22 January 2012

Piala Presiden 2012 - Rangkuman hari kedua

Berlangsung hari ini persaingan kategori terbuka dan belia juga separuh akhir kategori wanita dan veteran umur 40 ke atas dan 50 ke atas. Ramai juga wajah - wajah baru muncul sama ada dikalangan pemain atau penonton. Juga hadir sekumpulan gadis yang saya kira harus ditegur pemakaiannya kerana tidak sesuai dalam keadaan lelaki lebih dominan di situ.

ATM menentang JPS Kedah - Apen adik kepada Azlan Mubin jersi nombor 7

Marzuki kini membimbing skuad ATM bersama Kamarul

terbang?

Tekong Melaka ini juga beraksi..

Terengganu v Kuala Lumpur kategori Belia

Suasana kejohanan di MSN Keramat

Hafizie Manap beraksi bersama Hasrol dan Saifullah untuk PDRM

INFRATEL v PDRM

Izat berpeluang mewakili negara sekiranya persembahannya menjadi pada kejohanan ini

Regu dari PSM B membariskan Hanafiah, Tengku, Kontang dan Izat menentang Majlis Perbandaran Klang berkesudahan PSM B menang 2-1. Tengku bermain pada set pertama dan disudahkan oleh Izat. Jelas permainan Izat lebih mantap dari Tengku.

Bagi kategori veteran 40 tahun keatas, regu PDRM yang dikemudi oleh Black muncul juara menewakan regu GPMS yang membariskan Awin, Hamid, dan Beatle. Jamsari pula sebagai simpanan. Manakala bagi kategori 50 tahun ke atas, regu Perak menang dengan mengalahkan regu yang melektakkan bekas pemain Selangor yang berbangsa India iaitu Gopal.

GPMS v PDRM bagi kategori Veteran 40 tahun keatas

Gopal layak ke akhir!



Jamery bersama Hamid dan Awin menentang PDRM

Cikgu Amri melakukan hadangan

Bola short dari Gopal

Baim (merah) masih mantap beraksi walaupun agak lama berehat

Putar Alam Shah mengumpan kepada Baim. 
Set kedua Zahir Zidane pula beraksi sebagai apit kiri

Bro M membelasah lawan!

Achik antara tekong yang sedang meningkat naik

Regu dari Melawati bergasak dengan SUKMA Pulau Pinang

Terengganu juga dilihat membariskan pemain terbaik mereka dengan Sobey bermain bagi kategori belia manakala Fazli bergandingan dengan Syazwan dan Epi. Hamikhairi pula diletakkan bersama Nasir Manjur dan Kecik. 

Masran dan Shafiq pula bergandingan bersaam Ezzat atas nama PDRM. Koyo, Seli dan Najib Iman pula atas nama MPSJ manakala DMD dibawah bimbingan Syahriman menurunkan dua regu. Regu A dikemudi oleh Cikgu Ali dan regu B pula Sufi bersaam Ulo.

Selangor A esok bakal beraksi kali pertamanya menentang regu saya dengan dibarisi oleh Man Kuda, Azalan Mubin dan Arif Ramli. Manakala PSM A pula Norshahrudin, Farhan dan Fazil akan beraksi sebagai pilihan. Normanizam beraksi bersama Muqlis dan Hafiz Rahman manakala Putra khabarnya tidak beraksi.

Saksikan rakaman yang sempat saya titipkan untuk anda.


No comments:

Post a Comment