26 January 2012

Piala Presiden 2012 - PSM muncul juara

Seperti yang diketahui umum, PSM melalui regu Fazil, Norshaharudin dan Farhan muncul juara kategori terbuka Piala Presiden 2012 dengan menumpaskan regu PDRM yang diwakili Masran, Shafiq, Hanafiah dan Ahmad Ezzat Zaki. Kemasukan Ezzat pada set kedua tidak berjaya membantu regu PDRM mengheret perlawanan ke set penentuan.

Regu Sufi terkandas di pusingan ketiga

Ulo melakukan hadangan

Pengurus pasukan DMD dan bekas apit kiri negara Hafizie Manap

Saya lebih tertarik dengan kelibat 3 orang kuat PSM ketika kejohanan ini berlangsung iaitu Haji Jamaludin, En. Amir dan En. Fikri yang sentiasa memantau dan mencatat sesuatu sepanjang kejohanan berlangsungl Mereka asyik memerhatikan pemain yang berpotensi dan hasilnya, 60 pemain dari pelbagai kategori telah disenarai pendek untuk dipanggil ke latihan pusat dan menjalani pemilihan. Walaupun saya di maklumkan perkara sebegini hanya berlaku dalam kejohanan anjuran PSM sahaja, namun kredit tetap saya berikan apabila memerhati kesungguhan ketiga - tiga mereka.

Antara pemain yang terpilih ialah Ali Alhamidi, Kemong, Nazirul, Zaman, Dekma dan ramai lagi yang bakal dipanggil. Persoalannya ialah mahukah mereka menyertainya?

Sempat saya berbual dengan jurulatih SSTMI iaitu En. Ismail Atan. Menurutnya pemain - pemain yang dimiliki oleh SSTMI kini sudah berada ditahap baik untuk diketengahkan. Saya juga setuju bahawa pemain - pemain sekolah sukan sama ada SSTMI, Mutiara Impian dan SSTBN sebenarnya mampu dibawa ke peringkat yang lebih baik.



2 gambar di atas ini ialah bakal pengganti Zabidi Shariff pada hemat saya - Nrohafizi dari Batu Pahat. Dia kini ialah pemain Pra U untuk SSTMI dan mula saya kesan ketika KFC Utusan Zon Selatan di mana ketika itu beliau masih belum terpilih ke SSTMI. Beraksi bersama beliau ialah adiknya selaku apit kiri. Beliau turut beraksi dengan abangnya ketika KFC Utusan yang lalu.

Adli juga semakin serasi di posisi apit kiri

Sham - tekong dari Melaka kini berada di ranking pertama SSTMI untuk bawah 17 tahun


Cara Sham melakukan servis kuda agak sedikit berbeza dari tekong kuda lain

Adik kepada Syazwan (Ah Seng) ini juga sangat berpotensi

Tekong kidal dari Sabah

Apit kiri SUKMA Sabah

Tahniah dari Bolarotan kepada semua pemain yang beraksi. Tahniah juga kepada PSM atas penganjuran ini. Banyak perkara yang  boleh dibaiki dari masa ke semasa. Pemilihan lokasi kejohanan juga adalah bertepatan berbanding MSN Bukit Jalil.

No comments:

Post a Comment