangan bual bicara Stadium Angkasa yang berlangsung semalam. Bukan Presiden sahaja yang menyatakan perkara itu, malah seorang lagi panelis iaitu Prof Harun dari Universiti Malaya menyatakan perkara yang sama.

Apakah benar pemain sedia ada lemah disiplinnya? Bagaimana membentuk dan mengawal disiplin? Sila kongsikan pandangan anda.



Tuesday, April 19, 2011

Bolarotan.com juga dijemput!

Update dari facebook

Berikut adalah update dari facebook Kelab Sepaktakraw TKP berkenaan siaran langsung malam ini


STADIUM ANGKASA-TV1 10.00 MALAM.

Hari ini Jam 10.00-11.00 mlm TV1 Stadium Angkasa akan mengupas perkembangan semasa Sepaktakraw Malaysia. Panel Jemputan dari kalangan pemain akan turut serta. Seramai 10 pemain dari TKP turut dijemput bagi memeriahkan rancangan tersebut dan akan diajukan dengan beberapa soalan berkaitan perkembangan sepaktakraw masa kini.

Monday, April 18, 2011

Nantikan 10 malam esok di RTM! Panassssss...

Esok (19 April 2011) pada jam 10 malam akan bersiaran dari RTM 1 pertembungan dan debat di antara Presiden PSM iaitu Datuk AHmad Said dan seorang yang masih dirahsiakan identitinya. Debat dan soal jawab secara terbuka ini akan berlangsung bagi merungkai pelbagai isu dan masalah berkaitan sepaktakraw negara yang tidak kunjung selesai di tangan kepimpinan PSM sekarang.



Identiti yang masih dirahsiakan ini dikatakan sering mengkritik Presiden PSM secara terbuka - sama ada dari media arus perdana atau dunia siber. Malah antara nama yang disebut  - sebut termasuk bekas pemain negara iaitu Suhaimi Yusof. 

Apakah Presiden akan tergamam? Adakah watak rahsia ini mampu membawa segala persoalan ke TV? Nantikan sama - sama

Kera di hutan disusukan atau satu cabaran?

Kejohanan yang berlangsung di Kedah baru - baru ini menyaksikan banyak regu - regu dari merata tempat turun bersaing. Pelbagai kategori di adakan berjaya menarik minat pemain dari pelbagai latar belakang, Malah pemain dari Thailand turut beraksi. Tahniah kepada Hamiekhairi yang berjaya menunjukkan prestasi baik bersama regunya untuk mara ke peringkat separuh akhir - wakil Malaysia yang berjaya ke peringkat itu. Lebih memberangsangkan apabila regu Terengganu ini berjaya menundukkan regu negara yang dibarisi oleh Sufi, Norshaharudin dan Farhan. Walaupun UUM dinobatkan sebagai juara namun jika dilihat dari barisan pemainnya, hanya Norhisham Ghani sahaja yang memiliki kad pengenalan Malaysia di mana selebihnya ialah pemain dari Thailand.Pastinya kehadirian Kriangkrai Kaewmian berjaya menarik minat ramai dan keampuhan servisnya berjaya mencuri tumpuan penonton.


Kriangkrai Kaewmian


Kehadiran pemain dari Thailand dalam kejohanan ini pada hemat saya sememangnya menaikkan taraf kejohanan ini. Walaupun kita tidak meletakkan apa - apa harapan kepada wakil dari mana - mana kelab atau pasukan dari Malaysia, kehadiran pemain Thailand ini pastinya membuka mata penggiat sukan ini.

UUM yang sebagaimana kita tahu memiliki barisan pemain hebat (kakitangan UUM) yang saya sendiri pernah merasai berdepan dengan Fauzi, Norhisham Ghani dan Arifin pada tahun 2002 ketika UIAM menjadi tuan rumah. Rata - rata pemain dari universiti lain berasa tidak setaraf dengan UUM. 

Kali ini, UUM membuat kejutan dengan menurunkan pemain dari negara gajah putih dan soalan yang sering diajukan kepada saya ialah, "Berapa UUM bayar mereka itu?"

Saya tidak memiliki jawapannya dan ia turut membuatkan saya terfikir, hubungan UUM dan Thailand nampaknya cukup baik malah nama BADANG juga disebut sebagai orang yang bertanggungjawab membawa pemain  - pemain ini ke Alor Setar. Soalannya sekali lagi ialah apa imbuhan yang ditawarkan oleh UUM sehingga tekong utama Thailand dan rakan - rakanya sanggup turun ke Alor Setar?

Maka, rezekinya, saya mendapat maklumat bahawa pihak pengurusan pasukan UUM membayar pemain Thailand ini RM1000.00 seorang bagi beraksi dikejohanan ini. Saya tidak pasti berapakah nilai hadiah yang ditawarkan tetapi bayaran ini cukup lumayan untuk membawa mereka beraksi di Alor Setar.

