28 January 2012

Kejohanan Sepaktakraw LEGACY UITM 2012


28 Januari 2012
Satu kejohanan anjuran Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM telah berlangsung di Kompleks Sukan UITM Shah Alam. Sebanyak 48 regu dari pelbagai pasukan menyertai kejohanan kali ini. MPSJ menghantar 5 regu, Toyota, Utusan, MAS, SUKMA KL, UNIMAP dan beberapa lagi dari sekitar Lembah Kelang dan ada juga dari Melaka dan Perak.

Regu Nurul Jannah (kanan) berjaya ke perlawanan akhir

Krew dan pemain Bolarotan

Perlawanan yang berlangsung kira - kiran jam 10 pagi tadi baru sahaja berakhir (11 malam) dan perlawanan akhir tidak dijalankan kerana masa yang sudah sangat lewat. Perlawanan akhir tadi menemukan SUKMA KL B dan regu Nurul Jannah. Sekadar tujuan di atas kertas, SUKMA KL B diumumkan sebagai juara. MPSJ C dan juga INFRATEL A mengisi slot separuh akhir yang berakhir kira - kira jam 1045 malam tadi.


Mamat beraksi atas nama Utusan kali ini

Cikgu dari UTM Skudai bergandingan dengan Mamat dan Che Din

Tekong SUKMA KL A

K-rok (melibas) di antara permata baru di Selangor


Lau tekong muda berbakat yang menjadi tumpuan kini

Sifu dan anak muridnya

Lau menanti bola



Mamad Kiko berentap dengan Azhar diposisi apit kiri

Shuib mengemudi regu Utusan B

Unit bantuan kecemasan

Tekong dari Taiping yang sangat berbakat

Apit kanan SUKMA KL A melibas dengan kaki kirinya. Libasan gulungnya juga baik

Mamad Kiko

Fadil cuba mencungkil servis drop dari Shuib



Mat Rock juga hadir beraksi

Tahniah kepada pelajar - pelajar UITM yang berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan lancar. Meskipun kurang publisiti tetapi standard kejohanan ini bagi saya setaraf dengan kejohanan 4 bintang yang lain. Sekiranya semua pasukan bersaing tadi diwajibkan dengan jersi pastinya kejohanan ini akan kelihatan lebih berprestij. Semoga sukses di masa akan datang!

No comments:

Post a Comment