20 January 2012

JEMPUTAN KE PIALA PRESIDEN 2012


Mari datang menyaksikannya!

Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejehtera Tuan-Tuan semua.
 
KEJOHANAN SEPAKTAKRAW ANTARA REGU TERBUKA KEBANGSAAN
PIALA DATO' HJ AHMAD ISMAIL 2012
 
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw Terbuka Antara Regu Kebangsaan Piala Dato' Hj Ahmad Ismail 2012 pada 21-24 Jan 2012 bertempat di Kompleks MSN, Taman Keramat AU2, Kuala Lumpur.
 
Sehubungan dengan itu, walaupun kejohanan ini berlangsung pada Cuti Tahun Baru Cina sebanyak 127 regu telah mengesahkan untuk menyertai kejohanan pada kali ini walaupun pada asalnya sebanyak 145 regu telah memohon untuk menyertai kejohanan ini.
 
Sebagai rekod PSM, Johan Kategori Terbuka bagi Tahun 2010 ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Naib Johan ialah PKNS. Manakala bagi Tahun 2011, Pasukan Terengganu telah berjaya memperolehi kedudukan Johan dan Naib Johan.
 
Kejohanan ini akan diadakan secara 2 peringkat (Liga dan Kalah Singkir). Jadual Perlawanan pada 21 dan 22 Jan 2012, Kategori Vetaran (40-50), Veteran (51 Tahun Ke Atas) dan Wanita. Pada 22, 23 dan 24 Jan 2012, Kategori Regu Terbuka dan Bawah 21 Tahun akan berlangsung. Bersama-sama ini juga saya sertakan Jadual Perlawanan.
 
Saya mewakili pihak PSM menjemput Tuan/Puan untuk sama-sama membuat liputan di sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Saya dan JK Pertandingan PSM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Tuan/Puan semua.
 
Sekian, Saya berusaha memaklumkan.
 
Terima Kasih.
 
YUSOFF ALI
Ketua Seranta PSM

No comments:

Post a Comment