Ada pula suara yang berkata, pemain Siam ini boleh pula dibayar sedemikian rupa, tetapi pemain yang mewakili negara tidak pernah merasai nikmat yang sebegitu. Ia ibarat menyusukan kera di hutan, anak dirumah mati kelaparan. 

Saya melihat hal ini dalam keadaan ada pro dan kontranya. akan saya tuliskan kemudian. Saya mahu dengar dahulu dari pembaca sekelian. Apa komen anda tentang perkara ini? 

Anda boleh terus komen diruangan komen entri ini atau email ke bolarotan@gmail.com

Tuesday, April 12, 2011

SAYA MENENTANG SERVIS KUDA - sebuah pandangan dari peminat sepaktakraw


Ketika saya di Ipoh beberapa minggu lalu, saya di pelawa minum malam bersama seorang pemain yang masih aktif dan masih menjadi jurulatih di Perak - Saudara Suhairi. Beliau merupakan antara pemain sepaktakraw di Malaysia paling awal berdepan dengan servis kuda yang telah menghancurkan reputasi negara kita.

Sehingga kini, beliau yang juga seorang tekong tidak menggunakan servis itu. Malah, tidak menggunakan servis itu dikalangan pelatih - pelatihnya pun. Kata beliau  "Kenapa kita perlu berlatih menumpaskan Thailand menggunakan senjata yang telah pun mereka kuasai?" Saya setuju dengan pandangan itu. 

Kebetulan pula seorang pembaca bolarotan yang juga penulis blog sepaktakraw menulis perkara yang sama. Anda boleh membacanya disini 

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW TERBUKA UPM

Satu lagi kejohanan anjuran UPM! Sayabas UPM. Untuk 2011 ini sahaja UPM telah menganjurkan hampir 5 kali pertandingan bagi memenuhi kehendak pemain amatur dan bertaraf negeri. Tahniah kepada Jijie dan Bob kerana berjaya mengemudi UPM dengan baik.


Berikut ialah maklumat kejohanan yang saya maksudkan

Tarikh: 17 April 2011-Ahad
Lokasi: Dewan Serbaguna Kompleks Sukan UPM
Hadiah: Juara RM500/N.Juara RM300/ Ke-3 & 4 RM150.
Yuran Penyertaan: RM50.00
Syarat: 1 state (2006 ke bawah sahaja) bagi setiap regu.
Tarikh Tutup: 15 April 2011 (Pengundian: 16 April 2011-8.00pm)
Hubungi : En. Saiful 013-3235727 / En. Shukor 013-6399386

Monday, April 11, 2011

MSN ‘B’ juara Libas Media-Milo 2

Disediakan oleh Abdul Hafiz Ahmad

KUALA LUMPUR -- Majlis Sukan Negara (MSN) ‘B’ yang membariskan adik bekas pelibas utama negara, Farid Anwar Abd. Ghani, muncul juara kejohanan sepak takraw jemputan tertutup, Libas Media-Milo Siri 2/2011: Ulang Tahun Kedua Kelab Sepak Takraw Media Malaysia (Keris), kelmarin.    Bertindak selaku tekong, adik Futra Abd. Ghani (pelibas juara Sukan SEA 2005) itu sambil diapit Solihin Jalil dan Shaharany Ahmad mengambil masa 35 minit untuk menghampakan regu tuan rumah, Media ‘A’ (Daud Abdullah, Azmi Mansor dan Muhammad Haffizul Ibrahim) 15-12, 17-15 pada perlawanan akhir.   

APIT kanan MSN ‘B’, Solihin Jalil melepaskan libasan padu sambil cuba dihalang pemain Media-Raja Lawak, Mohsen Amdan pada perlawanan Kumpulan B Libas Media-Milo Siri 2/2011 Keris di Gimnasium 2 MSN, Bukit Jalil, kelmarin. MSN ‘B’ menang 2-1

MSN ‘B’ menjulang piala pusingan tajaan Milo selain membawa pulang piala iringan dan wang tunai daripada kejohanan yang melibatkan lapan regu termasuk dua daripada skuad wanita kebangsaan dan tiga lagi wakil Keris di Gimnasium 2 MSN, Bukit Jalil.    Regu Wanita Malaysia ‘A’ (Noor Fairuz Azizan, Rahilah Harun dan Nor Farhana Ismail) yang dibimbing Md. Fikri Md. Nor bagaimanapun mencipta kejutan dengan mara ke separuh akhir sebelum ditewaskan MSN ‘B’ 10-15, 15-11, 6-15 dalam pertarungan setengah jam.   

