03 January 2012

Kekalkan sebahagian dari skuad sedia ada!

Berdasarkan undian yang dijalankan, lebih separuh dari 126 pengundi memilih untuk mengekalkan sebahagian dari pemain negara sedia ada. Ini menunjukkan peminat sepaktakraw tanahair masih yakin dengan kemampuan sebilangan pemain yang ada. Saya percaya ini merujuk kepada pemain - pemain muda.

Sebagaimana yang kita ketahui, 6 pemain dari skuad sedia ada di pilih ke Palembang bagi menggalas cabaran skuad negara untuk ISTAF Super Series yang sepatutnya berlangsung di Terengganu. Mereka yang kekal termasuklah Fazil, Fadzli, Farhan, Norshahrudin dan beberapa lagi. Azman, Syazwan dan Sufi adalah dikalangan yang digugurkan.

Apa juga perancangan PSM selepas ini diharapkan program yang diatur haruslah mengambil kira skuad pelapis dan juga penyertaan ke kejohanan domestik dengan lebih kerap. Melihat dari senarai pemain sedia ada, Bolarotan yakin dengan potensi mereka. Tetapi pendedahan kepada kejohanan dengan lebih kerapa adalah perlu bagi mematangkan permainan mereka. Semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment