Klik disini

Search This Blog

Loading...

Wednesday, January 25, 2012


KEJOHANAN LEGACY SEPAK TAKRAW 2012
ANJURAN PELAJAR DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN SEMESTER 5,
FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA

BUTIRAN PROGRAM

Nama program : Kejohanan Legacy Sepak Takraw 2012

Penganjur : Pelajar Diploma Pengajian Sukan SR113 (Semester 5)
Sport Event Management (SPS 333)
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
Universiti Teknologi MARA Malaysia

Tarikh & Masa : 28 Januari 2012 (Sabtu ) 9.00a.m – 6.30 p.m

Tempat : Gelanggang Sepak Takraw, Pusat Sukan, UiTM Shah Alam.

Kumpulan Sasaran : Belia yang berumur dalam lingkungan 16 hingga 40 tahun yang berada sekitar Lembah Klang.


1.0 PENGENALAN
Sport Event Management (SPS 333) adalah kursus yang kami pelajari pada semester ini. Oleh itu, bagi memenuhi keperluan kursus ini pelajar semester 5 bercadang ingin menganjurkan kejohanan Legacy Sepak Takraw 2012. Penganjuran kejohanan ini juga menjadi landasan bagi mengenalpasti cara pengendalian sesebuah organisasi dan juga pengurusan acara. Dengan adanya program sebegini, pelajar dapat membuka minda ke arah pengurusan acara yang lebih efisien dengan mengenal pasti masalah, lalu merancang strategi agar dapat mengatasi dengan baik.Malah, dengan adanya program seperti ini diharapkan dapat membantu para pelajar untuk menghasilkan pengurusan acara yang berjaya dengan hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi. Disamping itu, pelajar dapat mempertingkatkan teknik berkomunikasi dengan komuniti yang berada di dalam organisasi masyarakat sekitar yang terlibat.
Pada masa yang sama pelajar dapat meningkatkan daya kepimpinan serta merapatkan hubungan antara peserta, pensyarah dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Kejohanan Legacy Sepak Takraw 2012 ini. Tambahan pula, pelajar dapat memberi sesuatu sumbangan kepada para remaja dan berinteraksi bersama mereka lantas dapat mempertingkatkan nilai-nilai murni dan sahsiah dalam kehidupan pelajar.
Selain itu, para pelajar haruslah menguasai pelbagai aspek tidak kira dari segi jasmani dan kerohanian untuk menjadi seorang insan yang lebih berkualiti, mempunyai daya tahan dan berkemahiran tinggi dalam bidang pengajian masing-masing.
Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat menggalakkan belia yang berumur dari linkungan 16 hingga 40 yang mendiami kawasan sekitar Lembah Klang menggiatkan diri dalam aktiviti yang sihat dan pada masa yang sama sedikit sebanyak dapat membantu mereka daripada melakukan aktivuti yang tidak berfaedah.

2.0 OBJEKTIF
Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi sememangnya telah dikenali sebagai salah satu fakulti yang sentiasa menaikkan nama UiTM di mata masyarakat. Kejohanan Legacy Sepak Takraw 2012 ini sebagai satu lagi langkah melengkapkan graduan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM dengan ilmu pengurusan acara yang bertaraf antarabangsa.
Matlamat utama penganjuran kejohanan ini ialah;
  1. Menimba pengalaman dalam mempelajari cara mengendalikan sesebuah organisasi dengan berkesan.
  2. Mewujudkan semangat berkumpulan, kepimpinan dan juga semangat “kekitaan” di kalangan para pelajar.
  3. Mempromosikan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi disamping menunjukkan kemampuan pelajar-pelajarnya dalam menganjurkan sesebuah program yang berkelas tinggi.
  4. Dapat menjalinkan hubungan dengan pihak penaja bagi mewujudkan kerjasama di masa hadapan.
  5. Mewujudkan aktiviti yang berfaedah untuk golongan belia (16 – 40 tahun), khususnya yang tinggal Lembah Klang dalam mengisi masa terluang di hujung minggu.
  6. Mencari bakat-bakat baru yang terpendam untuk menjadi pelapis dan peneraju sukan takraw di masa akan datang.
3.0 PENGANJUR
  • Pelajar-pelajar semester 5 yang mengikuti kursus Sport Event Management (SPS 333).
  • Diploma Pengajian Sukan (SR 113) yang terdiri daripada 26 orang pelajar (rujuk lampiran I & II)
4.0 LOKASI
  • Gelanggan Sepak Takraw, Pusat Sukan, UiTM Shah Alam.