Satu lagi separuh akhir menyaksikan Media ‘A’ dengan Daud, tekong berpengalaman Kejohanan Sedunia MAS-Utusan Malaysia-RTM 1990, pelibas, Azmi (Media One Global) dan pengumpan, Muhammad Haffizul yang juga kakitangan Utusan, menghampakan rakan sekelab, Media ‘B’ 15-5, 15-10.   MSN ‘B’ juga menjuarai Kumpulan B dengan menewaskan Media ‘B’ (tekong TV3, Rahmad Awang; kakitangan Utusan, Mohammed Hairul Kusdi dan naib juara Raja Lawak 4 Astro, Kassim Pon-pon); Media-Raja Lawak (Azmi Khamis, Mohsen Amdan dan naib juara Raja Lawak 5, Rahim R2) 15-11, 6-15, 15-11 dan Wanita Malaysia ‘B’ 15-12, 15-10.   

PEREBUTAN bola di udara antara apit kanan Media 'B', Mohammed Hairul Kusdi (kiri) dengan pelibas Wanita Malaysia 'B', Nurul Shahera Mukhtar dalam perlawanan Kumpulan B Libas Media-Milo Siri 2/2011 Keris di Gimnasium MSN, Bukit Jalil.  

Shaharany, apit kiri MSN ‘B’ bergelar Pemain Terbaik Libas Media-Milo yang bersempena ulang tahun kedua penubuhan Keris pada 1 April 2009 selain merapatkan hubungan sesama wakil media dengan agensi Kementerian Belia dan Sukan itu serta Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).    Media ‘A’ pula bergelar juara Kumpulan A setelah mengatasi Media ‘C’ (kakitangan TV3, Mohd. Harris Hazri Abdul Halim, Norazizan Ahmad dan wartawan foto Motodotmania, Mohd. Izzuddin Kamaruddin) 15-6, 15-8; Wanita Malaysia ‘A’ 15-9, 15-6 dan MSN ‘A’ (15-4, 15-6).   

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang turut sudi hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir dan akhir siri kedua Libas Media-Milo kelmarin selepas siri pertama awal yang cuma terhad kepada ahli Keris, Januari lalu.   


Semua regu peserta dan Zolkples Embong (tengah) melaungkan sorakan keriangan dan semangat selepas menjayakan Libas Media-Milo Siri 2/2011 anjuran Kelab Sepak Takraw Media Malaysia (Keris) di Gimnasium 2 MSN, Bukit Jalil, kelmarin. 


Laporan Kejohanan Jemputan Masjid Nurus Saadah Kampung Cheras Baru - Bahagian akhir

Perlawanan akhir disaksikan oleh YB Iskandar. Sesuatu yang tidak saya jangka kerana pihak pengelola kejohanan tidak merancang menjemput mana - mana VIP sebenarnya. Syukur dengan kehadiran pemimpin setempat ke kejohanan ini kerana ia bakal memeberi laluan serta pendedahan lebih baik buat aktiviti masyarakat sebegini.

Warm - up sebelum aksi akhir - Warm up apa lagi? Sudah masuk perlawanan ke 5 ye tak?

Regu dari USJ ini dibaris oleh 4 anak muda, saiz dan ketinggian ideal untuk sebuah regu yang baik dimiliki oleh mereka. Berbanding dengan regu Bolarotan, kami hanya memiliki pengalaman untuk berjuang. Migrain yang masih menghantui membuatkan regu kami dalam situasi yang kurang baik.

Mata saya yang tidak boleh dibuka sepenuhnya - menahan sakit


Fairul akan membantu setiap kali waktu rehat bagi melegakan kesakitan

Set pertama, tanpa disangka regu Bolarotan menang. Kami jadi begitu bersemangat dengan sokongan penduduk kampung dan penonton. Masuk set kedua, mereka melakukan pertukaran, Apit Kanan yang berasal dari Negeri Sembilan di bawa masuk dan kami mula menggeleng kepala masing - masing kerana telah menyaksikan kehebatan pemain ini pada perlawanan di peringkat kumpulan.

Pengadil - pengadil juga keletihan

Lonjakan yang sangat tinggi, gaya pukul yang pelbagai serta kekuatan libasan dan kepantasan kaki adalah kelebihan pemain ini. Oleh kerana perlawanan menjadi hangat, jurugambar bolarotan sendiri terlalu asyik menonton sehingga terlupa merakamkan perlawanan ini. 

Pemain yang saya maksudkan itu ialah yang duduk berbaju merah. Sekiranya ada maklumat mengenai beliau, sila komen posting ini

Kami tumpas dengan tie break. Waktu juga menghampiri Maghrib, perlawanan berlangsung lancar dan hasil yang diinginkan berjaya dicapai. Terimakasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada pemenang. Regu Bolarotan nampaknya sudah mula menunjukkan peningkatan. Teruskan Usaha!!!