28 January 2012

Kejohanan Sepaktakraw Terbuka UPM 2012


16 regu bersaing dengan semua nama - nama besar dalam arena sepaktakraw semasa, termasuk Prawet yang beraksi dengan Hafiz Rahman dan Muqlis, kejohanan yang berlangsung di UPM ini sememangnya menguji ketahanan mental dan fizikal pemain kerana perlawanan sengit setiap set berlangsung secara Best Of 5.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan petang tadi berakhir dalam jam 5 petang dengan 2 perlawana terakhir menemukan PSM B - Fazil, Hanafiah, Kontang dan Fadzli ..Ya,,Fadzli yang mulanya digugurkan dari skuad nampaknya menggalas cabaran PSM ini. Manakala PSM A dibarisi oleh Norshahrudin dan apit kiri Farhan dan nampaknya Aizat diberikan kepercayaan beraksi bersama pemain utama negara ini dan hasilnya gandingan ini muncul juara kumpulan diikuti oleh UKM yang diwakili Ali Alhamidi , Edy dan Macha.

Regu Ahmad Ezzat dan Rahman Brothers kali ini kecewa gagal ke pusingan suku akhir apabila mereka tumpas pada saingan  kumpulan kepada PSM B dan Suka Suka yang diwakili oleh Normanizam, Putra dan Arif.

Azlan Mubin, Norazman dan Mat Pan pula beraksi untuk regu Suka Suka B dan layak ke suku akhir. Begitu juga gandingan Sufi, Norhisham Ghani dan Ulo.

Esok perlawanan suku akhir akan bermula jam 9 pagi.


Nampak macam Putra melakukan servis M

PSM B dan sifu - sifunya

Sukhoi v Sdn Bhd (apa punya nama daaaa)

Shah Edan bermain diposisi apit kiri

Alamak!!!!! macam jatuh pokok!

Hanafiah melambungkan bola untuk Fazil

Servis Fazil semakin konsisten

2 generasi - 1 minat - 1 Malaysia


1 comment:

  1. ayooo yoooo....sungguh cepat tuan hamba mengupdate yaaa...terbaek.....

    ReplyDelete