5.0 TARIKH & MASA
  • 28 Januari 2012
  • (9.00 pagi – 6.30 petang)

6.0 KUMPULAN SASARAN
  • Penyertaan dari pasukan-pasukan sepak takraw di kalangan belia yang berumur 16 hingga 40 yang tinggal sekitar Lembah Klang.
7.0 SYARAT KEJOHANAN
  • (rujuk lampiran III)
Syarat dan Peraturan Kejohanan
    1. TARIKH DAN TEMPAT
      1. Kejohanan ini akan diadakan pada 28HB JANUARI 2012 ,jam 9.00 pagi bertempat di Pusat Sukan UiTM Shah Alam.
      1. Pertandingan akan dijalankan di gelanggang tertutup.
      1. Taklimat dan undian akan dijalankan pada 21hb JANUARI 2012 (Sabtu) di Dewan Pusat Sukan UiTM Shah Alam.
      1. Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.
2.0 PERATURAN
    1. Selain dari peraturan yang terkandung, kejohanan ini di jalankan mengikut undang-undang permainan sepaktakraw ISTAF yang digunapakai ketika ini.
    1. Kejadian di luar jangkaan dan tidak di nyatakan dalam peraturan dan undang-undang berkenaan akan di putuskan oleh Jawatankuasa Kejohanan.
    1. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kejohanan adalah muktamad.
3.0 PENYERTAAN / KELAYAKAN PEMAIN
    1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Persatuan Sepaktakraw dan Kelab-kelab Sepaktakraw dari dalam Malaysia sahaja.
    1. Pemain yang PERNAH mewakili NEGARA ATAU NEGERI DARI TAHUN 2010 DAN KEATAS TIDAK DIBENARKAN BERMAIN (Termasuk GP Kebangsaan), hanya SEORANG SAHAJA PEMAIN YANG PERNAH MEWAKILI NEGERI ATAU NEGARA DARI TAHUN 2009 DAN SEBELUMNYA dibenarkan bermain dalam satu pasukan . Super Siries tidak dikira negeri.
    1. Pemain-pemain yang didaftarkan hendaklah warganegara Malaysia .
    1. Setiap pemain hanya boleh di daftarkan dalam satu regu/pasukan sahaja. Jika di dapati pemain berkenaan di daftarkan lebih dari satu regu, maka pendaftarannya terbatal dan pemain berkenaan tidak layak/dibenarkan menyertai kejohanan ini.
4.0 SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Kejohanan ini adalah antara regu dan akan dijalankan secara KALAH SINGKIR.
4.2 Kejohanan akan mengunakan kiraan mata 21.

5.0 PENGADIL / PENJAGA GARISAN
    1. Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan pengadil yang bertauliah dan penjaga garisan di sepanjang kejohanan ini.
6.0 BANTAHAN / RAYUAN
    1. Semua bantahan/rayuan hendaklah dikemukakan secara bertulis oleh Pengurus Pasukan berkenaan kepada Juri Rayuan tidak lewat dari 30 minit selepas sahaja perlawanan berkenaan tamat.
    1. Tiap-tiap bantahan/rayuan hendaklah di sertakan dengan wang tunai sebanyak RM 300.00 sebagai wang pertaruhan.
    1. Wang pertaruhan ini tidak akan di kembalikan jika bantahan/rayuan di tolak.
7.0 JURI RAYUAN
7.1 Juri Rayuan akan di anggotai oleh:
i. Seorang Pengerusi - Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan
atau wakil.
ii. Pengerusi Pengadil
iii. Dua orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan/rayuan.
    1. Juri Rayuan akan mengadakan mesyuarat dalam masa 30 minit (1/2 jam) selepas sahaja menerima bantahan/rayuan.
    1. Keputusan mesyuarat akan di umumkan oleh Pengerusi Juri Rayuan selepas sahaja keputusan di capai.
    1. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.
8.0 HADIAH
8.1 Johan - Wang tunai RM 800.00
8.2 Naib Johan - Wang tunai RM 500.00
8.3 Tempat ke tiga - Wang tunai RM 200.00
8.4 Tempat keempat - Wang tunai RM 200.00
9.0 AM
    1. Jawatankuasa Kejohanan tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kehilangan barang-barang pegawai dan pemain-pemain di sepanjang kejohanan ini berlangsung.
10.0 PERTANYAAN
    1. Sebarang pertanyaan atas apa-apa maklumat yang dikehendaki bolehlah berhubung dengan ahli jawatankuasa tersebut:
    1. AFFAN (013-6343152)
    2. HIZAMI (013-3969003)
    3. HAMZAH (017-2770379)
    4. SYAZWAN (012-3508264)
ATAU E-MAIL
hamzah_zakaria91@yahoo.com

11.0 BORANG PENYERTAAN / TARIKH TUTUP PENYERTAAN
    1. Borang-borang penyertaan boleh di dapati dari pegawai-pegawai di atas atau dari ajk kejohanan.
    1. Bayaran penyertaan ialah RM 50.00 bagi tiap-tiap satu regu.
    1. Wang penyertaan TIDAK AKAN dipulangkan sekiranya didapati melanggar syarat 3.0 ( 3.2 )

No comments:

Post a Comment