28 January 2012

69% mahukan perubahan gaya permainan - apit kiri melibas!

Berdasarkan undian yang dijalankan, dari 100 responden 69 orang bersetuju supaya strategi melibas dengan menggunakan apit kiri seperti mana di era Adnan Saidin, Malek Shamsudin dan juga terkini Indonesia, Korea Selatan dan India.


Bagi saya ada kebenarannya juga keadaan ini. Di mana kemampuan gaya libasan pasukan negara kita sudah cukup difahami oleh seteru kita. Malah, dengan prestasi terkini kebanyakkan pemain di 2 kejohanan besar, Super Series dan Piala Presiden 2012 puas saya meneliti rakaman satu demi satu dan saya rasa sudah masanya strategi merejam harus diubah.

Norsharudin bagi saya masih ampuh sebagai apit kanan negara. Selain beliau, Fazlan, Hamikhairi, Fadzli, Norhafizi, Masran serta beberapa lagi saya lihat boleh dibawa dalam senarai. Mereka yang saya senaraikan ini bukan kerana libasan laju memecah batu tetapi kerana memiliki keunikan tersendiri yang harus dimanipulasi sebaiknya. 

Bayangkan kemungkinan ini, Norshahrudin di posisi apit kiri dan Farhan di sebelah kanan - atau double killer dengan Fadzli disebelah kanan. Mungkinkah ia berlaku?

Semoga penyenaraian yang telah dilakukan oleh PSM seramai 60 orang ini dapat membuahkan sesuatu.

2 comments:

  1. agak2 kalo melibas style adnan saladin ok x??? berapi brader....hehehehe..

    ReplyDelete
  2. Meh saya libas awak dulu hehehehe ngada ngada!

    ReplyDelete